omniture

Merck Bakal Berkolaborasi dengan GenScript Percepat Pengindustrian Terapi Sel dan Gen di China

Merck
2019-03-20 19:48 916

- Kolaborasi untuk bangunkan platform standard-global bagi pembuatan vektor plasmid dan virus di China

- Merck rancang sediakan produk, perkhidmatan dan latihan komprehensif kepada GenScript berhubung pembuatan

DARMSTADT, Jerman, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman tidak mengikat dengan syarikat bioteknologi Cina GenScript untuk satu pakatan strategik yang menumpu pada pembuatan vektor plasmid dan virus.

Merck is collaborating with Chinese biotechnology company GenScript for production of plasmids and viral vectors for gene therapies in China
Merck is collaborating with Chinese biotechnology company GenScript for production of plasmids and viral vectors for gene therapies in China

"Pembuatan vektor plasmid dan virus berkualiti tinggi merupakan salah satu komponen paling kritikal dalam pengkomersialan terapi sel dan gen," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Memandangkan kami merupakan salah satu pengeluar yang terbesar di dunia bagi vektor virus, kolaborasi ini akan membolehkan GenScript mengakses pengalaman utama kami selama hampir tiga dekad dalam pembuatan terapi gen dan sel."

"Kami teruja dengan kolaborasi yang dirancang bersama Merck untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan tempatan dan luar negara kami menerusi kemudahan pembuatan cGMP dan untuk mempercepatkan proses pengkomersialan ubatan," kata Daniel Wang Dongliang, naib presiden Operasi, Unit Perniagaan Pembangunan Biologik, di GenScript.

Pihak-pihak ini membayangkan sebuah pakatan yang akan mempercepatkan pengindustrian dan pengkomersialan terapi sel dan gen di China. GenScript, syarikat bioteknologi terkemuka yang beribu pejabat di Nanjing, China, menyasarkan untuk mewujudkan platform standard-global bagi perkhidmatan pembuatan plasmid dan vektor di negara tersebut. Merck merancang untuk menyediakan GenScript dengan produk, latihan dan khidmat runding yang komprehensif meliputi reka bentuk proses, reka bentuk konsep kemudahan dan pewujudan sistem pengurusan kualiti bermula dengan pembangunan makmal kepada pembuatan GMP berskala luas.

Merck merupakan antara hanya segelintir pengeluar yang mempunyai proses perindustrian bagi menghasilkan vektor virus. Bagi menghasilkan produk terapi diperibadikan, gen-gen dibawa ke dalam sel-sel imun menggunakan vektor virus seperti yang dihasilkan oleh Merck. Syarikat menawarkan kombinasi unik sebagai organisasi pembuatan kontrak dan sebagai pembuat peralatan pembuatan bioproses.

Pertembungan antara permintaan, pertumbuhan dan keperluan berikutnya bagi meluaskan pasaran terapi sel dan gen di China merupakan pemacu penting untuk Merck membawakan kepakarannya ke rantau ini. Menurut clinicaltrials.gov, China merupakan peneraju dunia dari segi lokasi percubaan klinikal terapi sel dimodifikasi-gen dijalankan. Hari ini, lebih 130 syarikat di China membangunkan terapi-terapi sel dan gen bermula dengan terapi sel T reseptor antigen kimera (CAR-T) / terapi reseptor sel T (TCR-T) dan virus kaitan kelenjar (AAV) kepada virus onkolisis1. Di samping itu, 28 permohonan2 Ubatan Baharu Percubaan terapi sel dan gen dihantar di China antara Disember 2017 – Disember 2018 dengan lebih sepertiga telahpun diluluskan untuk tujuan percubaan klinikal.

Merck merancang untuk menyediakan set lengkap produk proses, perkhidmatan dan latihan kakitangan untuk menyokong GenScript bagi membangunkan platform pembuatan vektor plasmid dan virus bertaraf dunia demi mempercepatkan pengindustrian terapi sel dan gen di China.

Rujukan
1)    Laporan HSmap 2017 – Atlas Industri Terapi Gen Cina
2)    Sumber: Yaozhi database

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, di Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Latar Belakang GenScript
GenScript Biotech Corp. ialah peneraju dunia bagi industri perkhidmatan reagen biologi. Beribu pejabat di Nanjing, China, Kumpulan ini kini mempunyai dua pusat penyelidikan & pembangunan (R&D), pengeluaran dan operasi di Nanjing serta New Jersey, dua tapak pengeluaran di Zhenjiang dan Jinan, dua tapak Eropah untuk subsidiarinya Legend di Belanda dan Ireland serta satu subsidiari milik penuh di Jepun.

Menerusi pertumbuhan pesat dalam membangunkan reagen biologi, Syarikat kini mengembangkan perniagaannya kepada imunoterapi, organisasi pembangunan kontrak dan pembuatan (CDMO), peralatan makmal dan aplikasi mikrobiologi perindustrian. Bagi menyokong perniagaan ini, ia menubuhkan platform-platform teknologi yang terbuka dan dipacu inovasi, kemudahan GMP untuk penemuan ubatan praklinikal dan pembangunan produk farmaseutikal serta platform R&D dan pengindustrian mikrob industri lengkap untuk pemeriksaan enzim, penghasilan plasmid GMP dan virus, penemuan ubatan antibodi (teknologi antibodi Bispecific; teknologi Hybridoma; teknologi Humanized Antibody; teknologi paparan Phage), kejuruteraan genetik, kejuruteraan protein dan pengoptimuman proses penapaian. Syarikat berkedudukan unik dan dilengkapi sepenuhnya untuk terus mencapai misinya bagi menjadikan orang ramai dan alam semula jadi lebih sihat melalui bioteknologi.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck

Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di merata-rata tempat. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/837190/Merck_gene_therapy.jpg  

 

 

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts