omniture

CEDIGAZ melancarkan laporan dan pusat data terbaru

CEDIGAZ
2019-03-20 21:00 927

Pasaran global biomethane: gas hijau semakin global

RUEIL-MALMAISON, Perancis, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Sektor biomethane sedang meluas ke serata dunia. Dijangka lebih daripada 1,000 kilang pengeluaran biomethane akan beroperasi di tiga puluh empat buah negara, daripada 720 buah kilang pada penghujung tahun 2017. Setelah sekian lama berpusat di Eropah, sektor gas hijau kini menjadi semakin global.

Sejak tahun 2010, pengeluaran biomethane dunia telah meningkat secara eksponen, mencecah tiga bilion meter kubik pada tahun 2017. Di Eropah, penggunaan biomethane semakin meluas ke seluruh benua tersebut.  Kini terdapat sembilan belas negara pengeluar dari Eropah, dengan jumlah pengeluaran hampir 2 bcm pada tahun 2017. Amerika Syarikat kini merupakan negara terbesar yang menggunakan biomethane sebagai bahan bakar api kenderaan, semenjak pengeluarannya pada tahun 2014-2017 dan didorong oleh peraturan-peraturan negeri dan persekutuan. Keputusan negara China dan India dalam merancang untuk menggunapakai teknologi berasaskan biogas turut menjadi titik tolak dalam perubahan pasaran dunia. Kedua buah negara telah meletakkan matlamat dan jangkauan dalam pengeluaran biomethane di dalam pasaran yang semakin meluas. Di Amerika Tengah dan Selatan, Brazil sedang mengambil langkah dalam mengeksploitasi potensi besar bahan tersebut.

Pihak kerajaan semakin mengenali pelbagai manfaat biomethane. Ia membantu mengurangkan pencemaran dan pengeluaran gas rumah hijau , meningkatkan kualiti udara, mempromosi kitar semula dan pengurusan sisa buangan, menggalakkan pembangunan ekonomi tempatan serta memupuk ketidakbergantungan terhadap tenaga. Sebagai hasilnya, semakin banyak negara yang menyusun gerak kerja bagi menyokong sektor biomethane.

Walaupun terdapat peningkatan di dalam minat dan projek di antara pihak kerajaan dan pemain-pemain di dalam industri di seluruh dunia, data bagi sektor ini adalah sukar untuk diperoleh dan sumber bagi maklumat - nasional, serantau atau secara sektor - adalah agak berselerak. Bagi mengatasi masalah tersebut, CEDIGAZ, Pusat Antarabangsa bagi Maklumat Gas Asli, telah melancarkan laporan dan pusat data baharu yang menumpukan kepada kilang pengeluaran serta pasaran biomethane secara global. Semua alatan ini amat berharga untuk para pembuat polisi, syarikat tenaga, pembekal peralatan atau mana-mana entiti mahupun individu yang mengikuti perkembangan pasaran ini.

Struktur bagi laporan adalah seperti berikut:

  • Imbasan bagi pasaran dan pengeluaran biomethane secara global, kilang menaiktaraf biogas, pemacu utama serta kecenderungan masa hadapan (mengikut rantau)
  • Ulasan bagi empat puluh buah negara di Eropah, Amerika Utara, Asia, Amerika Tengah & Selatan serta Afrika
  • Kajian kes secara mendalam bagi kunci utama pembangunan dan peningkatan pasaran biomethane, cth: A.S., Brazil, German, Perancis, China dan India.

Pusat data ini akan menawarkan:

  • Perincian mengenai ciri-ciri teknikal utama, status terkini (sedia ada, dalam pembinaan dan dalam perancangan), kapasiti pengeluaran dan lokasi pelaksanaan bagi penghujung tahun 2017.
  • Data bagi 1,020 kilang pengeluaran biomethane di 34 buah negara.

 

Untuk maklumat lanjut:

www.cedigaz.org

contact@cedigaz.org

(Logo: https://mma.prnewswire.com/media/838159/CEDIGAZ_Logo.jpg )

 

Source: CEDIGAZ
Related Links:
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Gas Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities New products/services Survey, Polls & Research