omniture

Kumpulan Kerja Automotif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Utama untuk Pengesahan Kenderaan Automatik bakal Bermesyuarat di Washington, D.C. Auto Show 2019

Washington Auto Show
2019-03-21 02:26 1572

WASHINGTON, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ --

  • Lebih 50 anggota kumpulan bincang kenderaan berautonomi di Washington, D.C.
  • Kumpulan akan adakan mesyuarat sebelum Persidangan Global MobilityTalks International® pameran ini dan Mesyuarat Kerajaaan Kebangsaan SAE

Lebih 50 wakil dari 40 negara di seluruh dunia, kesemuanya menumpu pada kenderaan automatik dan sebahagian daripada 29 Kumpulan Kerja Eropah Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akan bermesyuarat pada 1 dan 2 April, sebelum berlangsungnya persidangan MobilityTalks International® Washington D.C. Auto Show seterusnya, sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Washington Auto Show John O'Donnell hari ini. Kumpulan ini merupakan Kumpulan Kerja Tidak Rasmi Kaedah Pengesahan untuk Pemanduan Automatik (VMAD) Forum Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Peraturan Kenderaan (WP 29) di bawah Groupe de Rapporteurs Vehicle Automation (GRVA).   

"Kehadiran kumpulan ini yang membawa kepada pewujudan peraturan dan undang-undang yang amat penting untuk mengawal kenderaan berautonomi merupakan satu lagi petanda pertumbuhan MobilityTalks Washington Auto Show di persada dunia," kata O'Donnell. "Pameran auto ini berbangga kerana menjadi sebahagian bukan sahaja dalam perbincangan, tetapi juga pewujudan undang-undang untuk kenderaan pandu sendiri."

Anggota-anggota kumpulan ini akan bermesyuarat semasa MobilityTalks International Washington D.C. Auto Show, persidangan global utama untuk isu-isu kawal selia automotif yang akan ditumpukan pada tahun 2019 terhadap kenderaan berautonomi dan pemanduan sendiri. Kumpulan Kerja PBB bertemu beberapa kali setahun di seluruh dunia, dan paling terkini di Hongzhou, China.

Anggota-anggota penting kumpulan ini yang menyertai mesyuarat pada April termasuk: Pengerusi Bersama Takao Onoda, Ketua Pengarah Pusat Pengantarabangsaan Piawaian Automobil Jepun dan Dr. Peter Striekwold, Pengurus Pembangunan Standard Kenderaan, RDW Japan. Setiausaha Bersama untuk organisasi ini ialah Ryuzo Oshita, Rakan Kongsi Profesional, Bahagian Kejuruteraan Tokyo, Toyota Motor Company; dan Bill Gouse, SAE International.

MobilityTalks International 

Ditaja oleh The Washington Auto Show, MobilityTalks International® menghimpunkan penggubal-penggubal dasar kerajaan dari seluruh dunia untuk bertukar-tukar idea tentang amalan terbaik berkaitan dengan pembangunan dan peraturan kenderaan terhubung dan berautonomi. Dianjurkan dan ditaja oleh The Washington D.C. Auto Show, MobilityTalks akan berlangsung pada 3 dan 4 April 2019, di Capitol Hill dan Pusat Konvensyen Walter E. Washington.

Untuk maklumat lanjut tentang MobilityTalks dan The Washington, D.C. Auto Show sila kunjungi: 
www.washingtonautoshow.com.

Serta:
Twitter:  @MobilityTalks 
Facebook: /MobilityTalksInternational
Instagram: WashAutoShow

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/615265/Washington_Auto_Show_2018_Logo.jpg  

Source: Washington Auto Show
Keywords: Auto Transportation Trade show news Future Events