omniture

Merck Buka Pusat Kolaborasi M Lab™ Pertama di Eropah

Merck
2019-03-21 02:37 1601

- Pusat Molsheim, Perancis menyokong pelanggan farmaseutikal dan bioteknologi bermula dari praklinikal sehingga pengeluaran berskala penuh dalam persekitaran bukan-GMP

- Akses pelanggan sebenar kepada portfolio produk dan kepakaran teknikal Life Science Merck

- Simulasi pembuatan merangkumi pembangunan proses hujung-ke-hujung

DARMSTADT, Jerman, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini secara rasminya membuka Pusat Kolaborasi M Lab™ baharunya di Molsheim, Perancis. Pusat ini merupakan yang pertama oleh Merck di Eropah dan yang kesembilan di dunia, menyediakan pengeluar-pengeluar biofarmaseutikal dengan persekitaran penerokaan dikongsi yang membolehkan mereka berkolaborasi dengan erat bersama saintis-saintis serta jurutera-jurutera Merck bagi menyelesaikan cabaran mereka yang paling sukar dan mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran terapi-terapi baharu.

Merck's latest customer collaboration center in Molsheim, France, is expected to accelerate the growth of the local biopharmaceutical industry
Merck's latest customer collaboration center in Molsheim, France, is expected to accelerate the growth of the local biopharmaceutical industry

"Dengan industri biofarmaseutikal yang pesat berkembang di Eropah serta permintaan terhadap terapi yang berkesan kos di seluruh dunia, pelanggan akan mendapat manfaat daripada kepakaran kami untuk membangunkan proses bagi menghasilkan ubat-ubatan dengan lebih pantas, lebih selamat dan lebih berkesan," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science, di Molsheim hari ini. "Pelaburan kami di sini akan mempercepatkan pertumbuhan masa depan industri biofarmaseutikal EMEA."

Pusat Kolaborasi M Lab™ terbaharu Merck, yang menawarkan ruang seluas 4,000 meter persegi, memperlihatkan pelaburan penting di rantau ini. Pusat yang bernilai 10 juta itu menyediakan pelanggan di Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan makmal bersaiz kecil dan rintis bukan-GMP yang dilengkapi sepenuhnya dan pusat mesyuarat yang membolehkan mereka bekerjasama dengan pakar-pakar Merck bagi menangani cabaran-cabaran pembangunan pemprosesan yang paling mendesak tanpa memberi kesan kepada tertib pengeluaran mereka.

Pusat di Molsheim merupakan yang terkini bagi jaringan pusat Merck di seluruh dunia. Pusat-pusat Kolaborasi Lab™ lain terletak di Amerika Syarikat, Brazil, China, Korea Selatan, Singapura, Jepun, India (terdapat dua buah makmal).

Pelanggan Merck berkolaborasi dengan pakar-pakar teknikal syarikat, meninjau cara-cara baharu untuk meningkatkan produktiviti, menambah baik proses dan mengurangkan risiko. Makmal rintis bersaiz kecil itu berada dalam ruang yang mensimulasikan persekitaran pengeluaran sebenar dalam prosesnya. Pelanggan mengendalikan peralatan sebenar, menilai proses mereka dan juga boleh menjalani kursus-kursus latihan biopemprosesan sebenar, mendidik mereka tentang amalan terbaik dan pendekatan baharu untuk membangunkan, mengoptimumkan dan meningkatkan proses selain memudahkan pemindahan teknologi global.

Ikuti Merck di Twitter  @Merckgroup, di Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari  www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di merata-rata tempat. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/837208/Merck_M_Lab_Molsheim.jpg

Source: Merck
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services