omniture

Victaulic Tawar Penyelesaian Fleksibel Dari-Trak untuk Aplikasi Simpanan Sejuk

Victaulic
2019-03-21 03:28 1828

Penyelesaian Pendakap AB6 Gaya VicFlex™ kurangkan risiko kondensasi yang menghalang sistem

EASTON, Pennsylvania, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Victaulic®, pengeluar utama dunia bagi sistem penyambungan paip mekanikal, mengumumkan pelancaran Pendakap AB6 Gaya VicFlex untuk aplikasi simpanan sejuk. Dicipta untuk disesuaikan dengan mana-mana siling atau ketebalan dinding, pendakap ini sedia untuk ditempah dengan pemercik kering V33, V36 atau V40 dan hos terjalin Siri AH2-CC atau Siri AH2. Integriti kedapan yang utama dalam industri tetap utuh, melindungi daripada kondensasi dengan pemasangan satu-orang yang mudah dari atas pendingin.

VicFlex Style AB6 Bracket for cold storage applications
VicFlex Style AB6 Bracket for cold storage applications

Faedah-faedah tambahan menggunakan Pendakap AB6 Gaya VicFlex termasuk:

  • Petunjuk mudah penjajaran lengan menegak dan bingkai dari atas
  • Tanpa pengukuran, pemotongan atau berbilang perjalanan ke pendingin
  • Atasi gerakan pembezaan disebabkan oleh getaran atau tekanan fizikal pada pendingin
  • Singkirkan busa atau tempoh pengesetan perekat dan masalah kondensasi
  • Sesuai dengan mana-mana siling atau ketebalan dinding sambil kekal kedap pada pelbagai permukaan seperti beralun atau berlekuk
  • Eskuseon saling boleh tukar memudahkan kerja pengubahsuaian dan perkhidmatan hari yang sama sambil memperkukuh jumlah sku untuk pesanan dan stok

Tim Voller, Pekerja Terlatih untuk Breth-Zensen Fire Protection dan pelanggan Victaulic berkata, "Victaulic membuatkan kerja kami lebih pantas dan lebih mudah. Dahulunya kami memasang dua kepala pendingin kering dalam masa sejam, dengan dua orang memotong semua paip keras dan memerlukan mereka untuk menyusunnya. Kini, dengan Pendakap AB6 Gaya VicFlex baharu, kami dapat memasang 20-25 kepala pendingin kering dalam masa sejam. Kami dapat melenturkan semua bahagian kepala terus ke dalam lubangnya maka ia tersusun dengan baik dan kami tidak lagi perlu berdepan dengan kotoran busa semburan. Pemasangan menjadi amat mudah dan bahagian untuk dilonggarkan berkurang."

Chris Kvistad, Pengurus Produk - VicFlex Victaulic berkata, "Pendakap AB6 Gaya VicFlex menawarkan pelanggan kami dengan penyelesaian dari-trak untuk aplikasi simpanan sejuk yang mengurangkan risiko kondensasi yang menghalang sistem. Serasi dengan berbilang kombinasi gaya pemercik kering Victaulic dan hos fleksibel, pemasang boleh bekerja dengan lebih pintar, dan bukannya lebih sukar."

Dioptimumkan untuk aplikasi simpanan sejuk, Pendakap AB6 Gaya VicFlex disediakan dengan gaya pemesong dinding sisi berjuntai, tersembunyi dan mengufuk dan eskuseon saling boleh tukar juntai yang tersedia termasuk: terbenam, sarung dan skirt serta sedatar. Tekanan kerja maksimum dinilai pada 175 psi/1375 kPa. Suhu kerja maksimum standard ialah 150°F/65°C (EPDM/busa neopren); Suhu kerja maksimum tinggi pilihan tersedia dan dinilai pada 225°F/107°C (busa sel-tertutup silikon). Untuk mengetahui lebih lanjut tentang enam model pemercik kering yang tersedia, layari www.victaulic.com.

Latar Belakang Victaulic

Sejak tahun 1919, penyelesaian sambungan paip dan kawalan aliran Victaulic telah mengoptimumkan produktiviti pembinaan dan mengurangkan risiko, memastikan projek-projek diselesaikan dengan selamat, tepat pada masanya dan mengikut belanjawan. Didorong oleh semangat inovasi yang berterusan, portfolio Victaulic melibatkan lebih 100,000 produk dan teknologi berpaten mempromosi kebebasan reka bentuk, selain pemeriksaan dan penyelenggaraan mudah untuk hayat mana-mana sistem.

Dengan lebih 3,500 kakitangan dan 40 kemudahan antarabangsa, Victaulic membantu pelanggan di lebih 120 negara berjaya dalam industri pembinaan global. Bermula dengan bangunan tertinggi kepada lombong paling dalam, pelanggan mempercayai produk kami untuk meningkatkan ketahanan sistem keseluruhan kami dalam projek-projek pembinaan dan keadaan operasi yang paling mendesak. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana produk paip inovatif dan perkhidmatan reka bentuk kami dapat memberi keyakinan terhadap pembinaan anda di www.victaulic.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/838010/VicFlex_AB6_Image.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/511344/Victaulic_Logo.jpg  

Source: Victaulic
Related Links:
Keywords: Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics HVAC Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Transportation