omniture

Vivid Sydney 2019 Melangkah ke Dekad Baharu Inovasi dan Kreativiti

Destination NSW
2019-03-21 08:25 2416
  • Argyle Cut dalam The Rocks kembali bersama Pixar Animation Studios
  • Campbells Cove dan Hickson Road Reserve sertai semula laluan cahaya
  • Pengubah Industri Spike Lee dan Esther Perel muncul sebagai penghibur utama Vivid Ideas berserta The Cure, Rufus Du Sol, FKA Twigs & Underworld gegarkan Vivid Music
  • Kandungan video dan imej pengumuman program 2019 disediakan di: www.vividsydney.com/media-centre 

SYDNEY, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Vivid Sydney, festival cahaya, muzik dan idea yang terbesar di Hemisfera Selatan, akan menerangi Harbour City pada musim sejuk ini mulai Jumaat 24 Mei hingga Sabtu 15 Jun 2019 tatkala ia melangkah ke dekad baharu inovasi dan kreativiti dengan program acara yang menginspirasikan dan dibarisi bintang-bintang terkenal.

 

 

Vivid Sydney, Austral Floral Ballet, Andrew Thoma Huang & Bemo
Vivid Sydney, Austral Floral Ballet, Andrew Thoma Huang & Bemo

 

Regal Peacock, Vivid Sydney 2019
Regal Peacock, Vivid Sydney 2019

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Pengarah Eksekutif - Vivid Sydney, Sandra Chipchase berkata, "Festival paling disukai dan mendapat anugerah di Australia, kini memasuki tahun kesebelas, akan menghimpunkan artis-artis cahaya, penggubah muzik dan individu hebat untuk menonjolkan Sydney sebagai hab industri kreatif Asia Pasifik.

"Program Vivid Sydney tahun ini bersifat berani, menarik dan pelbagai, menawarkan sesuatu untuk setiap orang, maka saya menggalakkan mereka yang ingin mengalami acara yang tidak boleh dilepaskan ini untuk mula merancang perjalanan mereka sekarang."

Vivid Sydney dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW dan pada tahun 2018, berjaya menarik 2.25 juta pengunjung, memberikan perbelanjaan pelawat sebanyak $172.9 juta kepada ekonomi NSW.

"Saya berbangga untuk menyatakan bahawa aktiviti-aktiviti pemasaran kami menyaksikan catatan rekod 185,887 pakej perjalanan terjual kepada pelawat-pelawat tempatan dan antarabangsa untuk Vivid 2018 - satu peningkatan sebanyak 37 peratus berbanding tahun sebelumnya. Vivid Sydney ialah acara yang harus dihadiri oleh pengembara-pengembara dan mendorong orang ramai untuk melawat Sydney dan selanjutnya," kata Cik Chipchase.

"Tidak kira usia atau minat anda, sama ada ia merupakan kali pertama anda mengunjungi Sydney atau sekiranya anda merupakan penduduk tempatan - Vivid Sydney mempunyai tarikan sejagat. Program Vivid Sydney 2019 menawarkan pemasangan, acara dan pengalaman yang inklusif dan boleh diakses yang boleh dinikmati oleh anda pada satu malam atau sepanjang 23 malam."

Cik Chipchase turut mengumumkan Vivid School sulung untuk pelajar-pelajar Sekolah Tinggi dalam tahun 9-12 bagi membantu pelajar-pelajar mempelajari lebih lanjut tentang proses kreatif yang terlibat dalam membayangkan, mereka bentuk dan mempersembahkan karya seni berasaskan cahaya untuk acara global yang besar ini.

"Inisiatif ini akan membolehkan pelajar-pelajar dan guru-guru mereka bertemu ahli-ahli profesional di sebalik unjuran bangunan ikonik dan pemasangan laluan cahaya Vivid Sydney, dan untuk mendengar daripada artis, pereka dan juruteknik tentang laluan kerjaya mereka dan bagaimana mereka memanfaatkan peluang untuk membina kemahiran mereka untuk projek-projek masa depan dan pekerjaan," kata Cik Chipchase.

VIVID LIGHT

Laluan Cahaya tahun ini menyaksikan lebih 50 karya bersinar diaturkan dalam galeri luar yang terbesar seumpamanya di Hemisfera Selatan, berukuran sepanjang lebih tiga kilometer.

Dalam satu perkongsian pertama, Pixar Animation Studios yang memenangi Anugerah Academy akan menerangi Argyle Cut in The Rocks dalam senarai warisan Sydney dengan unjuran cahaya kreatif yang akan menggembirakan pengunjung dari segenap lapisan usia apabila mereka dibawa melalui pesta visual bagi karya seni di belakang tabir dan evolusi animasi ikonik. Kembalinya Argyle Cut ke dalam program Vivid Light akan menjadi tarikan utama untuk para pengunjung festival berkenaan yang menampilkan watak-watak yang menawan hati daripada filem-filem Pixar termasuk gandingan kesayangan, Woody dan Buzz Lightyear.

Untuk Lighting of the Sails yang amat dinanti-nantikan tahun ini, artis-pembikin-filem Cina Amerika yang berpangkalan di Los Angeles Andrew Thomas Huang mempersembahkan Austral Flora Ballet. Penghormatan memukau terhadap tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga natif yang indah di Australia ini menggabungkan gerakan penari sebagai tindak balas kepada liuk lentuk membelai rasa daripada bayang Panggung Opera Sydney.

Para pengunjung sekali lagi dapat menelusuri perjalanan mereka ke Taman Botani Diraja Sydney untuk melihat secara dekat karya seni yang bercahaya yang memantulkan dan membiaskan cahaya dan juga alam semula jadi. Bercahaya, meluru dan mengepak-ngepak di atas tanah, Firefly Field merupakan pemasangan memukau melibatkan 500 titik cahaya terbang yang mensimulasikan tarian balet udara bagi lampyridae nokturnal yang kecil ini. 

Para pengunjung digalakkan untuk melihat melangkaui langit malam dan mengagumi rahsia yang tersimpan di sebalik bintang melalui KA3323, piring satelit retro-futuristik yang ditumbuhi dengan bahan tumbuhan asing yang mendarat secara misteri di Taman Botani. Ketika berada di I Hear You (But Do You Hear Me?), beberapa tiang lampu LED menghasilkan ruang antara dua individu dengan suara mereka memulakan perbualan tentang cahaya dan bunyi, mempersoalkan tentang ketidaksamaan dalam era digital.

Di sepanjang Quay, bahagian depan seni-deko yang mengagumkan pada Muzium Seni Kontemporari Australia akan diubah oleh artis Australia-Columbia pemenang anugerah, Claudia Nicholson yang bersama-sama veteran-veteran cahaya Spinifex Group, menghasilkan semula karya seni bertenaga beliau menjadi Let Me Down, kitaran animasi penciptaan, kemusnahan dan penjanaan semula yang ditonjolkan oleh bunyi yang tenang dan kontemporari Lonelyspeck.

Bersebelahannya, selain pengalaman luar biasa di Foundation Hall, Samsung Electronics Australia akan mencipta pengalaman sekali seumur hidup di First Fleet Park menggunakan beberapa ciri paling menarik daripada Galaxy S10 bagi menghasilkan semula bagaimana anda melihat Vivid Sydney.

Watch your chips! dalam The Rocks menyelidik tingkah laku kolektif burung-burung, meniru cara burung camar yang kadang kala mengganggu manusia bagi mendapatkan sisa makanan manakala Nostalgia Above menghubungkan cinta alam semula jadi kepada teknologi iklim dipacu data, menghasilkan barometer maya yang dapat meramalkan hujan dan ribut petir, langit yang cerah mahupun mendung.

Campbells Cove kembali dengan Ballerina, solo tarian abadi yang berkilauan di sepanjang pinggir pelaburan seakan-akan dalam mimpi, manakala Let it Snow memberikan pemandangan seolah-olah emping salji gergasi jatuh ke Hickson Road Reserve yang memberi pemandangan hebat dari air.

Bagi meraikan Tahun Antarabangsa Bahasa-bahasa Asli, pilon selatan pada Jambatan Pelabuhan Sydney bakal dihidupkan dengan Eora: Broken Spear yang disusun oleh Rhoda Roberts AO dengan reka bentuk unjuran oleh The Electric Canvas. Karya hebat ini mengingatkan kita untuk merenung, untuk menghubungi desa, membaca tentang desa dan mendengar tentang desa.

Muka depan Customs House sekali lagi diubah menjadi taman kayangan akuatik di Under the Harbour oleh Spinifex Group, semestinya dapat menggembirakan kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Dunia berair dengan makhluk laut neon, taman kayangan botani dan keanehan yang tidak dapat diklasifikasikan akan memberikan tempat perlindungan yang menyeronokkan dan indah menuju fantasi bawah air yang luar biasa yang pastinya akan menginspirasikan audiens dan meningkatkan penghargaan terhadap tempat perlindungan akuatik Sydney ini.

PRESINT-PRESINT VIVID SYDNEY

Presint-presint popular, Zoo Taronga, Darling Harbour, Chatswood, Barangaroo dan Luna Park turut diterangi pada tahun 2019.

Di sebelah pantai utara, kegemaran festival ini, Taronga Zoo's Lights for the Wild memberi tambahan laluan bercahaya dengan tanglung interaktif yang menonjolkan spesies-spesies terancam. Turut menyertai Gajah Asia yang dihiasi bintang, keluarga Gorila Silverback, Penyu Marin berwarna warni dan Naga Laut Berumpai, ialah Anak Harimau Sumatera yang menandakan kelahiran tiga ekor anak harimau baharu serta menonjolkan komitmen Zoo ini terhadap pemuliharaan.

Dalam tahun keduanya, Luna Park Sydney yang sentiasa menyeronokkan berkilauan sekali lagi setelah malam. Tahun ini pencari keterujaan boleh terangkat ke udara menerusi debaran keluarga baharu Volaré yang disusun dengan ribuan lampu LED yang melengkapi Roda Feris ikonik yang dipasang dengan renda cahaya itu dengan sempurna.

Vivid Sydney di Chatswood, menjadi kegemaran keluarga, bakal menyinari dengan kedamaian dan keharmonian. The Concourse akan bersinar dengan Co-existence, karya unjuran berskala besar oleh kolektif artis Hungary Limelight manakala para peminat muzik boleh menyaksikan persembahan oleh Vince Jones dan Lisa Fischer selain persembahan oleh Willoughby Symphony Orchestra. Vivid Ideas turut menyumbangkan festival/persidangan untuk pemain wanita dan sesi percuma tentang kecantikan tanpa bahan toksik, teknologi kecergasan dan kesejahteraan.

Barangaroo menawarkan pesta untuk deria menerusi Exchange Place yang bakal menjadi Winter Camp yang mengagumkan setiap malam dengan roh setinggi enam meter yang bercahaya Marri Dyin (Great Woman) yang berkunjung pada setiap Khamis hingga Ahad. Para pengunjung diundang untuk menyertai beliau memburu binatang dan mengutip buah-buahan menerusi padang belukar yang bercahaya dan menikmati juadah diinspirasi cahaya pada semua harga cadangan dari lebih 40 restoran, bar dan kafe.

Di Darling Harbour, Robot SPACELand membayangkan masa depan yang tidak terlalu jauh yang mana tamadun baharu muncul daripada serpihan pasca perindustrian kita. Di sinilah tempat di mana anda berpeluang untuk bertemu super-bot elektro-automotif yang sukar dibayangkan yang dihantar untuk menyemai benih masa depan yang lebih cerah dan lebih hijau.

Taman permainan inklusif Vivid Sydney, Tumbalong Lights kini kembali dengan sokongan daripada rakan kongsi Access and Inclusion Cushman & Wakefield. Diinspirasikan oleh pencapaian selanjutnya, playSPACE akan menghimpunkan pemasangan berskala super yang memberikan peneroka yang berani dengan peluang untuk berjalan-jalan Under the Milky Sky, bermain dengan Spaceballs serta berkongsi perspektif-perspektif berbeza dengan See What I See. Sesi-sesi rendah deria akan turut disediakan.

VIVID IDEAS

Vivid Ideas membawakan 23 hari dan malam yang dipenuhi dengan ceramah, bengkel amali dan forum pembentuk industri yang menyelami maksud cinta, kesunyian dan kekitaan dalam kehidupan kita yang bergerak pantas dan sentiasa terhubung ke Sydney.

Game Changers tahun ini mencabar andaian-andaian terhadap bangsa dan hubungan. Penginovasi Hollywood Spike Lee meluahkan tentang politik peribadi beliau, pembentukan cerita dan panduan untuk menghasilkan filem yang bermakna, manakala pakar psikoterapi dan pencipta ikonik bagi audio siar yang amat popular Where Should We Begin? Esther Perel menyelidik tentang cinta zaman moden dalam era digital dan melihat cara hubungan dipengaruhi oleh teknologi.

Siri The New Horizons menumpu pada isyarat-isyarat dari masa depan. Sorotan utama termasuk penyelidik dan pencipta audio siar Future of Sex Bryony Cole yang mendokumentasikan penemuan baharu dalam teknologi seks, Marc Fennell meneroka tentang kesunyian dan bagaimana serta mengapa ramai orang di Jepun berasa terlalu sibuk dan kurang melakukan seks manakala Eileen Ormsby memberi pendedahan yang menakutkan tentang sisi gelap web yang tersembunyi. Saintis-saintis dan para penyelidik daripada UTS, ABC dan CSIRO akan turut memberi pendedahan tentang apa yang bakal muncul seterusnya dalam AI dan etika, penerokaan angkasa dan banyak lagi.

Dalam The Mark Colvin Conversation: Net Worth, penulis serta pemenang hadiah Pulitzer Sebastian Smee, pakar psikologi Jocelyn Brewer dan artis serta penulis Holly Throsby melihat kepada nilai 'kehidupan dalaman' dan bertanyakan apakah kesan buruk yang sanggup kita hadapi akibat gangguan digital yang berterusan.

Vivid Art After Hours kembali ke Art Galley of NSW secara percuma pada setiap malam hari Rabu yang menggabungkan aktiviti seni, persembahan muzik langsung dan ceramah oleh pemikir kreatif yang mengemukakan isu-isu tentang kekitaan - termasuk pelawak dan 'penganut agama Buddha yang nakal' Meshel Laurie, penyanyi rap, penyajak dan penulis Omar Musa dan artis Abdul Abdullah menerusi perbualan tentang identiti budaya, dan pasukan di sebalik rancangan terkenal ABC TV You Can't Say That yang meraikan kepelbagaian sosial.

Bengkel Citizens of the World dan sesi praktikal yang lain akan merungkai kemahiran penting untuk menjalani kehidupan dengan lebih kreatif, lebih bermaklumat dan gembira dan Semi Permanent kembali dengan program yang sarat dengan kebaikan reka bentuk yang menampilkan naib presiden reka bentuk untuk Uber, Michael Gough dan individu-individu-individu masyhur yang lain. 

Vivid Ideas Exchange sekali lagi akan berada di Tingkat 6 di Muzium Seni Kontemporari Australia dengan 23 hari yang dipenuhi dengan ceramah yang memberi dorongan dan bengkel yang mengasah kemahiran termasuk forum industri mendepani masa depan, persidangan mendalam, panel dan pameran yang mana kami menghidupkan perspektif anda dan mencabar idea anda.

VIVID MUSIC

Vivid Sydney menyoroti budaya muzik langsung bandar ini dengan membawa masuk persembahan luar negara yang berpengaruh dan memberi tumpuan kukuh terhadap bakat tempatan, barisan tahun ini akan menggamit perhatian.

Persembahan elektronik dinamik RUFUS DU SOL dan bintang pop pelbagai genre FKA Twigs muncul sebagai penghibur utama dalam program Carriageworks tahun ini manakala parti gudang tahun ini, Curve Ball yang diaturkan oleh Fuzzy Events kembali dengan menampilkan Hayden James, Touch Sensitive dan Mallrat.

The City Recital Hall membawakan empat acara kemuncak yang pelbagai muziknya termasuk legenda muzik Australia Paul Kelly dan komposer Australia terkemuka James Ledger mempersembahkan tiga belas lagu baharu dan 'soundscape' yang diilhamkan oleh burung-burung, bintang pop kesayangan ramai Kate Miller-Heidke, pemain piano yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ZOFO dan Concertos on Fire.

Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney meraikan artis-artis yang mendepani kemajuan genre mereka dan individu-individu berwawasan yang mencipta mengikut cara mereka sendiri. Pelopor rock alternatif British The Cure menyambut ulang tahun ke-30 album penting mereka Disintegration dengan empat persembahan eksklusif Australia yang sudah habis terjual. Teman seperjuangan mereka, nama besar dalam elektronik UK Underworld bakal mengubah Concert Hall menjadi lantai tarian yang girang gembira dengan empat persembahan eksklusif, manakala bintang 'synth-pop' Amerika yang semakin meningkat naik Maggie Rogers membuat persembahan sulung beliau di Panggung Opera Sydney membawakan gabungan tunggal beliau melibatkan lagu rakyat melodik dan rentak perkusi bagi mempersembahkan rakaman baharu beliau yang luar biasa, Heard It in a Past Life. Penggubah lagu dan penyanyi yang diiktiraf Sharon Van Etten turut memulakan persembahan satu malam sahaja yang mengujakan dan satu-satunya persembahan Sydney pelopor jazz legenda Herbie Hancock juga tidak boleh dilepaskan.

Tahun 2019 menandakan tahun penting yang ketiga untuk X|Celerate dan perkongsian antara Bandar Raya Sydney dan Destination NSW yang menyokong pertumbuhan berterusan dunia muzik Sydney yang berkembang maju. 23 tempat dalam bandar termasuk salun rambut, gereja dan kilang bir membawakan persembahan akar umbi baru muncul merentas setiap genre yang ada, dengan persembahan seperti The Catholics, Set Mo, Carlotta dan I Know Leopard, manakala Heaps Gay kembali untuk Qweens Ball di Sydney Town Hall.

Vivid Art After Hours kembali ke Art Gallery of NSW dengan gabungan program Vivid Ideas dan Music pada malam Rabu. Saksikan Do the Spike Thing Andrew Bukenya, OKENYO menyelami secara amat mendalam tentang keadaan manusia dan JZ Lunar Capsule mempersembahhkan Astronaut's Playlist bagi meraikan muzik pengembara angkasa sebagaimana yang dibayangkan oleh angkasawan Apollo 11 50 tahun yang lalu.

PENAJA-PENAJA VIVID SYDNEY

Vivid Sydney mengucapkan terima kasih kepada penaja-penajanya atas sokongan mereka untuk Vivid Sydney 2019.

American Express kembali sebagai rakan kongsi buat tahun ketiga berturut-turut bersama American Express Lounge di Cruise Bar serta menyokong Program Sukarelawan Vivid Sydney.

Samsung Electronics Australia dan rakan kongsi tenaga rasmi TransGrid turut kembali sebagai rakan kongsi dengan Pixar Animation Studios turut serta sebagai rakan kongsi buat julung kalinya.

Penyokong-penyokong termasuk Bandar Raya Sydney, Panggung Opera Sydney, Technical Direction Company dan 32 Hundred Lighting serta ICC Sydney.

Buat tahun ketiga, Rakan Kongsi Akses dan Rangkuman Vivid Sydney ialah Cushman & Wakefield dan festival meneruskan perkongsian kemampanannya bersama Banksia Foundation dan Informed 365.

Kolaborator-kolaborator Vivid Sydney termasuk Art Gallery of NSW, Australian Museum, BEMO, Carriageworks, Lapangan Terbang Antarabangsa Dallas Fort Worth, Event Engineering, Kennards Hire, Muzium Seni Kontemporari Australia, NSW National Parks & Wildlife Service, PropMill, Spinifex Group, State Library NSW.

Badan amal rasmi ialah Royal Flying Doctor Service, South Eastern Section.

Kit media Vivid Sydney 2019 penuh, pengumuman program dan imejan beresolusi tinggi termasuk penghasilan cahaya Vivid Sydney 2019 dan rakaman video berkualiti siaran untuk acara kemuncak festival 2018, sedia dimuat turun di www.vividsydney.com/media-centre.

Pertanyaan Media

Florence Rocca
Destination NSW
M: +61-(0)-428-555-080
E: florence.rocca@dnsw.com.au 

Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/video/20190319DNSW.mp4
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2407120-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190319/2407120-1-b

 

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel Future Events