omniture

Sasol Capai Operasi Bermanfaat untuk Kemudahan Pengeluaran Alkoksilasi Baharu di China

Sasol Limited
2019-04-25 00:13 280

NANJING, China, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Sasol Limited (JSE: SOL) (NYSE: SSL), sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga bersepadu yang terkemuka, mencapai operasi yang bermanfaat untuk kilang alkoksilasi baharunya di Nanjing, Wilayah Jiangsu pada 18 April 2019.

"Sasol berjaya membina kemudahan baharu dengan melaksanakan teknologi terkini untuk kilang alkoksilasi. Pembinaan berkenaan selesai dalam tempoh masa yang dijangkakan dan mengikut belanjawan yang diluluskan, tanpa kecederaan yang direkodkan," kata Bernard Klingenberg, Naib Presiden Eksekutif Sasol: Operasi.

Pembinaan kilang alkoksilasi baharu tersebut bermula pada musim panas tahun 2017 dan merupakan projek peluasan yang terbesar oleh Sasol di wilayah berkenaan.

Kapasiti kemudahan tersebut adalah kira-kira 150 kilo tan setahun dengan pilihan menggunakan sama ada alkohol bercabang atau linear bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza dalam penggunaan, seperti detergen, tekstil, kerja logam dan pelinciran serta pasaran akhir khusus yang lain. Sebagai sebahagian daripada skop berkenaan, Sasol turut meluaskan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta sokongan teknikalnya dalam Taman Perindustrian Kimia Nanjing (NCIP).

"Kami amat berbangga atas apa yang dicapai oleh rakan-rakan sejawat Sasol China kami," kata Fleetwood Grobler, Naib Presiden Eksekutif: Perniagaan Bahan Kimia Sasol.

Beliau berkata bahawa pasaran Cina diramalkan untuk berkembang kepada 40% daripada permintaan kimia global menjelang tahun 2020 dan Sasol menyaksikan peningkatan pesat dalam keperluan inovasi dan pembezaannya.

"Kemudahan baharu ini akan membolehkan kami memenuhi keperluan pertumbuhan serta kualiti yang semakin sofistikated daripada pasaran yang benar-benar menarik," tambah Grobler. "Sasol mempunyai reputasi di China sebagai pembekal andal dengan piawaian berkualiti tinggi dan kumpulan R&D yang diperkukuh akan membolehkan kami untuk meningkatkan penyediaan penyelesaian khusus-pelanggan kami. Kemudahan ini akan menyokong usaha pertumbuhan kami di Asia dan akan membolehkan kami untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan semasa dan masa depan kami."

Sasol mungkin, dalam dokumen ini, membuat kenyataan-kenyataan tertentu yang bukan fakta-fakta sejarah dan mengaitkan analisis dan maklumat lain yang berdasarkan ramalan keputusan masa depan dan anggaran jumlah yang belum dapat ditentukan. Kenyataan-kenyataan ini mungkin juga berkaitan dengan prospek masa depan, pembangunan dan strategi perniagaan kami. Contoh-contoh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan-kenyataan berhubung turun naik kadar tukaran, pertumbuhan volum, peningkatan dalam bahagian pasaran, jumlah pulangan pemegang saham, pelaksanaan projek pertumbuhan kami (termasuk LCCP), rizab minyak dan gas, pengurangan kos, program Penambahbaikan Berterusan (CI) kami dan prospek prestasi perniagaan. Perkataan-perkataan seperti "percaya", "menjangkakan", "mengharapkan", "berhasrat", "mencuba", "akan", "merancang", "boleh", "mungkin", "berusaha", "menyasarkan", "meramalkan" dan "mengunjurkan" serta ungkapan-ungkapan yang serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan berkenaan, tetapi bukan cara yang eksklusif untuk mengenal pasti kenyataan berkenaan. Menurut sifat sebenarnya, kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko dan ketidaktentuan yang wujud, secara umum dan khusus, dan terdapat risiko bahawa anggaran, ramalan, unjuran dan kenyataan pandang ke hadapan lain tidak akan dapat dicapai. Sekiranya satu atau lebih daripada risiko ini menjadi kenyataan, atau sekiranya andaian yang mendasarinya terbukti tidak benar, keputusan sebenar kami mungkin berbeza dengan ketara berbanding keputusan yang dianggarkan. Anda harus memahami bahawa beberapa faktor penting boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada rancangan, objektif, jangkaan, anggaran dan hasrat yang diungkapkan dalam kenyataan pandang ke hadapan berkenaan. Faktor-faktor ini dibincangkan secara lebih menyeluruh dalam laporan tahunan paling terkini kami dalam Borang 20-F yang difailkan pada 28 Ogos 2018 dan dalam pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Senarai faktor yang dibincangkan di dalamnya adalah tidak lengkap; apabila bergantung pada kenyataan pandang ke hadapan untuk membuat keputusan pelaburan, anda harus mempertimbangkan dengan teliti faktor-faktor ini dan juga ketidaktentuan serta peristiwa lain. Kenyataan pandang ke hadapan hanya terpakai pada tarikh kenyataan tersebut dibuat dan kami tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana kenyataan berkenaan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Latar Belakang Sasol: 

Sasol ialah sebuah syarikat bahan kimia dan tenaga bersepadu bertaraf global. Melalui kakitangan berbakat kami, kami mencipta nilai yang hebat buat pelanggan kami, pemegang saham dan pemegang kepentingan lain dengan selamat dan mampan. Kami menggabungkan teknologi-teknologi sofistikated dalam kemudahan-kemudahan operasi berskala dunia untuk mengeluarkan dan mengkomersialkan komoditi serta bahan kimia khusus, bahan api gas dan cecair serta bekalan elektrik dengan karbon lebih rendah.

Dikeluarkan oleh: 

Alex Anderson, Ketua Perhubungan Media Kumpulan
Talian terus: +27-(0)-10-344-6509; Telefon Bimbit +27-(0)-71-600-9605;
alex.anderson@sasol.com 

Matebello Motloung, Pakar Kanan: Perhubungan Media
Talian terus: +27-(0)-10-344-9256; Telefon Bimbit: +27-(0)-82-773-9457
matebello.motloung@sasol.com

Sunna Schulz, Pengurus Kanan: Hal Ehwal Korporat Operasi Eurasia
Talian terus: +49-(0)-40-63684-1364
sunna.schulz@de.sasol.com

Source: Sasol Limited
Related Stocks:
Berlin:SAOA Dusseldorf:SAOA Frankfurt:SAOA Johannesburg:SOL Johannesburg:SOLBE1 Munich:SAOA NYSE:SSL OTC:SASOF Stuttgart:SAOA
Related Links:
Keywords: Chemical Electrical Utilities Oil/Energy OTC/SmallCap IRW Utilities Corporate Expansion