omniture

Ontario Teachers' bakal labur dalam teknologi disruptif global melalui platform inovasi baharu

Ontario Teachers' Pension Plan
2019-04-25 07:05 267

Olivia Steedman bakal ketuai jabatan baharu

TORONTO, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia melancarkan jabatan pelaburan baharu, Teachers' Innovation Platform (TIP). TIP akan menumpu pada pelaburan modal usaha niaga peringkat akhir dan ekuiti pertumbuhan dalam syarikat-syarikat yang menggunakan teknologi untuk mengubah sektor sedia ada dan mencipta sektor-sektor baharu.

Olivia Steedman, Senior Managing Director, Teachers' Innovation Platform, Ontario Teachers' Pension Plan
Olivia Steedman, Senior Managing Director, Teachers' Innovation Platform, Ontario Teachers' Pension Plan

"Kami teruja untuk membina sebuah platform yang memanfaatkan rekod prestasi, bakat dalaman dan model perkongsian kami," kata Ziad Hindo, Ketua Pegawai Pelaburan di Ontario Teachers'. "Ia tidak akan bergantung kepada mana-mana kawasan tertentu, bermakna kami boleh berada di mana-mana jua di dunia yang mana terdapatnya peluang."

Olivia Steedman akan membina dan memimpin TIP sebagai Pengarah Urusan Kanan baharu. Cik Steedman telah berada di Ontario Teachers' sejak tahun 2002. Beliau merupakan ahli pengasas dan pemimpin kanan kumpulan infrastruktur dan sumber asli, yang telah berkembang menjadi platform global yang bernilai $26 bilion.

"Ini merupakan saat perubahan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam pelbagai bidang termasuk pengkomputeran, sains bahan, robotik dan perubatan. Ini merupakan peluang-peluang penting untuk melabur dalam perniagaan dan sektor-sektor baharu yang muncul lantaran perubahan ini," kata Cik Steedman.

Ontario Teachers' percaya bahawa platform baharu ini berpotensi menjana pulangan kukuh yang mengatasi pasaran untuk ahli-ahli Pelan berkenaan. Dunia sedang berubah dan kami komited untuk mencari segmen-segmen peluang baharu untuk mengukuhkan kedudukan portfolio kami dengan baik demi masa depan. Sebagai pelabur jangka panjang yang aktif dengan jalinan perkongsian mendalam di seluruh dunia, Ontario Teachers' boleh bertindak segera untuk memperoleh sumber dan membuat pelaburan. Ia dapat menyediakan modal jangka panjang dan pintar untuk menyokong penciptaan nilai yang mampan.

Latar Belakang Ontario Teachers'

Ontario Teachers' Pension Plan (Ontario Teachers') ialah pelan pencen satu pekerjaan yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih sebanyak $191.1 bilion setakat 31 Disember 2018. Ia memegang pelbagai portfolio aset global, kira-kira 80% daripadanya diurus sendiri dan telah memperoleh pulangan bersih dana keseluruhan tahunan sebanyak 9.7% sejak pelan ini mula diperkenalkan pada tahun 1990. Ontario Teachers' ialah sebuah pertubuhan bebas yang beribu pejabat di Toronto. Pejabat rantau Asia Pasifiknya terletak di Hong Kong manakala pejabat Eropah, Timur Tengah & benua Afrika terletak di London. Pelan faedah tertakrifnya, yang dibiayai sepenuhnya, melabur dan mengurus pencen untuk 327,000 guru aktif dan guru bersara wilayah Ontario. Untuk maklumat lanjut, layari otpp.com dan ikuti kami di Twitter @OtppInfo.

Hubungi:
Lori McLeod
Ontario Teachers'
416-730-7207
lori_mcleod@otpp.com

Oliver Mann  
Kekst CNC
+44 203 7551 607
Oliver.Mann@kekstcnc.com

Ontario Teachers' Pension Plan
Ontario Teachers' Pension Plan

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/876021/Ontario_Teachers_Pension_Plan_Olivia_Steedman.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/876022/Ontario_Teachers_Pension_Plan.jpg

Source: Ontario Teachers' Pension Plan
Keywords: Banking/Financial Service Education Workforce Management/Human Resources New products/services Personnel announcements