omniture

ZEE5 Tayang Julung Kali Siri Asal Tamil Baharu 'Auto Shankar' untuk Penonton Globalnya

Berdasarkan siri peristiwa sebenar dan mengerikan yang menggemparkan Chennai pada tahun 1980-an
ZEE5
2019-04-25 11:49 392

SINGAPURA, KUALA LUMPUR, Malaysia dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Membawakan citarasa berbeza kepada genre jenayah-ngeri menerusi siaran-siaran termasuk Rangbaaz dan Abhay, hari ini ZEE5 menayangkan julung kalinya siri web Asal Tamilnya 'Auto Shankar'.

ZEE5_Auto_Shakar
ZEE5_Auto_Shakar
Archana_Anand_ZEE5_Global
Archana_Anand_ZEE5_Global

Diterbikan oleh Trident Arts & Baby Shoe Productions dan diarahkan oleh pengarah yang memenangi anugerah Antarabangsa Ranga Yali, 'Auto Shankar' menjejaki semula perjalanan salah seorang penjenayah yang paling terkenal kekejamannya di Chennai, Gowri Shankar, seorang pemandu kereta yang menerima hukuman gantung kerana membunuh enam orang mangsa sepanjang tempoh dua tahun pada tahun 1980-an di Chennai. Mayat-mayat mangsa telah dibakar atau ditanam di dalam rumah-rumah kediaman.

Sarath Appani (Angamaly Diaries, Chekka Chivantha Vaanam, Odiyan) melakonkan watak Shankar. Kisah tersebut berkisarkan banyak aspek dan personaliti pembunuh bersiri yang terkenal kejam ini, bermula dengan perbuatan tidak bermoral beliau sehinggalah kepada penangkapan beliau pada tahun 1995 selepas usaha memburu dan hukuman akhir. Barisan pelakon turut melibatkan Selva Pandian, Rajesh Dev, Vasudha, antara lain.

Mengulas tentang rancangan tersebut, Pengarah, Ranga Yali berkata, "Berdekad-dekad telah berlalu, namun kisah Auto Shankar yang terkenal kejamnya terus menghantui bandar Chennai. Dengan personaliti yang benar-benar pelik, namun dinamik, kami inginkan format yang membolehkan kami meneroka setiap aspek kisah berkenaan. Saya benar-benar gembira kerana dapat bekerjasama dengan ZEE5 dan barisan pelakon yang menghidupkan kisah yang benar-benar sukar yang perlu diceritakan."

Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan, ZEE5 Global berkata, "Auto Shankar menawarkan jendela kepada zaman di waktu seorang lelaki menyebabkan seluruh bandar tersebut terhenti aktivitinya. Rancangan baharu ini bukan sahaja memberi tambahan kepada himpunan kandungan Tamil kami yang amat berbeza di ZEE5 untuk penonton kami dalam seluruh pasaran, tetapi juga menekankan lagi komitmen kami untuk menghidupkan kisah-kisah yang paling menarik daripada segenap genre. Penonton kami semestinya akan tidak senang duduk apabila menonton rancangan asal yang baharu ini."

Akan turut ditayangkan di ZEE5 ialah satu lagi Rancangan Asal Tamil global Thiravam yang juga berdasarkan kisah sebenar dan akan menampilkan Prasanna, John Vijay serta ramai lagi.

ZEE5 disediakan melalui Google Play Store, iOS App Store, www.ZEE5.com serta Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Perhubungan AKhbar:
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com  
+91-98202-98575

Cik Louane Simone Rodrigues
Louane.Rodrigues@zee.esselgroup.com  
+91-78754-98111

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/808397/ZEE5_Logo.jpg 
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/875781/ZEE5_Auto_Shakar.jpg
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/818490/Archana_Anand_ZEE5_Global.jpg    

 

 

Source: ZEE5
Related Stocks:
Bombay:505537 Bombay:717503 India:EQZEEL India:P2ZEEL
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services