omniture

Emaar Hospitality Group bakal Buka 5 Hotel Baharu di Dubai Tahun Ini

Emaar Hospitality Group
2019-04-25 22:27 307

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur milik pemaju global Emaar Properties, akan membuka empat hotel baharu di Dubai di bawah Address Hotels + Resorts yang premium dan mewah serta Vida Hotels and Resorts dengan gaya hidup mewah, tahun ini. Selanjutnya, Rove Hotels, usaha sama antara Emaar Properties dan Meraas, akan membuka sebuah hotel baharu, yang memberi tambahan kepada pilihan hotel berskala sederhana yang kontemporari di bandar ini.

Vida_The_Hills_Emaar_Hospitality_Group
Vida_The_Hills_Emaar_Hospitality_Group
Address_Sky_View_Emaar_Hospitality_Group
Address_Sky_View_Emaar_Hospitality_Group

Dua buah hotel akan dibuka di bawah Address Hotels + Resorts – kedua-duanya di Downtown Dubai: Address Fountain Views dan Address Sky View. Hotel-hotel baharu yang bakal dibuka di bawah Vida Hotels and Resorts ialah Vida The Hills dan Vida Harbour Point. Hartanah Rove Hotels baharu ialah Rove At The Park. Kesemua hotel ini telah mula membuka tempahan dalam talian.

Chris Newman, Ketua Pegawai Operasi Emaar Hospitality Group, berkata, "Lima pembukaan hotel baharu terus memperkukuh kecekapan kami sebagai penyedia hospitaliti tempatan yang utama, mengalu-alukan para pengunjung dari seluruh dunia menerusi pelbagai portfolio hotel yang dapat memenuhi aspriasi gaya hidup mereka. Hotel-hotel baharu ini turut mengukuhkan peranan kami sebagai Rakan Kongsi Hospitaliti & Hotel Rasmi bagi Expo 2020 Dubai."

Mempunyai 193 buah bilik hotel dan suit, Address Fountain Views ialah tiga menara yang menarik visualnya, menawarkan pemandangan memukau terhadap Burj Khalifa dan The Dubai Fountain serta memberi akses terus ke The Dubai Mall melalui jambatan penghubung. Address Sky View mempunyai dua menara mengagumkan yang dihubungkan oleh Sky Bridge yang direka dengan mahir. Turut berada di tengah-tengah Downtown Dubai, hotel ini mempunyai 169 buah bilik yang menghadap Burj Khalifa yang ikonik.

Vida Harbour Point ialah kawasan baharu di Dubai Creek Harbour, projek pembangunan mega berkeluasan enam kilometer persegi yang terletak hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan mempunyai 275 buah bilik. Sebuah hotel elegan bergaya hidup mewah yang mempunyai 157 buah bilik, Vida The Hills terletak di kawasan kejiranan Emirates Hills yang damai, hanya 10 minit jarak berjalan kaki dari padang golf utama bandar - Emirates Golf Club and Address Montgomerie.

Rove At The Park terletak di Dubai Parks and Resorts, pusat tumpuan kepada tiga taman tema yang bertaraf dunia selain taman tema air. Ia mempunyai 579 buah bilik bersaiz selesa yang banyaknya saling bersambung, sempurna untuk keluarga.

Emaar Hospitality Group akan memaparkan portfolionya melibatkan projek-projek yang sedang beroperasi dan akan datang di UAE serta pasaran-pasaran antarabangsa di Arabian Travel Market, acara industri pengembaraan yang terkemuka di rantau ini.

Untuk butiran:
Kelly Home
ASDA'A BCW
+971-4-450-7600
kelly.home@bcw-global.com

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/876425/Vida_The_Hills_Emaar_Hospitality_Group.jpg  
Foto: https://mma.prnewswire.com/media/876426/Address_Sky_View_Emaar_Hospitality_Group.jpg

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Household/Consumer/Cosmetics Travel New products/services