omniture

Tinjauan Herbalife Nutrition Dedah 8 Dalam 10 Pengguna Asia Pasifik Berusaha untuk Makan Sarapan yang Lebih Sihat, Namun Majoriti Masih Buat Keputusan Sarapan Berdasarkan Kemudahan

Herbalife Nutrition Asia Pacific
2019-05-20 16:11 546

HONG KONG, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai syarikat yang mempunyai matlamat untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia, syarikat pemakanan global utama, Herbalife Nutrition, hari ini mengeluarkan hasil daripada Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik 2019. Dijalankan pada bulan Mac 2019 dengan 5,500 responden dari 11 pasaran - Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam - tinjauan itu menunjukkan bahawa meskipun majoriti pengguna Asia Pasifik memahami manfaat sarapan pagi yang sihat, dan berkeinginan untuk mengambil sarapan pagi yang sihat, tujuh dalam 10 (67%) masih membuat keputusan sarapan pagi berdasarkan kemudahan, mengatasi manfaat kesihatan (43%) dan nilai pemakanan (33%).

Tinjauan Sarapan Sihat Herbalife Nutrition Asia Pacific 2019
Tinjauan Sarapan Sihat Herbalife Nutrition Asia Pacific 2019

Tinjauan Sarapan Sihat Asia Pasifik 2019 dibina berdasarkan kajian asal yang dijalankan pada tahun 2018, yang meneliti sikap dan tabiat pengguna terhadap sarapan pagi. Tahun ini, kaji selidik itu meneliti gabungan sarapan pagi yang biasa dipilih pengguna, faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan ini, serta pandangan mereka mengenai apa yang membentuk kombinasi sarapan pagi yang sihat.

"Semua orang memahami bahawa sarapan pagi ialah makanan yang paling penting dalam sehari. Memulakan setiap hari dengan sarapan pagi yang sihat dapat menyokong metabolisme, kesihatan otot dan pengurusan berat badan jangka panjang. Dengan mengambil kira perkara ini, ia amat penting untuk pengguna untuk membuat keputusan yang bijak dan memulakan hari mereka dengan zat makanan yang sesuai. Herbalife Nutrition menawarkan pilihan sarapan pagi yang membekalkan asas pemakanan yang optimum bagi pengguna untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat," kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

Kopi dan Telur - Kombinasi Sarapan Biasa untuk Pengguna Asia Pasifik

Apabila ditanya mengenai pilihan sarapan pagi yang biasa bagi pengguna Asia Pasifik, tinjauan ini menunjukkan "kopi dan telur" sebagai kombinasi sarapan pagi yang paling popular untuk pengguna di Australia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Satu-satunya pengecualian ialah Hong Kong dan Indonesia di mana "teh dan telur" mengambil tempat teratas, dan di Vietnam di mana "kopi dan bun roti" dipilih sebagai kombinasi sarapan pagi. Rata-rata pengguna Asia Pasifik berkata bahawa mereka memakan kombinasi sarapan biasa mereka 16 kali setiap bulan, lebih kurang sekali setiap dua hari.

Mudah  - Faktor Utama yang Mempengaruhi Pilihan Sarapan Pengguna

Pengguna Asia Pasifik menonjolkan perkara berikut sebagai lima pertimbangan utama yang mempengaruhi pilihan sarapan mereka:

  • Mudah (67%)
  • Sedap (47%)
  • Jimat Kos (44%)
  • Sihat (43%)
  • Berkhasiat (33%)

Dengan ciri mudah menjadi faktor pertimbangan utama dalam pilihan sarapan mereka, majoriti pengguna juga memilih cara yang paling mudah untuk menyediakan sarapan biasa mereka:

  • 51% berkata mereka menyediakan sarapan dari mula sekali di rumah
  • 22% membelinya dari tempat makan yang berhampiran
  • 18% menyediakannya menggunakan makanan yang diproses di rumah

Berkenaan tentang lokasi pilihan mereka untuk menikmati sarapan:

  • 70% lebih gemar menikmati sarapan di rumah
  • 11% lebih gemar untuk menikmatinya di tempat makan yang berhampiran
  • 10% makan sarapan di tempat kerja
  • 6% menikmati sarapan semasa bergerak

Pengguna Asia Pasifik Mempunyai Pendapat Berbeza Tentang Pilihan Sarapan yang Lebih Sihat

Apabila ditanya mengenai apa yang mereka anggap sebagai kombinasi sarapan pagi yang lebih sihat, pandangan pengguna Asia Pasifik amat berbeza. Di Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, susu dianggap pilihan minuman yang lebih sihat berbanding kopi; di Hong Kong dan Taiwan, susu soya dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat; manakala di Malaysia dan Singapura, teh dianggap lebih sihat.

Kombinasi sarapan pagi lebih sihat yang teratas di setiap pasaran Asia Pasifik ialah:

  • Susu dan Telur- Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam
  • Air Kosong dan Buah-buahan - Australia
  • Susu Soya dan Bijirin - Hong Kong
  • Susu dan Roti Bakar Kosong - Jepun
  • Air Kosong dan Nasi - Korea
  • Teh dan Telur - Malaysia
  • Teh dan Empingan Oat - Singapura
  • Susu Soya dan Telur - Taiwan

Kepelbagaian maklum balas menunjukkan bahawa pengguna Asia Pasifik mungkin tidak menyedari sepenuhnya komposisi nutrisi yang ideal untuk sarapan pagi. Walaupun kombinasi "air dan buah" yang dipilih oleh pengguna di Australia mempunyai kandungan serat dan vitamin yang tinggi, ia kekurangan protein yang ketara, yang mana apabila ia dimakan dalam jumlah yang sesuai pada waktu sarapan, ia dapat menyokong metabolisme, kesihatan otot dan pengurusan berat badan. Di samping itu, pilihan sarapan pagi yang sihat yang dipilih oleh pengguna di Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai serat yang mencukupi.

Keinginan Pengguna Asia Pasifik untuk Sarapan Lebih Sihat

Walaupun kurangnya pemahaman menyeluruh mengenai komposisi nutrisi yang ideal untuk sarapan pagi yang sihat, lebih daripada lapan dalam 10 (82%) pengguna Asia Pasifik mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk mengambil sarapan yang lebih sihat, dengan lebih daripada sembilan dalam 10 pengguna di Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam berhasrat untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kekurangan masa (62%), usaha yang diperlukan (31%) dan kesulitan (31%) kekal sebagai halangan utama yang menghalang mereka daripada menyediakan sarapan yang lebih sihat.

"Tiada keraguan bahawa para pengguna Asia Pasifik mahu sarapan pagi yang sihat, lazat, mudah dan menjimatkan pada masa yang sama. Bagi kami di Herbalife Nutrition, kami telah melabur dalam produk baharu sambil terus memperbaiki produk kami seperti Herbalife Nutrition Formula 1, yang memudahkan pengguna untuk menyediakan sarapan yang enak, berkhasiat dan sihat setiap hari," tambah Conchie.

Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition membawakan Jelajah Kesejahteraan Asia Pasifik ke-11 ke rantau ini, yang menampilkan siri ceramah nutrisi yang diadakan di bandar-bandar di seluruh Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Jelajah ini, yang akan berlangsung sepanjang bulan Mei, akan menjadi tuan rumah kepada pakar-pakar Herbalife Nutrition dan ahli Lembaga Penasihat Pemakanan Herbalife Nutrition (NAB), yang akan berkongsi kepakaran mereka dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan kesihatan, dan mendidik orang ramai tentang kepentingan sarapan yang sihat setiap hari.

Latar Belakang Herbalife Nutrition

Herbalife Nutrition ialah sebuah syarikat pemakanan global yang bertujuan untuk menjadikan dunia lebih sihat dan lebih bahagia. Syarikat telah melaksanakan misi untuk pemakanan - mengubah kehidupan orang ramai menerusi produk dan program pemakanan yang hebat - sejak tahun 1980. Herbalife Nutrition menawarkan produk yang berkualiti tinggi berasaskan sains, bimbingan secara peribadi dengan Ahli Bebas Herbalife Nutrition, dan pendekatan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan lebih aktif. 

Produk pemakanan, pengurusan berat badan, tenaga dan kecergasan serta produk penjagaan diri bersasaran Herbalife Nutrition tersedia melalui Ahli-ahli Bebasnya di lebih daripada 90 negara.

Herbalife Nutrition menyokong Herbalife Nutrition Foundation, sebuah organisasi bukan untung yang membantu organisasi komuniti yang menumpu pada penyediaan pemakanan yang baik. Herbalife Nutrition juga berbangga untuk menaja lebih 190 orang atlet, pasukan dan acara bertaraf dunia di seluruh dunia.

Herbalife Nutrition mempunyai lebih daripada 8,300 kakitangan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari Herbalife.com atau IAmHerbalife.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190509/2461702-1

Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Supplementary Medicine Survey, Polls & Research