omniture

Spirit of the Brave: Pada kulit Neymar Jr

Diesel Fragrances
2019-05-20 22:24 194

PARIS, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Diesel Fragrances dan Neymar Jr., diiringi oleh Buzzman, memberikan kita definisi keberanian bagi pelancaran haruman baharu, "Spirit of the Brave". Kempen tersebut yang disebarkan di seluruh dunia telah dilancarkan pada 19hb Mei di lebih daripada 40 negara.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8546651-diesel-fragrances-neymar-jr/ 

Dalam tempoh 10 tahun sahaja, pemain bola sepak Neymar Jr. telah menjadi seorang bintang. Terdedah kepada jutaan peminat, wartawan dan pihak lawan, setiap gerak geri beliau difotokan, dikongsikan dan diteliti, setiap perkataan yang dikeluarkan oleh beliau dianalisis dan dibincangkan dalam tweeter.

Jadi apa sebenarnya bersikap berani apabila anda adalah Neymar Jr, salah seorang bintang tersohor di dunia?

Dengan bergantung pada kod hiburan, filem ini berhasrat untuk mentakrifkan apa yang melekat paling banyak pada kulit Neymar Jr.: cacah beliau. Terdapat 70 cacah pada badan beliau, setiap satu menggambarkan peristiwa penting dalam kehidupan beliau. Cacah Neymar Jr. bukan sahaja menceritakan kisah beliau, malah ia mendedahkan personaliti beliau.

Ia dihasilkan di bawah arahan Mark Zibert iaitu pengarah dan jurugambar warga Kanada yang telah memenangi pelbagai anugerah, membayangkan Definisi keberanian: jangan bersikap terlalu serius, jangan berhenti bermain walaupun di depan perkara yang paling dibimbangi.

Sebuah filem yang unik dan sangat peribadi, menggunakan imej haruman Spirit of The Brave yang dihasilkan bersama dengan Neymar Jr., botolnya yang diilhamkan oleh salah satu cacah ikonik beliau. Berbentuk penumbuk, ia memaparkan singa yang dihiasi pada tangan Neymar Jr. sendiri, lambang keyakinan diri dan keberanian.

Kempen ini yang disokong oleh liputan paparan juga difotokan oleh Mark Zibert, akan dilancarkan di beberapa buah negara pada 19hb Mei termasuk Perancis, Itali, United Kingdom, Jerman, AS dan sudah pasti Brazil. @neymarjr dan @dieselfragrances adalah media pertamanya, merancang pendedahan dan perbualan dengan peminat mereka, serta peminat haruman masa hadapan.

@dieselfragrances
#spiritofthebrave
#playwithyourfears 

generated by system

generated by system

 

Spirit Of The Brave (PRNewsfoto/Diesel Fragrances)
Spirit Of The Brave (PRNewsfoto/Diesel Fragrances)

Spirit Of The Brave packshot (PRNewsfoto/Diesel Fragrances)
Spirit Of The Brave packshot (PRNewsfoto/Diesel Fragrances)

Source: Diesel Fragrances
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Licensing/marketing agreements New products/services