omniture

Penyenaraian UNUS SED LEO pada Bitfinex Susulan Penyempurnaan Sumbangan $1bn

Bitfinex
2019-05-22 01:09 494

ROAD TOWN, Kepulauan Virgin British, 21 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa UNUS SED LEO, token utiliti yang direka untuk memperkasa komuniti Bitfinex dan menyediakan utiliti buat mereka yang ingin memaksimumkan output dan keupayaan platform dagangan Bitfinex, akan memulakan dagangan pada hari Isnin, 20 Mei jam 08:00 UTC di Bitfinex. Token ini akan diniagakan terhadap BTC, USD, USDt, EOS dan ETH.

Setelah menerbitkan kertas putih UNUS SED LEO pada hari Jumaat, 10 Mei lalu, Bitfinex menjalankan dan menyelesaikan jualan persendirian 100% untuk token UNUS SED LEO diterbitkan sebagai pertukaran untuk nilai satu bilion USDt bagi Bitcoin, USD dan USDt. Sambutan yang amat menggalakkan dan pelaksanaan yang lancar jualan token ini merupakan satu pencapaian baharu untuk Bitfinex dan komuniti Rantaian Blok yang lebih besar.

"Kami tetap benar-benar terharu dengan sokongan berterusan daripada komuniti ini dan amat berbangga kerana dapat menyelesaikan jualan persendirian satu bilion dolar dalam tempoh kurang daripada seminggu. Kini kami teruja untuk membuka UNUS SED LEO kepada komuniti yang lebih luas bagi mendapat manfaat-manfaat token utiliti dalam seluruh portfolio kami," ulas Jean Louis van der Velde, Ketua Pegawai Eksekutif Bitfinex.

Selain keterujaan kami dalam membawakan token unggul dan hebat ke dalam komuniti kami, pasukan Bitfinex tetap berdedikasi untuk terus mengembangkan dan membangunkan infrastruktur teras untuk industri kami secara keseluruhan. Kami kekal bersemangat dan terharu atas sokongan daripada pengguna, kakitangan dan benefisiari kami, dan mengalu-alukan semua orang ke era UNUS SED LEO.

Latar Belakang iFinex: iFinex memulakan operasi pada tahun 2012, pada mulanya beroperasi di bawah jenama Bitfinex, seterusnya menjadikannya sebagai salah satu bursa paling bertahan lama dalam industri rantaian blok. Sejak itu,  iFinex, melalui platform-platform dagangannya, menjadi salah sebuah syarikat yang diiktiraf paling meluas dalam sektor mata wang kritpo, dengan komuniti yang terdiri daripada usahawan, idealis dan ahli teknologi yang bersemangat, yang bersama-sama menyumbang kepada salah satu kisah pertumbuhan terbaik dalam industri kami.

Pertanyaan akhbar: press@bitfinex.com 

 

 

 

 

Source: Bitfinex
Keywords: Computer/Electronics New products/services Blockchain