omniture

HOYA Vision Care Mengeluarkan Keputusan Kajian Eropah MiYOSMART Selama Setahun

HOYA Vision Care
2023-10-31 19:13

Penemuan awal berasaskan bukti bagi kajian selama tiga tahun sangat menyokong portfolio MiYOSMART

BANGKOK, 31 Oktober 2023 /PRNewswire/ -- HOYA Vision Care, komited untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi menangani masalah perkembangan miopia atau rabun jauh pada kanak-kanak yang semakin meningkat, dengan memperluaskan penyelidikannya ke Eropah dalam usaha memerangi masalah global ini.

Dalam industri penjagaan mata, kebanyakan penyelidikan mengenai miopia kanak-kanak dijalankan di Asia Timur iaitu tempat yang paling banyak berlaku masalah ini.1 Disebabkan miopia semakin meningkat di seluruh dunia, oleh itu terdapat keperluan untuk menguji keberkesanan penyelesaian pengurusan miopia pada kanak-kanak dari etnik dan kawasan geografi lain.1 Untuk mengumpul data yang diperlukan, pasukan Hal Ehwal Perubatan Global HOYA mula menjalankan kajian pemerhatian selama tiga tahun di United Kingdom (UK), dengan matlamat untuk memperluas manfaat MiYOSMART kepada kanak-kanak Eropah yang mengalami miopia. Kajian ini telah mencapai kejayaan setahun pada awal tahun ini, dengan keputusannya dibentangkan secara rasmi di Persidangan Persatuan Penyelidikan dalam Penglihatan dan Oftalmologi (ARVO) 2023 yang diadakan pada 23-27 April di New Orleans.2

Kajian tersebut melibatkan seramai 128 orang kanak-kanak yang berumur antara 5 hingga 15 tahun yang direkrut di tiga buah pusat universiti di UK. Semua kanak-kanak telah diberikan lensa cermin mata MiYOSMART dan kemajuan mereka diikuti yang bertujuan untuk menilai prestasi lensa cermin mata MiYOSMART pada kanak-kanak di Eropah.2 Keputusan daripada kajian ini menunjukkan keberkesanan lensa cermin mata MiYOSMART yang serupa di antara kanak-kanak Eropah dengan Asia, terutamanya pada kanak-kanak yang berumur antara 8 hingga 13 tahun.2, 3 Kebanyakan kanak-kanak bebas simptom dalam masa seminggu, yang menunjukkan toleransi dan penerimaan yang kukuh.2

"Miopia kanak-kanak merupakan suatu kebimbangan global yang meluas, malah komitmen jitu kami untuk memerangi masalah ini melalui penyelesaian inovatif seperti lensa cermin mata MiYOSMART adalah lebih kuat berbanding sebelum ini. Keputusan interim bagi penyelidikan kami di Eropah adalah memberangsangkan," kata Dr. Natalia Vlasak, Ketua Hal Ehwal Perubatan dan Saintifik Global HOYA Vision Care. "Hasil yang setanding dalam kohort Eropah menunjukkan bahawa MiYOSMART mewakili pendekatan yang berkesan untuk memperlahankan perkembangan miopia pada kanak-kanak tanpa mengira etnik mereka. Kami tidak sabar untuk berkongsi hasil kajian selama tiga tahun ini dalam masa terdekat."

Lebih 2 juta ibu bapa di seluruh dunia telah mempercayai MiYOSMART, sejak ia dilancarkan pada tahun 2018.4

Penafian Produk: Lensa cermin mata MiYOSMART belum diluluskan untuk digunakan dalam pengurusan Miopia di semua negara, termasuk A.S, dan pada masa ini tidak tersedia untuk jualan di semua negara, termasuk A.S.

Tentang HOYA Vision Care

Selama lebih 60 tahun, HOYA Vision Care telah menjadi peneraju global yang amat berminat dalam inovasi teknologi optik. Sebagai pengeluar lensa kaca mata yang berkualiti dan berprestasi tinggi, HOYA sentiasa menyasarkan untuk membawa penyelesaian penjagaan penglihatan yang terbaik kepada para Profesional Penjagaan Mata dan pesakit mereka di seluruh dunia. Syarikat ini membekalkan lensa ke 110 buah negara dan mempunyai rangkaian dengan lebih 17,000 orang pekerja dan 43 buah makmal di seluruh dunia.

Rujukan

  1. Grzybowski A, Kanclerz P, Tsubota K, Lanca C, Saw SM. A review on the epidemiology of myopia in school children worldwide. BMC Ophthalmol. 2020;20(1):27.
  2. McCullough S, Barr, H, Fulton, J, et al. 2-Year Multi-Site Observational Study of MiYOSMART myopia control spectacle lenses in UK children:1-year results (Abstract). ARVO 2023; 23-27 April 2023; New Orleans, LA, Amerika Syarikat.
  3. Lam CSY, Tang WC, Tse DY, Lee RPK, Chun RKM, Hasegawa K, et al. Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) spectacle lenses slow myopia progression: a 2-year randomised clinical trial. Br J Ophthalmol. 2020;104(3):363-8.
  4. Berdasarkan bilangan lensa cermin mata MiYOSMART yang dijual menurut data jualan HOYA pada fail setakat bulan Julai 2023.

Ikuti HOYA Vision Care di Linkedin

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2260237/HOYA_Vision_Care_1_Logo.jpg?p=medium600

Source: HOYA Vision Care
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Children-related news Clinical Trials/Medical Discoveries