omniture

PANDUIT BERPANGKALAN DI AS TINGKATKAN LANDSKAP PEMBUATAN DENGAN KILANG CANGGIH BAHARU DI JOHOR BAHRU, MALAYSIA

Panduit
2024-05-17 18:58 1

JOHOR BAHRU, Malaysia, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Panduit, peneraju dan pengeluar bertaraf global bagi penyelesaian infrastruktur elektrik dan rangkaian termaju, dengan bangganya mengumumkan pembukaan kemudahan pembuatan canggihnya yang baharu di Johor Bahru, Malaysia. Pencapaian ini menandakan kemajuan yang penting dalam proses pembuatan, mengukuhkan rantaian bekalan Panduit untuk menyediakan produk pengikat kabel berkualiti terbaik sekali gus memenuhi permintaan pelanggannya yang semakin meningkat. Menjangkau keluasan 25,083 meter persegi yang mengagumkan, kemudahan ini yang mula beroperasi pada Oktober 2023, bersedia untuk mencipta 184 peluang pekerjaan baharu menjelang akhir tahun 2024.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/players/English/9269251-us-based-panduit-elevates-manufacturing-landscape-new-state-art-plant-johor-bahru-malaysia/ 

Ribbon cutting ceremony
Ribbon cutting ceremony

YB Tuan Lee Ting Han, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, yang hadir pada majlis pembukaan kilang berkongsi, "Keputusan oleh Panduit Corporation untuk menubuhkan operasi di Johor merupakan bukti kelebihan strategik Negeri kita seperti lokasi, teknologi yang mantap dan infrastruktur asas, kumpulan bakat yang pelbagai, serta peranan Johor sebagai hab untuk pasaran ASEAN. Kami percaya pelaburan ini akan meningkatkan lagi reputasi Malaysia dan Johor sebagai destinasi pelaburan terunggul bagi industri teknologi tinggi dan pembuatan jitu."

Signing ceremony
Signing ceremony

En. Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, menunjukkan semangat beliau, menyatakan, "Malaysia sedang giat untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan kami berbangga mengalu-alukan peneraju industri seperti Panduit. Kehadiran mereka bukan sahaja meningkatkan kumpulan bakat berteknologi tinggi kami, tetapi juga memberikan kelebihan yang menarik dalam pasaran global. Ia membantu PKS kami dalam mengguna pakai teknologi pembuatan termaju, menyumbang kepada pembangunan ekosistem industri plastik serta memperkukuh kebingkasan rantaian bekalan dan landskap ekonomi Malaysia."

Mr. Shannon McDaniel, President & Chief Executive Officer, Panduit
Mr. Shannon McDaniel, President & Chief Executive Officer, Panduit

"Johor Bahru ialah pusat pembuatan perindustrian yang rancak dan bertapak kukuh di Asia Selatan dengan sistem infrastruktur yang sofistikated serta keupayaan pembuatan dan operasi yang mantap," jelas Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Panduit untuk Asia-Pasifik, Harry Woo. "Keputusan strategik untuk membina kilang baharu di Johor Bahru akan membantu kami kekal kompetitif dan dalam masa yang sama mengekalkan kehadiran strategik kami di kawasan ini dan memastikan perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan kami."

Mr. David Tallentire, Senior Vice President of Operations, Panduit
Mr. David Tallentire, Senior Vice President of Operations, Panduit

"Kemudahan pembuatan moden kami dilengkapi dengan robotik canggih dan automasi untuk memaksimumkan produktiviti," kata Naib Presiden Kanan Operasi Panduit David Tallentire. "Di samping itu, bagi meningkatkan kecekapan dan kemampanan keseluruhan kilang ini, kami menggabungkan ciri-ciri termaju bagi mengoptimumkan prestasi tenaga dan melaksanakan amalan reka bentuk berkecekapan tinggi untuk proses pembinaan dan pembuatan yang lebih diperkemas." Tallentire menambah Panduit berharap dapat memanfaatkan sambungan logistik yang kukuh demi kemudahan bekalan kepada pelanggan Asianya dan dalam rantaian bekalan global yang lebih luas.

Ms Umarani Muniandy, Executive Director, Manufacturing Development (Resource), MIDA
Ms Umarani Muniandy, Executive Director, Manufacturing Development (Resource), MIDA

Penggunaan plastik kejuruteraan oleh Panduit dalam proses pembuatannya sejajar secara lancar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030, yang mengutamakan penggalakan industri-industri bernilai tambah tinggi dan penggunaan teknologi termaju. Tambahan pula, Pelan Hala Tuju Industri Kimia Malaysia 2030 menekankan fokus negara untuk menggalakkan plastik kejuruteraan sebagai segmen utama dalam sektor kimia. Komitmen Panduit kepada inovasi selaras dengan aspirasi Malaysia untuk mendorong pertumbuhan ekonomi melalui industri-industri dipacu teknologi, seterusnya membuka jalan menuju masa depan yang makmur.

Mr. YB Lee Ting Han, Johor State Executive Member and Chairman of Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee
Mr. YB Lee Ting Han, Johor State Executive Member and Chairman of Investment, Trade, Consumer Affairs and Human Resources Committee

Latar Belakang MIDA

MIDA ialah agensi penggalakan utama kerajaan di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk menyelia serta memacu pelaburan ke dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di Malaysia. Beribu pejabat di Kuala Lumpur Sentral, MIDA mempunyai 12 pejabat serantau dan 21 pejabat luar negara. MIDA terus menjadi rakan kongsi strategik kepada perniagaan dalam merebut peluang yang timbul daripada revolusi teknologi dalam era ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.mida.gov.my dan ikuti kami di saluran X, Instagram, Facebook, LinkedIn, TikTok dan YouTube.

Latar Belakang Panduit:

Sejak tahun 1955, budaya ingin tahu dan semangat untuk menyelesaikan masalah Panduit mendayakan hubungan yang lebih bermakna antara matlamat perniagaan syarikat dan kejayaan pasaran mereka. Panduit mencipta penyelesaian infrastruktur elektrik dan rangkaian yang inovatif untuk persekitaran seluruh perusahaan, bermula daripada pusat data hingga bilik telekomunikasi, daripada atas meja hingga lantai kilang. Beribu pejabat di Tinley Park, Illinois, AS dan beroperasi di 112 lokasi global, Panduit memiliki reputasi terbukti untuk kualiti dan kepimpinan teknologi, digandingkan dengan ekosistem rakan kongsi yang mantap bagi membantu menyokong, mengekalkan dan memperkasa pertumbuhan perniagaan dalam dunia terhubung. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.panduit.com.

Source: Panduit
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Telecommunications Utilities Corporate Expansion New products/services General Manufacturing