omniture

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dan MixRadio Bakal Raikan Hari Kegembiraan Antarabangsa

MixRadio
2015-03-16 08:01 110

NEW YORK, 16 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Hari ini, barisan bintang besar telah bergandingan dengan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu dan perkhidmatan siaran muzik paling terperibadi di dunia, MixRadio, untuk melancarkan kempen #HappySoundsLike bagi menandakan Hari Kegembiraan Antarabangsa.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150311/181046LOGO
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150311/181047
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150311/181045LOGO

Muzik mempunyai kuasa untuk menyebarkan kegembiraan dan mengilhamkan perpaduan serta harapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Menyedari hakikat ini, Duta Muhibah dan Utusan Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bersama artis antarabangsa seperti Ed Sheeran, David Guetta, John Legend dan James Blunt, antara lain, telah menyumbang untuk menghasilkan senarai lagu yang paling gembira di dunia, yang akan dilancarkan pada 20 Mac, Hari Kegembiraan Antarabangsa.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon berkata, "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gembira dapat bekerjasama dengan MixRadio untuk meningkatkan kesedaran tentang Hari Kegembiraan Antarabangsa. Pada hari ini kami menggunakan bahasa muzik sejagat untuk menunjukkan kesatuan dengan berjuta-juta orang di seluruh dunia yang menderita daripada kemiskinan, penyelewengan hak asasi manusia, krisis kemanusiaan dan kesan kemerosotan alam sekitar serta perubahan iklim." Ban melantik Stevie Wonder sebagai Utusan Keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2010 untuk mewakili mereka yang mempunyai kelainan upaya di seluruh dunia, dan mencalonkan lagunya "Signed Sealed Delivered" kepada senarai lagu itu."

Ditampilkan oleh penyanyi/penulis lagu Cody Simpson, kempen #HappySoundsLike selama seminggu itu akan mencapai kemuncaknya pada hujung minggu ini dengan senarai putaran lagu yang berinspirasi dan antarabangsa yang dihasilkan oleh artis serta pendengar prihatin di seluruh dunia.

Peminat muzik boleh menghantarkan lagu yang paling menggembirakan mereka dengan hashtag #HappySoundsLike. Pada Jumaat 20 Mac, Cody Simpson akan memilih lima lagu yang dihantar untuk dimasukkan ke dalam senarai putaran lagu rasmi.

Cody Simpson, mengulas, "Saya benar-benar berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kempen menakjubkan untuk meningkatkan kesedaran tentang Hari Kegembiraan Antarabangsa.

"Saya berharap semua orang dapat menyokong hari tersebut dan berkongsi lagu-lagu yang paling menggembirakan mereka! Saya akan memilih lima lagu yang dicadangkan orang awam untuk menjadi sebahagian senarai putaran lagu, #HappySoundsLike, yang akan dilancarkan pada Jumaat 20 Mac untuk anda dengar."

Jyrki Rosenberg, Ketua MixRadio, berkata, "Tahun ini, untuk meraikan dan meningkatkan kesedaran tentang Hari Kegembiraan Antarabangsa, MixRadio mendapat penghormatan bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Kami berharap orang awam akan mengikuti jejak langkah barisan bintang global ini dan berkongsi lagu yang paling menggembirakan mereka. Pada 20 Mac,#HappySoundsLike akan dilancarkan dan kami berharap ia dapat membawakan senyuman kepada wajah-wajah di seluruh dunia."

Ditubuhkan oleh Perhimpunan Am Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2012, Hari Kegembiraan Antarabangsa mengiktiraf "usaha mengejar kegembiraan merupakan sasaran manusia yang penting." Kini dalam tahun ulang tahun ke-70nya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan menjalankan beberapa kempen untuk membantu mencapai sasaran ini.

Kempen tersebut dilancarkan secara rasmi dengan penayangan video global, menampilkan barisan bintang yang menyanyi bersama untuk meningkatkan kesedaran tentang kempen itu.

Tontoni video tersebut di www.happysoundslike.com.

Source: MixRadio
Keywords: Entertainment Music Radio