omniture

AppGallery Melancarkan Kempen Festival Permainan Akhir Tahun Eksklusif

Huawei
2020-12-16 23:43 3163

SHENZHEN, China, 16 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pemain mudah alih boleh menikmati pek hadiah eksklusif untuk permainan terpilih yang merupakan sebahagian daripada Game Fest akhir tahun AppGallery. Kempen ini yang sedang berlangsung hingga 23 Disember membolehkan pemain memuat turun dan bermain beberapa permainan mudah alih yang paling popular dan menebus pek hadiah eksklusif bernilai hingga AS$20.

Memandangkan tahun 2020 hampir berakhir dan semua orang merancang untuk relaks, berehat dan menikmati musim perayaan bersama keluarga dan rakan taulan, AppGallery ingin memberikan sesuatu yang menggembirakan penggunanya setelah melalui tahun yang sukar.

Dalam tempoh sekatan dan pengasingan ini, syarikat itu percaya inilah masa yang paling sesuai untuk tinggal di rumah dan bermain permainan dengan rakan-rakan secara dalam talian. Inilah cara terbaik untuk meluangkan masa dengan orang tersayang sambil menjaga jarak selamat - berjumpa dengan mereka secara maya untuk berbual tentang perkembangan pada sepanjang tahun semasa bermain permainan. Pemain juga dapat mencipta pengalaman baharu bersama-sama dengan menyelesaikan serangan bos yang epik, bertahan dalam pertandingan pertempuran agung sebagai satu pasukan, atau membuat kekacauan dengan berlumba di jalan-jalan di San Francisco.

Berikut ialah 12 permainan mudah alih paling popular dan beberapa pakej hadiah eksklusif untuk memulakan kembara akhir tahun dengan Game Fest.

1. Asphalt 9: Legends - Epic Arcade Car Racing Game 

Pemain yang ingin berlumba di jalan-jalan di Shanghai dan pulau-pulau di sekitar Caribbean atau meninjau pemandangan di Pergunungan Himalaya, kini boleh melakukannya dengan rakan-rakan mereka ketika memandu kereta berkuasa tinggi berenjin nitro di Asphalt 9: Legends. Pemain memuji siri ini kerana ia memberikan pengalaman seperti konsol dengan visual berkualiti tinggi, serta aktiviti kejar-mengejar dengan kelajuan tinggi yang mendebarkan serta set blokbuster.

Di samping itu, AppGallery kini memberikan kod permainan secara percuma untuk mendapatkan Pakej Hadiah Mewah sebagai sebahagian daripada Game Fest, yang mengandungi 125 Token, 50,000 Kredit dan Pek Masa Terhad Ferrari F40 bernilai AS$20, yang memberikan lebih banyak sebab kepada pemain untuk bermain permainan perlumbaan arked yang terdapat di platform tersebut secara percuma.

2. State of Survival: Survive the Zombie Apocalypse 

Apabila berbicara tentang genre bertahan daripada serangan zombi pada telefon bimbit, State of Survival merupakan pilihan popular bagi peminat MMORPG yang mencari zombi untuk dibunuh dan petempatan untuk diuruskan. Permainan ini menggabungkan unsur-unsur di luar kebiasaan permainan strategi tradisional ke dalam permainan tersebut, seperti pertahanan menara, pengurusan sumber berserta dengan penceritaan yang menarik. Pemain juga boleh bekerjasama dengan rakan-rakan untuk menggabungkan sumber dan kekuatan persenjataan untuk memastikan petempatan dapat bertahan melawan zombi dan pemain musuh yang lain.

Untuk membantu pengguna mendahului pemain-pemain lain, AppGallery menawarkan Pakej Hadiah Mewah sebagai sebahagian daripada Game Fest, yang mengandungi item seperti faedah istimewa Construction Speedup, sumber makanan dan bangunan serta Biocaps yang bernilai AS$10.

3.  Last Day on Earth: Survival 

Tidak dapat dinafikan bahawa bertahan daripada zombi tetap menjadi genre permainan yang sangat popular, dengan kewujudan lebih banyak permainan dan filem yang mendapat inspirasi daripada francais zombi yang popular. Sama juga halnya dengan Last Day on Earth yang memberi pengguna pengalaman menjadi orang yang terselamat daripada serangan zombi dan penceroboh, di samping merampas sumber dan makanan agar mereka dapat terus hidup. Ia menjadikan permainan ini segar dengan kemas kini yang kerap dan mekanik pengurusan sumber yang menimbulkan keasyikan bermain yang pasti disukai dan dinikmati oleh ramai peminat.

Pemain baharu dalam permainan ini kini dapat menerima hadiah Game Fest daripada AppGallery - Pakej Hadiah Mewah dengan sumber, senjata dan anjing peneman untuk membantu mereka memulakan perjalanan ke dunia Last Day on Earth sesudah malapetaka besar.

4. Summoners War 

Kerja berpasukan yang menjadikan impian suatu kenyataan dan ia dapat dibuktikan apabila pemain membentuk pasukan raksasa terhebat di Summoners War dengan rakan-rakan mereka untuk mencabar Tartarus' Labyrinth dengan Guild Members. Permainan ini memenuhi selera terutamanya kepada pengguna yang gemarkan koleksi, yang menawarkan lebih daripada 1,000 jenis raksasa untuk dipanggil dan dilatih dengan 100 juta Summoner lain di seluruh dunia. Permainan ini popular dalam kalangan pemain kerana kandungan baharu yang pelbagai dan dikeluarkan terus-menerus secara berkala yang memastikan mereka kekal terlibat dan tercabar.

Sebagai sebahagian daripada Game Fest, pemain kini dapat menebus Mystical Scroll daripada AppGallery untuk memanggil Raksasa yang jarang dijumpai untuk meneruskan penaklukan mereka untuk menjadi Summoner terhebat sepanjang zaman.

5. Standoff 2 

Kebanyakan pencinta permainan penembak diri pertama yang mungkin membesar sambil bermain Counter-Strike pada komputer peribadi untuk memuaskan keinginan mereka untuk bertempur. Kini pemain boleh berbuat demikian dengan Standoff 2, tetapi dengan menggunakan telefon bimbit dan mereka boleh bermain pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dengan enam peta yang berbeza dan tiga mod permainan untuk dipilih, pengguna dapat mencabar rakan dalam pertarungan refleks dalam mod permainan 'Deathmatch', 'Defuse the bomb' dan 'Arms Race'. Pemain lama menyatakan kualiti grafik dan sistem penyesuaian yang unik untuk watak mereka sebagai sebab mereka menyukai permainan itu.

Sepanjang tempoh Game Fest, AppGallery memberikan Battle Pass dan Acid Carbon Weapon Skin secara percuma untuk membantu pengguna memulakan kerjaya mereka dalam Standoff 2.

6. Perfect World Mobile 

Kebanyakan peminat fanatik MMORPG pernah mendengar tentang siri Perfect World, sebuah mitologi klasik Cina yang mempengaruhi permainan kembara dan fantasi yang merangkumi tiga permainan sejak ia dilancarkan pada tahun 2006. Perfect World Mobile membawakan pengalaman penuh ke tapak tangan pemain, dengan grafik tahap konsol dan dunia yang luas untuk diterokai. Permainan ini menampilkan aktiviti yang tiada pengakhiran seperti berkumpul, memasak dan memancing, di samping pertempuran epik dengan rakan dan sekutu dalam permainan.

Pemain juga dapat menebus Hadiah Khas Mewah di AppGallery dengan perjalanan Hell Hound, serta pelbagai item dan mata wang dalam permainan semasa Game Fest ini berlangsung.

7. World of Tanks Blitz MMO 

Pemain boleh membuat perubahan dan menyalakan perayaan akhir tahun mereka dengan bahan letupan, peluru dan api yang marak dengan World of Tank Blitz MMO. Dengan lebih 350 pilihan kenderaan tempur yang lengkap, pemain dapat mencari kenderaan yang sempurna untuk sebarang gaya permainan bagi menimbulkan ketakutan di pihak lawan. Permainan rentas platformnya mendapat pujian pemain di seluruh dunia, dengan grafik berkualiti tinggi dan permainan mengasyikkan yang berupaya menarik pemain kembali ke permainan untuk lebih keseronokan.

Pemain dapat menarik rakan mereka untuk bergabung dalam pertempuran dengan Pek Hadiah Blitz keluaran baharu yang memberikan akaun premium selama 7 hari dengan 250 emas untuk dibelanjakan ke atas barang rampasan yang baharu, yang boleh ditebus di AppGallery sebagai sebahagian daripada Game Fest.

8. Pascal's Wager 

Untuk pemain yang memiliki ketangkasan tangan yang baik, dahagakan cabaran yang tegar dan menggemari permainan yang berkualiti mirip konsol, Pascal's Wager pastinya sesuai untuk mereka. Karya mirip Soulsborne ini memberikan kembara fantasi gelap yang mengasyikkan dan bertenaga, yang akan menguji kemahiran pemain dengan musuh yang mencabar dan pertarungan bos yang banyak di seluruh permainan. Pemain memuji visual dan skor gaya Lovecraftian dalam permainan itu, serta reka bentuk musuh yang kreatif dan mekanik pertempuran yang intuitif.

9. Garena Free Fire: Winterlands 

Permainan ini sememangnya sesuai untuk pengguna yang dapat bertahan dengan baik dalam semak-samun dengan 49 pemain lain yang memburu antara satu sama lain untuk muncul dari atas. Permainan ini menghiburkan pemain berjam-jam lamanya dengan permainan yang menarik, kawalan yang lancar dan grafik berkualiti tinggi, serta sokongan sembang suara untuk bermain dengan rakan-rakan. Kemas kini yang berterusan serta barang rampasan, kulit dan haiwan kesayangan yang tidak akan habis menjadikan kandungannya segar dan memastikan pemain terus kembali untuk lebih keseronokan.

10. Eclipse Isle 

Eclipse Isle ialah pertempuran agung gaya anime. Mekanik permainan ini berbeza dengan permainan pertempuran agung yang bertahan menggunakan teknik melarikan diri dan senapang yang biasa - setiap wira dalam permainan ini mempunyai kemahiran dan bakat yang unik untuk membantu mereka terus berjuang untuk hidup. Pemain memuji tema fantasi Oriental yang digunakan dalam permainan ini, dengan gaya seni dan reka bentuk watak yang menarik pandangan. Musim dan cuaca yang berbeza juga berfungsi mempelbagaikan permainan, mencabar pemain untuk menggunakan strategi yang berbeza pada sepanjang permainan yang berbeza.

11. ASMR Slicing 

Permainan santai ini sangat sesuai bagi pemain untuk berehat pada malam hari yang sunyi sambil menghirup minuman kegemaran sebelum waktu tidur dan berehat sebelum menikmati permainan menenangkan yang memberikan kepuasan. ASMR Slicing mensimulasikan penghirisan sebenar pasir kinetik dan pelbagai objek, memberi suap balas haptik dengan bunyi ASMR yang merangsang deria dan menenangkan untuk menghiburkan deria pemain serta memberikan kepuasan yang ketara.

12. Dystopia: Contest of Heroes 

Dalam senarai permainan mudah alih yang kompetitif, MOBA (arena pertempuran dalam talian berbilang pemain) berada di tempat teratas. Dystopia: Contest of Heroes yang dilancarkan baru-baru ini, yang eksklusif untuk AppGallery, menampilkan grafik warna yang terang dan berkualiti tinggi dan koleksi wira 3D yang dapat disesuaikan sepenuhnya dengan keupayaan kawalan pemain. Peminat seni mempertahankan diri campuran juga pastinya gembira jika mereka mengetahui bahawa artis dan peninju seni mempertahankan diri profesional dari Ireland dan bekas juara UFC iaitu Conor McGregor ditampilkan sebagai wajah dalam permainan ini.

Game Fest AppGallery mendorong pemain untuk meneroka cara baharu untuk bermain serta menawarkan faedah eksklusif. Kemungkinan tanpa berpenghujung serta manfaat yang tak terkira banyaknya. Untuk maklumat lanjut, sila layari AppGallery: https://appgallery.huawei.com/.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media New products/services