omniture

ASIA'S 50 BEST RESTAURANTS MENGELUARKAN SENARAI KEDUDUKAN 51-100 UNTUK TAHUN 2023

50 Best
2023-03-16 16:00

LONDON, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Asia's 50 Best Restaurants yang ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, mengumumkan senarai lokasi yang diundi bagi kedudukan 51 hingga 100, yang dibentuk daripada undian oleh Asia's 50 Best Restaurants Academy, sebuah kumpulan seimbang jantina yang berpengaruh dengan lebih 300 orang pemimpin yang terdiri daripada penulis dan pengkritik makanan, cef, pengusaha restoran dan pakar masakan serantau.

Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, announces the 51-100 list for 2023.
Asia's 50 Best Restaurants, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna, announces the 51-100 list for 2023.

  • Merentasi rantau ini, senarai bagi kedudukan 51 hingga 100 ini merangkumi restoran-restoran dari 17 buah bandar
  • Hong Kong menerajui senarai ini dengan memperoleh lapan kedudukan termasuk tiga penyertaan baharu
  • Tokyo diwakili oleh enam buah restoran, termasuk tiga penyertaan baharu
  • August, iaitu restoran di Jakarta merupakan penerima American Express One To Watch Award dan memasuki senarai ini di No.95
  • Singapura dan Bangkok masing-masing mempunyai enam buah restoran dalam senarai ini
  • Shanghai menempati empat tempat dalam senarai ini
  • Kuala Lumpur, Seoul dan Mumbai masing-masing diwakili oleh tiga buah restoran

Untuk melihat senarai penuh kedudukan 51-100, sila klik di sini.

Senarai bagi tahun ini mempunyai 17 penyertaan baharu. Tiga daripada penyertaan tersebut adalah dari Hong Kong. Restoran berpusatkan makanan laut, Yong Fu yang menyajikan masakan Jiangnan berada di No.54, diikuti oleh Ando dan Estro masing-masing di No.61 dan No.62. Toyama mempunyai sebuah restoran yang ditampilkan dalam senarai ini buat kali pertama iaitu L'évo di No.60. Ini diikuti oleh tiga buah restoran baharu dari Tokyo: Esquisse (No.67), The Pizza Bar on 38th (No.80) dan Hommage (No.91). Penampilan pertama dari Singapura ialah Nae:um (No.83) yang menyajikan masakan Korea moden, restoran jenis neo-brasserie Perancis, Claudine (No.85) dan restoran Kantonis, Summer Pavilion di No.86. Restoran Ling Long dari Beijing memasuki senarai ini di No.77 dan Meet the Bund dari Shanghai merupakan penyertaan baharu yang berada di No.89. Penyertaan baharu dari Bangkok ialah Côte by Mauro Colagreco (No.71) dan Wana Yook (No.72). Penyertaan baharu dari Seoul ialah Eatanic Garden at Josun Palace di No.68 manakala August dari Jakarta berada di No.95.

William Drew, Pengarah Kandungan Asia's 50 Best Restaurants berkata: "Ini merupakan tahun ketiga kami melancarkan senarai kedudukan 51-100 ini dan adalah sangat mengujakan untuk melihat penunjukan kecemerlangan kulinari yang sentiasa berkembang di Asia. Kami berharap agar senarai ini memberikan inspirasi kepada gourmet di seluruh dunia apabila mereka memulakan perjalanan mereka untuk menjamu selera."

Senarai bagi tahun 2023 ini akan dikeluarkan pada 28 Mac di Singapura yang dianjurkan melalui kerjasama dengan rakan kongsi destinasi iaitu Singapore Tourism Board di Resorts World Sentosa. Majlis anugerah ini juga akan disiarkan secara penstriman langsung melalui Facebook Asia's 50 Best Restaurants dan saluran YouTube 50 Best Restaurants TV.

Pusat Media: 

https://mediacentre.theworlds50best.com/

PDF - https://mma.prnewswire.com/media/2033727/Asia_50_Best_51_100_List.pdf
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2010855/Asia_50_B_R_2023_Logo.jpg

 

 

Source: 50 Best
Keywords: Entertainment Food/Beverages Restaurants Retail