omniture

EKSPRESI BAHARU YANG MEWAH DARIPADA THE SINGLETON 40-YEAR-OLD MENGINSPIRASIKAN 'SENSORIAL MAXIMALISM'

The Singleton
2023-04-12 20:03

Peningkatan pengalaman deria yang diterangkan oleh pakar neurosains, Katherine Templar Lewis ini telah direalisasikan melalui kerjasama dengan beberapa orang artis antarabangsa di sebuah galeri imersif di Shanghai

LONDON, 12 April 2023 /PRNewswire/ -- Pelancaran Wiski Scotch Malt Tunggal, The Singleton 40-Year-Old, menampilkan fasa ketiga dan terakhir dalam satu siri wiski yang luar biasa, suatu perjalanan perisa bagi para penggemar makanan yang dianjurkan oleh Kilang Penyulingan The Singleton of Glen Ord. Dengan keluaran yang sangat terhad, ia merupakan wiski yang amat mewah yang mempunyai rasa coklat gelap yang lembut serta rasa buah plum yang kaya. Lapisan perisanya begitu memukau sehingga ia mampu memberi inspirasi untuk penerokaan 'Sensorial Maximalism' (Rangsangan Deria Maksimum) sebagai suatu teori baharu dalam bidang neuroestetik tentang cara mencapai pengalaman rasa yang luar biasa.

The Singleton 40-Year-Old, a decadent new expression from The Singleton inspires Sensorial Maximalism
The Singleton 40-Year-Old, a decadent new expression from The Singleton inspires Sensorial Maximalism

The Singleton menghasilkan wiski Scotch yang berpandangan jauh dan luar biasa dengan perisa yang tiada tandingan, mendorong batas rasa untuk malt yang dihasilkan dengan perincian dan keharmonian yang luar biasa. Sebagai seorang perintis dan Pakar Malt yang dihormati, Maureen Robinson telah mendorong batasan melalui eksperimen dan karya beliau untuk mencipta wiski ini yang membawa kami menyusuri perjalanan ke arah kemewahan perisa wiski melalui kematangan peringkat kedua selama 28 tahun, iaitu yang paling lama dilakukan oleh kilang penyulingan ini.

Maureen Robinson menerangkan: "The Singleton 40-Year-Old ialah yang terakhir dalam siri Epicurean Odyssey daripada The Singleton, hasil yang amat saya gemari berdasarkan citarasa peribadi saya sendiri dan diperoleh daripada perjalanan kerjaya saya sebagai seorang pembuat wiski. Pada penghujung kematangan peringkat kedua yang sangat lama ini, kami mencari tong Ron Zacapa XO yang dipilih khas untuk mendapatkan hasil wiski terakhir yang memukau dan menghasilkan kemasan yang sangat kaya, berperisa buah-buahan serta halus untuk mendapatkan nota perisa coklat gelap yang mendalam. Hasilnya: wiski yang melambangkan keinginan saya untuk mencari perisa baharu melalui pembuatan dan wiski yang mencapai tahap maksimum."

Mengambil inspirasi daripada seni pembuatan wiski yang luar biasa dan ciri memukau The Singleton 40-Year-Old, tiga orang artis global pelbagai disiplin dengan susun atur daripada AlterProjects melalui kerjasama dengan Yoko Choy, telah mencipta karya unik yang mengkaji elemen kepakaran Maureen Robinson dan para pembuat wiski di The Singleton. Para artis berbakat ini iaitu Zhou Yilun, Found Studio dan Moodsonic, menampilkan tempoh kematangan, pembuatan dan kekayaan minuman keras ini melalui tafsiran 'Aliran', 'Pertentangan' dan 'Kekayaan'.

Pakar neurosains, Katherine Templar Lewis turut mempengaruhi pembangunan karya seni ini. Diinspirasikan oleh kekayaan malt tunggal yang luar biasa ini serta perjalanan rasanya, beliau meneroka 'Sensorial Maximalism' sebagai teori neurosaintifik baharu, di mana kesedaran deria kita mampu dipertingkatkan oleh susun atur persekitaran luaran kita. Ini akan menyediakan kita dengan pengalaman rasa yang paling hebat.

Karya ketiga-tiga orang artis ini bukan sahaja memperoleh maklumat daripada penyelidikan Katherine Templar Lewis dan bertujuan untuk menyumbang kepada sensasi deria yang dipertingkat ini, namun turut diinspirasikan daripada kisah The Singleton 40-Year-Old.  Pakar Malt, Maureen Robinson, berhasrat untuk mendorong kematangan peringkat kedua dalam tong yang dieksperimen ke tahap yang lebih esktrem dan kemudian menambah peningkatan yang sengaja dilakukan untuk mencipta wiski The Singleton yang paling memukau setakat ini.

Karya seni ini membentuk asas kepada pengalaman sebuah galeri imersif di Shanghai yang dinamakan The Rooms of Maximalism, di mana para tetamu menelusuri ruang-ruang pameran yang merangsang lima deria serta aspek lain dengan tepat untuk mencapai tahap Sensoriala Maximalism yang lebih tinggi ini, sebelum acara merasa The Singleton 40-Year-Old yang pertama di peringkat global diadakan.

Pengalaman ini merangkumi pelancaran karya fizikal berskala besar yang dicipta oleh Zhou Yun yang meneroka pertentangan antara cecair dengan tong wiski. Terdapat juga ruang yang tidak menawarkan rangsangan deria, ASMR yang dicetuskan secara sonik melalui landskap bunyi yang direka oleh Moodsonic dan seni digital bergerak daripada Found Studio yang melancarkan pergerakan pada tahap kelajuan yang berbeza-beza serta direka khas untuk membawa tetamu dalam keadaan berbentuk aliran, di samping pelbagai tekstur boleh disentuh yang semuanya bertujuan untuk menambahkan lagi pengalaman deria para tetamu.

Zhou Yilun berkata: "Melalui pemasangan satu arca tunggal yang gah ini, saya berusaha untuk menampilkan pertentangan antara cecair dengan kayu yang terdapat dalam wiski The Singleton 40-Year-Old. Dengan bahan yang saya miliki, saya ingin meniru tekstur dan sensasi wiski yang mengalir melalui tong wiski dan terus ke lidah. Dengan lapisan cat dan menggunakan sapuan berus yang menampilkan pelbagai warna, saya berusaha untuk menggambarkan jalinan dan kerumitan tekstur perisa wiski yang mempunyai pelbagai lapisan ini. Saya berharap agar arca ini merangkum pengalaman deria para penonton untuk minuman keras ini."

Komposer Moodsonic, Tomas Nordmark, mengulas: "Bunyi yang kita dengar di sekeliling kita mengubah cara kita merasa, menyentuh, menikmati dan menghidu, maka ini adalah cara terbaik untuk mencipta pengalaman yang kaya, imersif dan maksimum. Kami ingin mewujudkan komposisi unik yang meraikan dan meningkatkan pengalaman merasa wiski yang luar biasa ini secara serentak. Dengan menggunakan teori neurosaintifik yang diterangkan oleh Katherine Templar Lewis, kami mencipta bunyi yang akan meningkatkan lagi perisa seperti coklat lembut untuk mereka yang mencuba wiski ini."

Lihat lebih lanjut tentang The Singleton 40-Year-Old dan Sensorial Maximalism di sini [MASUKKAN PAUTAN YOUTUBE].

Katherine Templar Lewis berkata: "Neuroestetik memberitahu kita bagaimana pengaruh luar boleh meningkatkan deria dan mendorong mereka untuk mencipta pengalaman rasa yang terbaik. Melalui penggunaan pelbagai taktik yang mempengaruhi lima deria serta aspek lain, seseorang boleh mencapai keadaan Sensorial Maximalism ini sebelum mereka menikmati The Singleton 40-Year-Old. Selain penyelidikan dan kerjasama saya dengan beberapa orang artis luar biasa melalui The Singleton 40-Year-Old, saya juga mewujudkan panduan tentang bagaimana seseorang boleh berusaha untuk merasai pengalaman ini di rumah."

Katherine Templar Lewis telah menawarkan langkah-langkah tertentu agar seseorang individu dapat menambahkan persediaan prapercubaan mereka sekiranya mereka bakal menikmati wiski The Singleton 40-Year-Old atau mana-mana rangkaian wiski The Singleton yang lain di rumah. Ikuti PAUTAN untuk melihat panduan.

Malt tunggal yang amat kaya dan luar biasa ini merupakan suatu tambahan yang memuaskan pada mana-mana koleksi wiski dan merupakan hadiah yang sempurna untuk para pakar makanan dan wain yang berkualiti. The Singleton 40-Year-Old akan tersedia di seluruh dunia melalui kedai-kedai runcit terpilih, untuk maklumat lanjut sila layari www.diageorareandexceptional.com. Harga Jualan Runcit yang Disyorkan ialah £3,300 termasuk Duti dan Cukai UK dan $3,755 tidak termasuk Duti dan Cukai.

NOTA KEPADA EDITOR: 

Imej selanjutnya boleh didapati di pautan ini dan untuk menonton video pendek tentang The Singleton 40-Year-Old serta Sensorial Maximalism, sila layari pautan ini.

Teroka banyak lagi di @TheSingletonWhisky dan saluran Instagram@DiageoRareandExceptional  

Tentang The Singleton 40-Year-Old 

The Singleton 40-Year-Old ialah yang terakhir bagi Siri Epicurean Odyssey yang dicipta untuk menyempurnakan cita-cita tunggal dalam mengejar citarasa yang menakjubkan melalui pembuatan dan eksperimen rintis ini. Siri ini adalah hasil daripada wawasan Maureen Robinson yang tiada tandingan, yang digabungkan dengan pembuatan luar biasa dalam perjalanan untuk meneroka peluang bagi menghasilkan pengalaman rasa yang terbaik di dunia.

Setelah merasai The Singleton 40-Year-Old, peminat wiski, Charles Maclean menyifatkannya sebagai: "Ekspresi wiski berbilang lapisan yang kaya daripada The Singleton Glen Ord: kemasan pakar telah menyatukan aromanya dalam bentuk yang luar biasa, kaya dan lazat, sambil mengekalkan kerumitan rasa yang menyeronokkan."

MAKLUMAT PRODUK
ABV:
45.9%
RRSP (GBP): £3,300 (termasuk Duti & Cukai UK)
RRSP (USD): $3,755 (tidak termasuk Duti & Cukai)
VOLUM KELUARAN: 1,716 botol, 70cl
TURUT TERSEDIA DALAM RANGKAIAN EPICUREAN ODYSSEY: The Singleton 38-Year-Old, The Singleton 39-Year-Old

NOTA RASA:

Penampilan: Warna ambar pekat dengan tembaga yang bersinar.

Bau: Bau yang cukup matang, dengan sedikit bau mencucuk di peringkat awal; nota utama buah-buahan menunjukkan elemen epal kering yang kemudiannya disokong oleh aroma sej yang lebih kuat dan lazat manakala bayangan bau buah yang lebih mewah mencadangkan bau plum yang menyaluti coklat gelap secara seimbang dengan oak pedas yang manis serta aroma ringan tofi keras dan hirisan oak. Setitis minuman ini memperkenalkan bau jalur asap seumpama lilin.

Rasa: Ringan hingga sederhana.

Lelangit: Untuk kekuatan semula jadinya, tekstur minuman ini amat halus dan sedikit berlilin manakala rasa permulaannya adalah manis, bertenaga dan mempunyai perisa buah yang kuat, menjadikan sedikit rasa masin dan masam buah plum dirasai pada lelangit tengah. Lapisan perisa yang kompleks mencadangkan rasa buah pir yang disapu dengan lembut ke dalam coklat gelap dengan buah-buahan tropika berkaramel, seperti pisang dan nanas bersalut tofi. Keseimbangan yang sangat indah dan lembut, dengan buah-buahan yang kaya dan manis yang diseimbangkan dengan lada hitam yang muncul dengan perlahan-lahan. Tanin coklat gelap lembut melambangkan nota kering yang menyelerakan. Setitis air menekankan rasa buah-buahan dan rempah yang lembut, menghasilkan rasa yang sejuk di dalam mulut setelah meminumnya.

Kemasan: Kesannya agak lama, rasa yang mendalam dan sedikit kering dengan rempah lada hitam dan sedikit rasa asap lilin.

TENTANG DIAGEO
Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi jenama yang luar biasa di seluruh kategori minuman keras dan bir. Jenama-jenama ini termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan and Windsor, Smirnoff, vodka Cîroc dan Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan Guinness. Meraikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

TENTANG PARA ARTIS 

Zhou Yilun 轶伦 

Zhou Yilun (lahir pada tahun 1983), seorang artis yang berpangkalan di Hangzhou, memperoleh BFA dalam bidang Lukisan Minyak daripada Akademi Seni China pada tahun 2006. Portfolionya yang pelbagai merangkumi lukisan, pemasangan karya seni, arca dan media campuran yang kesemuanya tertumpu pada penerokaan potensi bahan-bahan biasa dan mengambil inspirasi daripada objek harian. Gaya Zhou membangkitkan kedua-dua unsur prasejarah dan futuristik di mana beliau berusaha untuk mencapai keseimbangan antara kualiti bahan yang jelas dengan penekanan estetik dalam pengeluaran perindustrian. Realiti kejanggalan dan seumpama mimpi yang terhasil mewujudkan hubungan dan emosi yang mendalam antara penonton dengan karya seni. Karya beliau telah dipamerkan di pelbagai bandar, termasuk Beijing, Shanghai, Los Angeles dan Zurich, menunjukkan keupayaannya untuk menarik para penonton daripada pelbagai budaya dengan visi kreatifnya yang unik.

Moodsonic 

Moodsonic berusaha memajukan seni landskap bunyi. Kami meneroka bagaimana bunyi mengubah otak, badan dan pengalaman deria kita dalam persekitaran yang dibina dengan suatu pendekatan yang menggabungkan reka bentuk, teknologi dan sains. Aspek bunyi-bunyian kami boleh didengari dalam pelbagai ruang yang merangkumi lokasi pameran hinggalah tempat kerja dan pusat penjagaan kesihatan di seluruh dunia.

Moodsonic bekerjasama dengan artis, komposer dan pereka bunyi dari Sweden iaitu Tomas Nordmark. Hasil karya Nordmark telah ditampilkan dalam pemasangan arca awam, pameran, filem dan teater. Projek-projek beliau melibatkan penyelidikan dalam kedua-dua bidang kemanusiaan dan sains semula jadi.

www.moodsonic.com 
www.tomasnordmark.com IG - @tomasnordmark

Found Studio 

Kandungan visual yang luar biasa untuk jenama yang paling arif di dunia. Kami merupakan artis dan pencerita yang menggabungkan reka bentuk pergerakan 3D dengan pembuatan filem dan teknologi untuk mencipta kandungan yang imaginatif, inovatif dan memberi kesan.

www.found-studio.com Instagram/Twitter @found_studio

TENTANG KATHERINE TEMPLAR LEWIS 

Seorang pakar neurosains yang berpendidikan dari Oxford, Katherine menghubungkan ekosistem dan pemikiran sains dengan kreativiti. Dengan latar belakang yang luas dalam bidang genetik, neurosains dan psikologi kognitif, beliau membentuk pasukan silang disiplin dan menganjurkan dialog untuk menyelaras dan memupuk cerapan saintifik ke dalam pengalaman, produk dan proses kreatif. Beliau adalah 'penggodam realiti' rintis yang mempercepat penyelidikan canggih dari makmal ke dunia nyata melalui kerjasama yang artistik dan kreatif. Ini dilakukan dengan gabungan pengalaman secara langsung dan reka bentuk berasaskan bukti serta melalui kerjasama dengan beberapa institusi akademik dan makmal terkemuka di seluruh dunia.

TENTANG PARA KURATOR 

AlterProjects merupakan kurator, ahli strategi, pembina lokasi budaya dan juga penerbit dengan minat terhadap penceritaan, reka bentuk dan inovasi. Mengkhusus dalam cetusan idea dan pelaksanaan program budaya yang unik di seluruh dunia, AlterProjects menghubungkan Jenama, daerah, pemaju hartanah dan institusi dengan para pereka dan artis. Diasaskan oleh Anne-Laure Pingreoun, AlterProjects bekerjasama dengan bakat kreatif yang luar biasa untuk mencari cara baharu dalam membangunkan kandungan dan pengalaman yang inovatif dan tidak konvensional.

www.alter-projects.com 
@alterprojects_

Anne Pingreon daripada AlterProjects berkata: "Kami telah mencipta pemasangan penceritaan deria yang bertujuan untuk mencipta kenangan utama baharu, di mana setiap pelawat mempunyai pengalaman yang unik dan peribadi, penuh dengan rasa dan kaya dengan emosi. Sebagai kurator, kami percaya kepada penciptaan emosi melalui seni dan budaya sambil meraikan kisah-kisah indah di sebalik inspirasi yang tercetus untuk menghasilkan wiski ini."

Dengan kerjasama Yoko Choy - KURATOR BERSAMA untuk COLLISION ROOM 

Yoko Choy, Editor China majalah Wallpaper*; Pengasas Bersama Collective Contemporist.

Dilahirkan di Hong Kong, Yoko Choy ialah seorang penulis reka bentuk yang berpengalaman; karya beliau telah diterbitkan dalam pelbagai tajuk antarabangsa sehingga kini dan beliau kini merupakan editor China bagi majalah Wallpaper* (edisi global). Yoko juga merupakan perunding komunikasi yang dihormati di mana para pelanggannya termasuk penganjur pesta, jenama dan studio kreatif. Beliau yang pada masa ini berpangkalan di Hong Kong dan Amsterdam, melihat Timur-bertemu-Barat sebagai lebih daripada sekadar penjajaran dua pandangan yang estetik; misi beliau sebagai pengulas dan pengacara kreatif berbilang bahasa dan pelbagai budaya adalah untuk menterjemah pengetahuan dan pandangan dari kedua-dua bahagian dunia ini ke dalam bahasa kreatif yang sama dan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertukaran silang budaya dalam industri kreatif dan perniagaan. Yoko merupakan pengasas bersama Collective Contemporist pada tahun 2018, sebuah syarikat perundingan kreatif yang mempunyai pejabat di Beijing, Hong Kong dan Amsterdam yang bertujuan untuk merangsang dan menginspirasikan perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua bahagian dunia ini.
@missyoko

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2051466/The_Singleton_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2051467/The_Singleton_2.jpg?p=medium600

 

The Singleton 40-Year-Old launch in Zhangyuan, Shanghai, Gary Gan with artworks by Found Studio
The Singleton 40-Year-Old launch in Zhangyuan, Shanghai, Gary Gan with artworks by Found Studio

 

Source: The Singleton
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment New products/services