omniture

Volkswagen of America Memperkenalkan 'Laman Mencari Jodoh' untuk Pembeli Kereta

Mackevision Medien Design GmbH
2014-09-19 08:30 126

DETROIT dan STUTTGART, Jerman, 19 September 2014 /PRNewswire/ --

Volkswagen of America telah melancarkan penyelesaian konfigurasi inovatif di vw.com, yang merevolusikan pembelian kereta baharu dalam pasaran A.S. Laman web baharu itu adalah berdasarkan teknologi Mackevision daripada rangkaian F_Box. Ia memberi pengeluar dan pengedar tahap penyepaduan yang tidak pernah wujud sebelum ini dalam proses penghasilan dan jualan sambil, buat julung kalinya, para pembeli kereta A.S. boleh mencari kereta yang benar-benar mereka mahukan melalui fungsi pencarian jodoh.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140918/706305 )

Setakat ini, para pelanggan di A.S. boleh mengkonfigurasikan kereta Volkswagen kegemaran mereka secara dalam talian, tetapi pilihan akhir mereka bergantung pada model yang terdapat dalam stok pengedar mereka. Ini dikenali sebagai 'prinsip padanan terbaik'. Enjin konfigurasi baharu pula membenarkan para pelanggan membuat pilihan dalam talian daripada stok yang sedia ada dalam lot pengedar. Jika kenderaan yang diingini itu tidak boleh didapati di tempat itu, pencarian itu akan dilanjutkan ke pengedar lain. Hasilnya, laman web baharu itu menawarkan kemampuan konfigurasi penuh. Para pelanggan VW di Amerika Syarikat boleh melihat secara dalam talian kereta yang mereka telah pilih sebelum melawat pengedar mereka.

"Proses 'dipasang mengikut pesanan' untuk kereta sudah biasa diamalkan di Jerman tetapi bukan dalam pasaran A.S. Sebab itulah pengkonfigurasi baharu Volkswagen of America ini ialah inovasi yang penting bagi pasaran kereta A.S.," jelas Heiko Wenczel, ketua cawangan Mackevision di Detroit.

"Platform Volkswagen of America kelihatan sedikit seperti laman mencari jodoh," kata Wenczel. "Para pembeli kereta boleh menggambarkan keperluan mereka dengan ringkas tetapi tepat, agar mereka dapat menemui apa yang mereka benar-benar cari." Mackevision telah membangunkan dan melaksanakan konsep yang digunakan untuk menghasilkan imej bagi laman mencari jodoh dengan kerjasama Deutsch Inc., agensi pengiklanan Volkswagen of America.

"Dengan laman baharu kami, para pelanggan tidak perlu arif dengan seluruh rangkaian produk kami hanya untuk mencari kereta yang sesuai untuk mereka," kata Vinay Shahani, Naib Presiden pemasaran jenama Volkswagen of America. "Misalnya, mereka boleh mencari semua kereta merah, dengan bumbung boleh dibuka dan sistem pengemudian di bawah harga $250 sebulan...atau cari semua kereta di bawah harga $20,000. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi sehinggalah sekarang, itu masih tidak dapat dilakukan melalui laman pengeluar kereta."

Rangkaian produk F_BOX Mackevision membentuk asas bagi teknologi ini. Alat konfigurasi – tulang belakang konfigurasi F_BOX – mula-mula menetapkan jenis kenderaan yang boleh dibina. Kemudian alat itu akan menyimpan maklumat ini dalam skrip kemasan dibaharui semula, yang bertindak sebagai asas logik untuk sistem penggambaran (pelayan media F_BOX). Ia pula akan menjana pelbagai imej berlapisan yang terperinci bagi kenderaan maya itu. Penangkap gambar F_BOX seterusnya bertindak sebagai studio maya berasaskan web. Alat ini menghasilkan imej 3D daripada model produk maya dan menambah latar belakang untuk tujuan jualan dan pemasaran tanpa memerlukan sebarang pengalaman dalam pengimejan janaan komputer dan tanpa perlu memasang sebarang perisian tujuan khusus.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut di http://www.mackevision.com 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN AKHBAR
IBU PEJABAT:
Mackevision Medien Design GmbH
Stefanie Griepentrog
Pengurus Pemasaran & Komunikasi
Forststrasse 7
70174 Stuttgart
JERMAN
Tel. +49(0)711/93-30-48-26
Faks +49(0)711-93-30-48-90
Stefanie.griepentrog@mackevision.com

Sumber: Mackevision Medien Design GmbH

Source: Mackevision Medien Design GmbH
Keywords: Auto Internet Technology Multimedia/Online/Internet Transportation Web Site New products/services