omniture

Korea Adakan Mesyuarat Kepelbagaian Bio PBB Mesra Alam

The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
2014-09-22 03:21 270

SEOUL, Korea Selatan, 22 September 2014 /PRNewswire/ -- Korea Selatan akan berusaha untuk mengadakan mesyuarat konvensyen alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang dijadualkan hujung bulan ini, dengan membina dewan-dewan konvensyen mesra alam menggunakan bahan-bahan yang tidak menjejaskan alam sekitar, kata para pegawai Khamis lalu.

Korea to hold eco-friendly U.N. biodiversity meeting
Korea to hold eco-friendly U.N. biodiversity meeting

Mesyuarat ke-12 bagi Persidangan Pihak-pihak untuk Konvensyen Kepelbagaian Biologi, dikenali sebagai COP 12, berlangsung di resort Alpensia di PyeongChang, sejauh 180 kilometer bahagian tenggara Seoul, bermula pada 29 September hingga 17 Oktober, dengan kehadiran para perwakilan daripada 194 buah negara.

Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), secara tidak rasmi dikenali sebagai Konvensyen Kepelbagaian Bio, adalah satu perjanjian pelbagai hala yang mengamati kesemua aspek kepelbagaian biologi termasuk sumber genetik, spesies dan ekosistem. Ia merupakan salah satu daripada tiga konvensyen PBB yang bermatlamat untuk melindungi alam sekitar menerusi Konvensyen Rangka Kerja tentang Perubahan Cuaca dan Konvensyen bagi Membanteras Penggurunan.

Kementerian Alam Sekitar berkata 95 peratus daripada bahan-bahan pembinaan untuk dewan-dewan konvensyen baharu adalah daripada produk-produk terpakai dan boleh digunakan semula.

Kementerian turut memperkenalkan teknologi-teknologi IT bagi membina tempat tersebut dalam usaha untuk mengurangkan sisa.

Di samping itu, sembilan tandas mudah alih pasang siap yang boleh digunakan semula akan diletakkan di sekitar tempat konvensyen, kata kementerian tersebut.

Sistem pencahayaan jimat tenaga akan menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga elektrik dan pelepasan gas karbon dioksida.

Kementerian tersebut berkata ia akan meletakkan paparan maklumat digital bersaiz besar di sekitar lokasi itu dan menyediakan pemberitahuan secara dalam talian, yang akan membantu mengurangkan penggunaan kertas lebih 50 peratus.

Sebanyak 16 buah kenderaan elektrik dengan empat atau enam tempat duduk akan beroperasi semasa persidangan itu.

Sebagai usaha untuk membendung penggunaan produk-produk pakai buang, kementerian akan mencadangkan peserta untuk mengelak menggunakan botol-botol plastik yang tidak perlu dengan meletakkan kemudahan air minum.

Kementerian merancang untuk menyediakan makanan keluaran tempatan untuk para peserta bagi mengurangkan gas-gas rumah hijau dan kos pengangkutan serta mengumpul dana bagi pengimbangan gas-gas rumah hijau, yang akan disumbangkan kepada institusi-institusi berkaitan selepas persidangan itu.

"Kami menganggap aliran semasa bagi acara-acara antarabangsa berskala besar memberi kepentingan terhadap alam sekitar (sebagai persediaan mesyuarat)," kata Kim Sang-hoon, ketua pengarah Pasukan Petugas.

Hubungi Media

Seo, yun-sik
supersik@korea.kr
+82-2-779-1386

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140919/8521405423

Source: The Korean Secretariat of the UN biodiversity Conference 2014/CBD COP12
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Trade show news