omniture

Kepware Meningkat Kecekapan Pengendalian dan Tindak Balas dengan Sejarawan Tempatan Baharu

Kepware Technologies
2014-10-30 20:02 103

- Pemalam Sejarawan Tempatan untuk KEPServerEX sediakan pasaran automasi perindustrian dengan penyelesaian baharu untuk mengumpul, menyimpan serta mengakses data sejarah pada sumbernya

PORTLAND, Maine, 30 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Maklumat bersejarah digunakan oleh Industri Automasi bagi tujuan mempertingkat daya pemprosesan, mengurus aset dan juga menyediakan laporan untuk jawatankuasa pengawalan. Oleh itu, capaian kepada maklumat ini adalah penting. Kedua-dua pasukan Pengendalian dan Kejuruteraan memerlukan penyelesaian yang dapat ditempatkan berdekatan dengan sumber data, mampu menyimpan data pada kelajuan pantas serta mempunyai fleksibiliti yang diperlukan oleh pasukan untuk bertindak balas dengan cekap terhadap segala keperluan barisan pembuatan, rig gerudi, makmal uji kaji, stesen pam, atau lain-lain persekitaran perindustrian. Pemalam Sejarawan Tempatan untuk KEPServerEX daripada Kepware Technologies merupakan penyelesaian yang fleksibel, mudah digunakan dan juga berkesan daripada segi kos yang dapat menyediakan alat bantuan arah aliran, laporan serta analisis terkemuka industri dengan capaian kepada data sejarah menggunakan Akses Data Sejarah (HDA) OPC.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO

Sejarawan Tempatan dapat menambah model Sejarawan Perusahaan sedia ada yang digunakan dalam kebanyakan bidang perindustrian yang besar seperti Pembuatan, Minyak & Gas serta Utiliti. Walaupun Sejarawan Perusahaan akan terus mendapat tempat dalam syarikat besar sebagai simpanan kekal muktamad bagi maklumat penting, sejumlah besar organisasi juga memerlukan aplikasi sejarawan yang lebih kecil dan lebih fleksibel yang mudah ditetapkan serta menyediakan capaian terbuka untuk analisis pihak ketiga dan juga alatan bantuan laporan ketika dikumpulkan.

Pemalam Sejarawan Tempatan daripada Kepware memanfaatkan platform komunikasi KEPServerEX bagi menghantar maklumat kepada simpanan data dengan kelajuan tinggi. Sejarawan Tempatan juga menyediakan maklumat bersejarah untuk aplikasi pelanggan berlandaskan HDA OPC tersuai khusus atau lambak bagi tujuan visualisasi, laporan serta analisis data. Memandangkan rekaan Sejarawan Tempatan mengasingkan simpanan data dan visualisasi, para pengguna boleh memilih penyelesaian laporan atau visualisasi yang paling sesuai dengan keperluan tersendiri mereka.

Kepware telah menguji pemalam tersebut dengan pelbagai produk laporan dan arah aliran pihak ketiga untuk mengesahkan pelaksanaan HDA OPC dan memastikan pengalaman pengguna yang lancar. Salah satu produk laporan yang telah siap diuji oleh Kepware termasuklah XLReporter daripada SyTech.

"Sejarawan Tempatan oleh Kepware ialah sejarawan mantap yang disokong oleh pengalaman luas Kepware dalam bidang automasi," kata Peter Kaprielian, Ketua Pegawai Teknologi, SyTech. "Ia telah diuji sepenuhnya dengan XLReporter dan kedua-dua produk dapat berfungsi bersama dengan lancar. Bersama Kepware, kami komited dalam menyediakan sokongan berkualiti tinggi untuk produk kami."

Pemalam Sejarawan Tempatan menyokong pengelogan berkelajuan tinggi hingga 10 milisaat dan pelesenan berperingkat sehingga sepuluh ribu tag. Standard terbuka membolehkan data disimpan setempat diakses oleh pelbagai pelanggan tanpa kos tambahan bagi setiap sambungan pelanggan. Sila layari Kepware secara dalam talian untuk mendapatkan maklumat lanjut dan bagi melihat demonstrasi perisian secara percuma. Bagi senarai lengkap produk laporan dan arah aliran pihak ketiga yang telah diuji dengan pemalam tersebut, sila hubungi wakil Kepware di talian +1-207-775-1660 x208 atau sales@kepware.com.

Latar Belakang Kepware Technologies
Kepware Technologies merupakan syarikat pembangunan perisian swasta yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian bagi membantu perniagaan menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian. Dari lantai kilang ke tapak lombong hinggalah ladang angin, Kepware menyediakan perkhidmatan kepada sejumlah besar pelanggan dalam pelbagai pasaran tertentu peringkat antarabangsa termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Pengedaran Kuasa dan banyak lagi. Setelah diwujudkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu ribuan perniagaan menambah baik pengendalian dan proses membuat keputusan.

Ketahui lebih lanjut di www.kepware.com, dan kenali syarikat tersebut serta budayanya melalui video Gambaran Keseluruhan Korporat Kepware yang boleh didapati di sini.

Latar Belakang SyTech, Inc.
SyTech telah menyediakan penjanaan laporan dan perisian analisis sejak tahun 1991. Kami ialah peneraju yang mendapat pengiktirafan dalam memajukan teknologi yang digunakan untuk mengautomasikan dan mengedarkan laporan dalam format Excel, PDF serta Web. Pendekatan inovatif kami menghasilkan produk yang dapat digunakan dengan pantas, andal dan juga berkesan daripada segi kos. Produk SyTech dijual semula oleh pengedar perisian automasi dan OEM untuk digunakan di lebih 80 negara seluruh dunia. Perisian XLReporter yang memenangi anugerah mendapat pengiktirafan beberapa kemudahan perbandaran kecil selain pengeluar utama peringkat antarabangsa.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.SyTech.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Ryan Lilly
+1-978.518.4533
rlilly@matternow.com

Source: Kepware Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services