omniture

Hotelbeds Terus Mempercepat Kemajuannya di Asia Pasifik

Hotelbeds
2014-10-31 16:25 306

SINGAPURA, 31 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

  • Pertumbuhan Hotelbeds mengesahkan kekuatan rantau MEAPAC sebagai destinasi pelancongan global yang terkemuka.
  • United Kingdom, Korea Selatan serta Emiriah Arab Bersatu merupakan pasaran sumber utama bagi pelancongan ke rantau geografi terbesar Hotelbeds.

Hotelbeds, Penyedia Penginapan Perniagaan-kepada-perniagaan Global No.1, melaporkan pertumbuhan mantap di Timur Tengah, Asia, Australia serta Kepulauan Pasifik semasa di ITB Asia, yang merupakan pameran perdagangan untuk industri pelancongan Asia yang diadakan di Singapura bermula pada 29 hingga 31 Oktober.

Singapore, together with Dubai, Bangkok, Hong Kong and Kuala Lumpur were announced by Hotelbeds as the most visited destinations within the fast-growing MEAPAC region, confirming the region's position as a top global tourist destination.
Singapore, together with Dubai, Bangkok, Hong Kong and Kuala Lumpur were announced by Hotelbeds as the most visited destinations within the fast-growing MEAPAC region, confirming the region's position as a top global tourist destination.

Menurut statistik oleh Hotelbeds, hasil daripada saiz, skala serta peluang pasaran, rantau MEAPAC mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan global yang terkemuka, dengan para pelancong yang kebanyakannya datang dari United Kingdom, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu, China dan juga Indonesia. Pada masa yang sama, pasaran sumber utama yang kian berkembang untuk rantau tersebut ialah China, Indonesia dan Filipina.

Kemajuan penyelesaian IT yang disediakan khas dan peningkatan kehadiran syarikat tersebut dalam pasaran tempatan telah memainkan peranan penting terhadap keputusan cemerlang yang dicapai bagi tahun 2014. Di samping itu, pemeteraian perjanjian baharu juga menjadi pendorong utama bagi kemajuan Hotelbeds di rantau tersebut. Dalam hal ini, Hotelbeds telah menandatangani 225 Perjanjian Perkongsian Utama dan Perjanjian Perkongsian Keutamaan (PPA) pada tahun 2014 bersama jaringan hotel berkaitan dan juga beberapa hotel bebas. Ini termasuklah Archipelago International, salah satu jaringan hotel tempatan terbesar di Indonesia; Far East Hospitality, peneraju utama di Singapura; Jumeirah, Rotana dan juga Kerzner, jaringan perhotelan terkemuka di Timur Tengah; serta Regal dan Dorsett, jaringan perhotelan yang aktiviti utamanya bertumpu di Hong Kong.

Destinasi bandar di rantau tersebut berjaya menarik lebih ramai pelancong saban tahun. Ini dapat dilihat daripada statistik Hotelbeds terhadap beberapa bandar paling menarik di rantau tersebut, yang muncul sebagai hab perniagaan dan pelancongan global yang terkemuka. Oleh yang demikian, Dubai, Singapura, Bangkok, Hong Kong serta Kuala Lumpur merupakan destinasi paling kerap dikunjungi di rantau MEAPAC. Selaras dengan arah aliran ini, destinasi paling pantas berkembang juga merupakan bandar utama, dengan Taipei, Seoul dan juga Tokyo berjaya mengungguli kedudukan.

Menurut Carlos Muñoz, Pengarah Urusan, Hotelbeds, "MEAPAC ialah rantau geografi terbesar kami, selain salah satu pasaran kami yang paling pantas berkembang daripada segi pasaran sumber dan juga destinasi. Pelaburan kami dalam bakat dan inovasi teknologi mengukuhkan reputasi Hotelbeds di rantau ini sebagai peneraju yang berfikir paling ke hadapan daripada segi agihan pelancongan. Komitmen kami untuk inovasi dan penempatan yang berterusan, berserta penambahbaikan infrastruktur pelancongan yang dilakukan di rantau itu sendiri sejak beberapa tahun lalu, pasti akan terus menjadi pendorong utama bagi pertumbuhan selanjutnya."

Latar Belakang Hotelbeds

Hotelbeds (www.hotelbeds.com) merupakan Penyedia Penginapan Perniagaan-kepada-perniagaan Global No.1 yang mempunyai pangkalan data dalam talian bagi lebih 60,000 hotel di 180 negara. Bagi tahun yang berakhir pada 30 September 2013, Hotelbeds berjaya menyewakan 18 juta bilik dan mengungguli pasaran dengan peningkatan sebanyak 20 peratus bagi Jumlah Nilai Transaksi (TTV) kepada EUR 1.8 bilion.

Hotelbeds telah ditubuhkan di Sepanyol pada tahun 2001. Pada tahun 2007, syarikat tersebut menjadi sebahagian daripada Sektor Penginapan & Destinasi TUI Travel PLC, yang merupakan syarikat pelancongan antarabangsa.

Ikuti kami di LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/hotelbeds

Maklumat perhubungan media:

Andrew Ang
Ruder Finn Asia
Tel. +65-6336-4035
anga@ruderfinnasia.com

Jabatan Komunikasi Hotelbeds
Marta Lopez de Cervantes
Tel. +34-68-200-35-85
mlopez@tuitravel-ad.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141029/8521406326

Source: Hotelbeds
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards Survey, Polls & Research