omniture

Anheuser-Busch InBev Mengesahkan Usul Diperbaiki kepada SABMiller

Anheuser-Busch InBev
2015-10-13 19:50 304

Usul diperbaiki sebanyak GBP 43.50 per syer tunai, dengan alternatif syer separa

Tawaran tunai pada premium 48%

Alternatif syer separa pada premium 33%

BRUSSELS, 13 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini merupakan maklumat terkawal selia seperti yang ditakrifkan dalam Dekri Diraja Belgium pada 14 November 2007 berkenaan tanggungjawab pengeluar instrumen kewangan yang telah dimasukkan untuk diperdagangkan dalam pasaran terkawal selia.

BUKAN UNTUK DISIARKAN, DITERBITKAN, ATAU DIEDARKAN SECARA KESELURUHAN ATAU SEBAHAGIAN, KE DALAM ATAU DARIPADA SEBARANG BIDANG KUASA YANG MANA TINDAKAN SEBEGITU DIANGGAP SEBAGAI PELANGGARAN UNDANG-UNDANG ATAU PERATURAN BERKAITAN BAGI BIDANG KUASA ITU.

PENGUMUMAN INI BUKAN PENGUMUMAN NIAT PASTI UNTUK MEMBUAT TAWARAN DI BAWAH PERATURAN 2.7 BAGI KOD BANDAR TENTANG PENGAMBILALIHAN DAN PENGGABUNGAN SERTA TIADA KEPASTIAN TENTANG SEBARANG TAWARAN YANG AKAN DIBUAT.

Anheuser-Busch InBev ("AB InBev") (Euronext: ABI) (NYSE: BUD) mengambil perhatian terhadap spekulasi baru-baru ini dan mengesahkan yang hari ini ia telah membuat usul yang diperbaiki kepada Lembaga SABMiller plc ("SABMiller") (LSE: SAB) (JSE: SAB) untuk menggabungkan kedua-dua syarikat itu dan membina syarikat bir pertama yang benar-benar global.

Usul Diperbaiki

Usul AB InBev yang diperbaiki terdiri daripada tawaran tunai sebanyak GBP 43.50 per syer, dengan alternatif syer separa untuk kira-kira 41% daripada syer SABMiller.

Usul tunai ini mewakili nilai premium lebih 48% kepada harga penutupan syer SABMiller sebanyak GBP 29.34 pada 14 September 2015 (hari bekerja terakhir sebelum spekulasi pendekatan daripada AB InBev mula diperkatakan kembali).

Alternatif Syer Separa

Di bawah usul yang diperbaiki ini, pemegang saham SABMiller yang memilih alternatif syer separa akan menerima 0.483969 Syer Terhad dan GBP 3.56 tunai untuk setiap syer SABMiller[1]. Berdasarkan harga penutupan syer biasa AB InBev pada 9 Oktober 2015 sebanyak EUR 98.30, alternatif syer separa itu, termasuk GBP 3.56 tunai, akan menilaikan setiap syer SABMiller pada GBP 38.88 per syer, mewakili nilai premium kira-kira 33% kepada harga penutupan syer SABMiller sebanyak GBP 29.34 setakat 14 September 2015[2].

Usul yang diperbaiki ini merupakan prasyarat kepada usaha Altria Group, Inc. dan BevCo Ltd. untuk memilih alternatif syer separa bagi semua syer SABMiller mereka.

AB InBev menjangkakan kebanyakan pemegang saham SABMiller, selain daripada Altria Group, Inc. dan BevCo Ltd., akan memilih untuk mendapatkan tawaran tunai itu.

AB InBev tidak akan meminta saranan daripada Lembaga SABMiller berkenaan alternatif syer separa ini.

Hal-hal Lain

Pengumuman urus niaga rasmi akan tertakluk kepada prasyarat yang tersebut di atas serta prasyarat dan syarat lain yang dinyatakan dalam pengumuman AB InBev pada 7 Oktober 2015. AB InBev berhak mengecualikan keseluruhan atau sebahagian daripada mana-mana prasyarat dalam pembuatan tawaran itu seperti yang dinyatakan dalam pengumuman itu atau seperti yang tersebut di atas.

Usul yang diperbaiki itu bukan merupakan tawaran atau mengenakan sebarang tanggungjawab kepada AB InBev untuk membuat tawaran, dan ia juga bukan bukti niat pasti untuk membuat tawaran seperti yang terkandung dalam maksud Kod. Oleh itu, AB InBev tidak menganggapnya sebagai pembentukan asas bagi pengumuman menurut Peraturan 2.2(a) bagi Kod itu.

Tidak ada kepastian sama ada tawaran rasmi akan dibuat. Kenyataan lanjut akan dibuat jika perlu.

AB InBev berhak untuk:

a) memperkenalkan bentuk pertimbangan lain dan/atau membuat pindaan pada kandungan pertimbangan;

b) melaksanakan urus niaga melalui atau bersama anak syarikat AB InBev atau syarikat yang akan menjadi anak syarikat AB InBev;

c) membuat tawaran (termasuk tawaran tunai dan alternatif syer separa) kepada SABMiller pada bila-bila masa dengan syarat yang kurang memuaskan hati:

     (i) dengan persetujuan atau saranan Lembaga SABMiller;

     (ii) jika terdapat pihak ketiga mengumumkan niat pasti untuk membuat tawaran kepada SABMiller pada syarat yang kurang memuaskan hati; atau

     (iii) berikutan pengumuman SABMiller untuk urus niaga yang dikaburkan menurut Kod itu: dan

d) sekiranya dividen ditawarkan, diisytiharkan, dibuat, atau dibayar oleh SABMiller, untuk mengurangkan tawarannya (termasuk tawaran tunai dan alternatif syer separa) dengan jumlah dividen tersebut.

Lazard bertindak secara eksklusif sebagai penasihat kewangan AB InBev dan bukan untuk mana-mana pihak lain berhubung dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini serta tidak, dan tidak akan, bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain selain AB InBev untuk menyediakan perlindungan yang diberikan kepada pelanggan Lazard, atau untuk memberi khidmat nasihat berhubung dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini. Bagi hal ini, "Lazard" bermakna Lazard Frères & Co. LLC dan Lazard & Co., Limited. Lazard & Co., Limited disahkan dan dikawal selia di United Kingdom oleh Lembaga Kelakuan Kewangan. Lazard mahupun mana-mana rakan sekutunya tidak berhutang atau menerima sebarang duti, liabiliti atau tanggungjawab sekalipun (sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada mengikut kontrak, secara tort, mengikut statut atau sebaliknya) kepada mana-mana individu yang bukan merupakan pelanggan Lazard berhubung dengan pengumuman ini atau dengan hal yang dinyatakan dalam pengumuman ini.

Deutsche Bank AG disahkan di bawah Undang-undang Perbankan Jerman (autoriti cekap: European Central Bank) dan, di United Kingdom, oleh Lembaga Peraturan Prudential. Ia tertakluk kepada penyeliaan oleh European Central Bank dan oleh BaFin, Lembaga Penyeliaan Kewangan Persekutuan Jerman, dan tertakluk kepada peraturan terhad di United Kingdom oleh Lembaga Peraturan Prudential dan Lembaga Kelakuan Kewangan. Butiran lanjut tentang sejauh mana kelulusan dan peraturan oleh Lembaga Peraturan Prudential, dan kawal selia oleh Lembaga Kelakuan Kewangan, boleh didapati mengikut permintaan atau daripada www.db.com/en/content/eu_disclosures.htm 

Deutsche Bank AG, bertindak melalui cawangannya di London ("DB"), selaku broker korporat kepada AB InBev dan tidak kepada pihak lain yang berkaitan dengan pengumuman ini atau kandungannya. DB tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak lain selain AB InBev untuk menyediakan sebarang perlindungan yang diberikan kepada pelanggan DB, mahupun untuk memberi sebarang khidmat nasihat yang berkaitan dengan sebarang hal yang disebut dalam kenyataan ini. Tanpa mengehadkan liabiliti seseorang untuk penipuan, DB mahupun mana-mana usaha anak syarikat, cawangan, ataupun rakan sekutunya, mahupun mana-mana pengarah, pegawai, perwakilan, kakitangan, penasihat, atau ejen masing-masing berhutang atau menerima sebarang duti, liabiliti, atau sebarang tanggungjawab sekalipun (sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada dalam kontrak, secara tort, di bawah statut atau sebaliknya) terhadap mana-mana individu yang bukan merupakan pelanggan DB berhubung dengan pengumuman ini, sebarang kenyataan yang terkandung di dalam dokumen ini atau sebaliknya.

Menurut Peraturan 2.6(a) Kod itu, AB InBev mesti, tidak lewat daripada jam 5.00 petang hari Rabu 14 Oktober 2015, sama ada mengumumkan niat pasti untuk membuat tawaran kepada SABMiller menurut Peraturan 2.7 Kod itu atau mengumumkan yang ia tidak berniat untuk membuat tawaran kepada SABMiller, yang mana pengumuman itu akan dianggap sebagai kenyataan yang tertakluk kepada Peraturan 2.8 Kod tersebut. Tarikh akhir ini hanya akan dilanjutkan dengan persetujuan SABMiller dan Panel Pengambilalihan menurut Peraturan 2.6(c) Kod itu.

Versi Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda, dan Bahasa Perancis bagi siaran media ini akan disediakan di www.ab-inbev.com .

NOTA

Keperluan pendedahan Kod

Di bawah Peraturan 8.3(a) Kod itu, mana-mana individu yang berminat dalam 1% atau lebih daripada mana-mana kelas sekuriti yang berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti (sama ada mana-mana pemberi tawaran selain daripada pemberi tawaran yang sudah diumumkan yang tawarannya adalah, atau sangat berkemungkinan akan dibuat, dalam tunai sahaja) mesti membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan berikutan permulaan tempoh tawaran dan, jika kemudiannya, berikutan pengumuman yang mana mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Pendedahan Kedudukan Pembukaan mesti mengandungi butiran kepentingan individu itu serta kedudukan ringkasnya, serta hak untuk melanggan, mana-mana sekuriti yang berkaitan bagi setiap (i) syarikat penerima tawaran dan (ii) mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti. Pendedahan Kedudukan Pembukaan oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(a) perlu dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari bekerja ke-10 berikutan permulaan tempoh tawaran dan, jika sesuai, tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada hari bekerja ke-10 berikutan pengumuman yang mana mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu. Individu berkenaan yang berurusan dalam sekuriti berkaitan syarikat penerima tawaran atau pemberi tawaran tukaran sekuriti sebelum tarikh akhir membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan sebaliknya haruslah membuat Pendedahan Urus Niaga.

Di bawah Peraturan 8.3(b) Kod, mana-mana individu yang sedang, atau, berminat dalam 1% atau lebih daripada mana-mana kelas sekuriti yang berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada mana-mana pemberi tawaran tukaran sekuriti haruslah membuat Pendedahan Urus Niaga jika individu itu berurus niaga dalam mana-mana sekuriti berkaitan bagi syarikat penerima tawaran atau daripada pemberi tawaran tukaran sekuriti. Pendedahan Urus Niaga mesti mengandungi butiran urus niaga yang berkaitan dan kepentingan serta kedudukan ringkas individu itu, dan hak untuk melanggan, sebarang sekuriti berkaitan untuk setiap satu daripada (i) syarikat penerima tawaran dan (ii) sebarang pemberi tawaran tukaran sekuriti, selain daripada tahap butiran yang sebelum ini telah didedahkan mengikut Peraturan 8. Pendedahan Urus Niaga yang dibuat oleh individu yang tertakluk kepada Peraturan 8.3(b) haruslah dibuat tidak lewat daripada jam 3.30 petang (waktu London) pada keesokan hari bekerja daripada tarikh urus niaga berkaitan itu.

Jika dua atau lebih individu bertindak bersama menurut persetujuan atau persefahaman, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi, untuk mengambil alih atau mengawal saham dalam sekuriti berkaitan syarikat penerima tawaran atau pemberi tawaran tukaran sekuriti, mereka akan dianggap sebagai individu tunggal bagi tujuan Peraturan 8.3.

Pendedahan Kedudukan Pembukaan juga mesti dibuat oleh syarikat penerima tawaran dan oleh mana-mana pemberi tawaran dan Pendedahan Urus Niaga juga mesti dibuat oleh syarikat penerima tawaran, oleh mana-mana pemberi tawaran, serta oleh mana-mana individu yang bertindak bersama mana-mana antara mereka (Lihat Peraturan 8.1, 8.2 dan 8.4).

Butiran syarikat penerima tawaran dan pemberi tawaran dari segi sekuriti berkaitan Pendedahan Kedudukan Pembukaan dan Pendedahan Urus Niaga yang mesti dibuat boleh didapati dalam Jadual Pendedahan di laman sesawang Panel Pengambilalihan di www.thetakeoverpanel.org.uk, termasuk butiran bilangan sekuriti berkaitan yang dikeluarkan, apabila tempoh tawaran dimulakan dan apabila mana-mana pemberi tawaran telah dikenal pasti. Anda harus menghubungi Unit Pemantauan Pasaran Panel di talian +44 (0)20 7638 0129 jika anda ragu-ragu sama ada anda perlu membuat Pendedahan Kedudukan Pembukaan atau Pendedahan Urus Niaga.

Kenyataan Jangkaan

Siaran media ini mengandungi "kenyataan jangkaan". Kenyataan ini dibuat berdasarkan jangkaan dan pandangan semasa tentang kejadian dan perkembangan masa depan bagi pengurusan AB InBev dan pastinya tertakluk kepada ketidakpastian dan perubahan mengikut keadaan. Kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran ini termasuk kenyataan yang berkaitan dengan usul AB InBev kepada Lembaga SABMiller, dan kenyataan lain selain daripada fakta bersejarah. Kenyataan jangkaan termasuk kenyataan yang biasanya mengandungi perkataan seperti "akan", "mungkin", "patut", "percaya", "berniat", "menjangka", "menduga", "menyasarkan", "menganggarkan", "berkemungkinan", "meramal", dan perkataan lain yang hampir sama maksud. Kenyataan jangkaan ini mungkin termasuk kenyataan yang berkaitan dengan: sifat yang dijangka bagi syarikat gabungan itu; pemilikan syarikat gabungan itu yang dijangka oleh pemegang saham AB InBev dan SABMiller; jangkauan pelanggan bagi syarikat gabungan yang dijangkakan; faedah yang dijangkakan daripada urus niaga yang diusulkan; dan pembiayaan urus niaga yang diusulkan itu. Semua kenyataan, selain daripada kenyataan fakta bersejarah merupakan kenyataan jangkaan. Anda tidak patut meletakkan kebergantungan tidak munasabah ke atas semua kenyataan jangkaan ini, yang mencerminkan pandangan semasa pengurusan AB InBev, dan tertakluk kepada banyak risiko dan ketidakpastian tentang AB InBev dan SABMiller serta bergantung kepada banyak faktor, antaranya adalah di luar kawalan AB InBev. Terdapat faktor-faktor penting, risiko, dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza, termasuk ketiadaan kepastian yang pendekatan dari segi urus niaga yang diusulkan yang digambarkan di dalam dokumen ini akan berkesudahan dengan tawaran atau persetujuan, atau mengikut syarat mana-mana persetujuan sebegitu, dan risiko yang berkaitan dengan AB InBev yang dinyatakan di bawah Perkara 3.D dalam Laporan Tahunannya pada Borang 20-F ("Borang 20-F") yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran AS ("SEC") pada 24 Mac 2015. Faktor-faktor lain yang tidak diketahui atau tidak boleh diramalkan boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan jangkaan.

Kenyataan jangkaan ini perlu dibaca bersama kenyataan peringatan lain yang disertakan dalam dokumen lain, termasuk Borang 20-F AB InBev yang terkini, laporan yang disediakan pada Borang 6-K, dan mana-mana dokumen lain yang diwar-warkan oleh AB InBev atau SABMiller kepada umum. Sebarang kenyataan jangkaan yang dibuat dalam komunikasi ini layak secara keseluruhannya dibuat dengan kenyataan peringatan ini, dan tiada jaminan yang keputusan atau perkembangan sebenar yang diharapkan oleh AB InBev akan direalisasikan, atau walaupun jika direalisasikan secara sebahagian besarnya, ia berkemungkinan tidak akan mempunyai kesan yang dijangka, atau memberi kesan yang sepatutnya, ke atas AB InBev atau perniagaannya, atau operasinya. Kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang, AB InBev tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara umum sebarang kenyataan jangkaan, sama ada hasil daripada keputusan baharu, kejadian masa depan, atau sebaliknya.

Notis kepada pelabur AS

Jika AB InBev membuat tawaran kepada SABMiller, pemegang saham AS untuk syer SABMiller mesti memahami langkah dalam mana-mana urus niaga yang memerlukan kelulusan pemegang saham SABMiller yang mungkin akan dilaksanakan di bawah skema pelaksanaan UK yang disediakan di bawah undang-undang syarikat England. Jika demikian, dijangkakan mana-mana syer yang akan dikeluarkan di bawah urus niaga itu kepada pemegang saham SABMiller akan dikeluarkan bergantung kepada pengecualian daripada keperluan pendaftaran Akta Sekuriti AS 1933, yang dinyatakan dalam Seksyen 3(a)(10) di dalamnya dan tertakluk kepada keperluan pendedahan UK (yang berbeza daripada keperluan di Amerika Syarikat). Sebaliknya, urus niaga itu mungkin akan dilaksanakan melalui tawaran pengambilalihan di bawah undang-undang England. Jika demikian, mana-mana sekuriti yang dikeluarkan di bawah urus niaga kepada para pemegang saham SABMiller akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti AS, sekiranya tiada pengecualian daripada pendaftaran yang tertakluk. Jika urus niaga itu dilaksanakan melalui tawaran pengambilalihan UK, ia akan dilakukan dengan mematuhi undang-undang yang tertakluk di bawah Akta Tukaran AS 1934, termasuk sebarang pengecualian yang tertakluk yang dinyatakan di bawah Peraturan 14d-1(d).

Pemfailan ini tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau pujukan terhadap tawaran untuk membeli mana-mana sekuriti, dan tiada jualan sekuriti yang boleh dilakukan dalam mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran, pujukan, atau jualan sebegitu adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi mana-mana bidang kuasa itu. Tiada tawaran sekuriti boleh dibuat kecuali dengan prospektus yang memenuhi keperluan Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, mengikut pindaan.

WAKIL-WAKIL ANHEUSER-BUSCH INBEV






Media


Pelabur



Marianne Amssoms

Tel: +1-212-573-9281

E-mel: marianne.amssoms@ab-inbev.com


Graham Staley

Tel: +1-212-573-4365

E-mel: graham.staley@ab-inbev.com



Karen Couck

Tel: +1-212-573-9283

E-mel: karen.couck@ab-inbev.com


Christina Caspersen

Tel: +1-212-573-4376

E-mel: christina.caspersen@ab-inbev.com




Kathleen Van Boxelaer
Tel: +32-16-27-68-23
E-mel: kathleen.vanboxelaer@ab-inbev.com


Heiko Vulsieck
Tel: +32-16-27-68-88
E-mel: heiko.vulsieck@ab-inbev.com




Steve Lipin, Brunswick Group US

Tel: +1-212-333-3810

E-mel: slipin@brunswickgroup.com






Richard Jacques, Brunswick Group UK

Tel: +44-20-7404-5959

E-mel: rjacques@brunswickgroup.com





Penasihat Kewangan - Lazard


Broker Korporat – Deutsche Bank



William Rucker / Charlie Foreman

Tel: +44 20 7187 2000


Ben Lawrence / Simon Hollingsworth

Tel: +44 20 7545 8000

Latar Belakang Anheuser-Busch InBev

Anheuser-Busch InBev merupakan sebuah syarikat dagangan awam (Euronext: ABI) yang berpusat di Leuven, Belgium, dengan Resit Depositori Amerika di Bursa Saham New York (NYSE: BUD). Ia merupakan syarikat pembuat bir global terkemuka dan merupakan salah satu daripada lima syarikat produk pengguna terbaik dunia. Bir, rangkaian sosial yang asal, telah membawa manusia bersama selama ribuan tahun dan portfolio kami yang terdiri daripada lebih 200 jenama bir terus menjalin hubugan yang kukuh bersama para pengguna. Ini termasuk jenama global Budweiser®, Corona® dan Stella Artois®; jenama antarabangsa Beck's®, Leffe®, dan Hoegaarden®; dan juara tempatan Bud Light®, Skol®, Brahma®, Antarctica®, Quilmes®, Victoria®, Modelo Especial®, Michelob Ultra®, Harbin®, Sedrin®, Klinskoye®, Sibirskaya Korona®, Chernigivske®, Cass®, dan Jupiler®. Dedikasi Anheuser-Busch InBev terhadap kualiti berasal sejak tradisi pembuatan bir selama lebih 600 tahun dan kilang pembuatan bir Den Hoorn di Leuven, Belgium, serta semangat rintis kilang pembuatan bir Anheuser & Co, dengan asal-usul di St. Louis, AS sejak tahun 1852. Dipelbagaikan secara geografi dengan pendedahan seimbang kepada pasaran maju dan membangun, Anheuser-Busch InBev memanfaatkan kelebihan bersama kakitangan mereka seramai kira-kira 155 000 orang yang ditempatkan di 25 buah negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, AB InBev mencapai hasil sebanyak USD 47.1 bilion. Syarikat itu bercita-cita untuk menjadi Syarikat Bir Terbaik yang Membawa Masyarakat Bersama untuk Dunia yang Lebih Baik. Ketahui lebih lanjut di ab-inbev.com, melalui facebook.com/ABInBev atau di Twitter melalui @ABInBevNews.

[1] Sekiranya pemilihan untuk Syer Terhad mewakili lebih daripada 326 juta Syer Terhad, pemilihan itu akan dikurangkan berdasarkan pro rata.

[2] Berdasarkan kadar tukaran EUR 1.3469:GBP 1.0000, yang diterbitkan daripada data yang disediakan oleh Bloomberg setakat 4.30 petang BST pada 9 Oktober 2015.

Source: Anheuser-Busch InBev
Related Stocks:
EuronextBrussels:ABI Johannesburg:SAB LSE:SAB NYSE:BUD OTC:SBMRY
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Household/Consumer/Cosmetics Acquisitions, mergers, takeovers