omniture

Usaha Sama Cachet Hotel Group dan Drai's Enterprises Umumkan Pembukaan Pertama dan Rancangan Peluasan untuk China

Cachet Hotel Group
2015-10-15 05:53 672

Usaha sama hiburan malam itu akan membuka lokasi pertamanya, Drai's Noir di Cachet Boutique Hotel di Shanghai pada Disember 2015

HONG KONG, 15 Oktober 2015 /PRNewswire/ -- Cachet Hotel Group (CHG) dan rakan usaha samanya Drai's Enterprises (Drai's) hari ini mengumuman rancangan peluasan untuk China dengan pelancaran lokasi pertama usaha sama itu, Drai's Noir, yang akan dibuka di Cachet Boutique Hotel di Shanghai pada Disember 2015.

Usaha Sama Cachet Hotel Group dan Drai's Enterprises Umumkan Pembukaan Pertama dan Rancangan Peluasan untuk China
Usaha Sama Cachet Hotel Group dan Drai's Enterprises Umumkan Pembukaan Pertama dan Rancangan Peluasan untuk China

Usaha sama itu telah memilih Shanghai, China untuk pelancaran lokasi pertama Drai's di Asia, di tingkat dua hotel Cachet Boutique Shanghai yang memenangi anugerah. Dengan kawasan seluas hampir 1,000 meter persegi, lokasi itu akan termasuk sebuah ruang santai ultra, bilik VIP eksklusif dan bilik utama bertenaga tinggi dengan pemandangan Nanjing Road yang terkenal.

"Shanghai merupakan pilihan semula jadi untuk kemasukan pertama kami di China," kata Michael Gruber, presiden dan rakan kongsi di Drai's. "Sebuah bandar yang begitu meriah dan kosmopolitan merupakan tempat yang sempurna untuk melancarkan apa yang akan menjadi rangkaian lokasi di China yang akan menetapkan piawaian baharu untuk hiburan malam tahap tinggi di Asia." Pengasas dan pencipta Victor Drai menambah, "Drai's merupakan pengalaman Las Vegas yang ikonik dan ketika kami merancang Drai's Noir di Shanghai saya menggunakan segala yang kami ketahui tentang hiburan malam dan menghiburkan serta memperhalusinya untuk mewujudkan pengalaman luar biasa yang dapat dinikmati oleh semua."

Direka oleh Victor Drai sendiri, Drai's Noir akan menampilkan pengalaman pelbagai sudut dalam reka bentuk, gaya dan suasana. Terdiri daripada empat ruang tersendiri, iaitu Ruang Tangga Utama, Perpustakaan, Ruang Tamu Utama dan Bilik Tidur, Drai's Noir Shanghai akan menawarkan para tetamu dengan pengalaman yang unik kepada dunia hiburan yang meriah di bandar itu. Sementara Ruang Tamu Utama akan menjadi pusat tumpuan bagi menampilkan irama terbaik yang diputarkan oleh DJ selebriti dan perkhidmatan meja untuk tetamu yang ingin menjadi tumpuan, mereka yang inginkan suasana lebih intim akan menemui nic intim yang eksklusif yang sesuai untuk kumpulan-kumpulan lebih kecil.

Destinasi hiburan malam yang dinanti-nantikan ini dijadualkan pembukaannya pada 20 Disember 2015.

Kerjasama CHG/Drai's tertumpu kepada pembangunan dan pengurusan jenama hiburan malam Drai's di destinasi paling popular di China, sebagai lokasi berasingan dan di dalam hotel serta pembangunan kegunaan campuran. Usaha sama ini merancang untuk membuka beberapa buah kelab malam, noir dan kelab hidangan malam di lima buah bandar baharu setiap tahun.

Portfolio jenama Drai termasuk:

  • Drai's Nightclub. Produk teras usaha sama ini, Drai's Nightclub merupakan kelab berbilang aras yang bergemerlapan dengan kawasan seluas sekurang-kurangnya 500 meter persegi - dengan lantai tarian yang luas, sistem pencahayaan LED yang besar, teknologi tercanggih selain persembahan hiburan langsung. Drai's Nightclub akan menyediakan ruang parti sepanjang hari yang sebenar, dengan perkhidmatan botol serta hiburan bertaraf dunia.
  • Drai's Noir. Drai's Noir menyediakan rekaan canggih dan hiburan langsung dalam suasana intim - ruang tipikal bersaiz antara 300 dan 500 meter persegi. Tetamu yang bercita rasa tinggi dapat menjangkakan senarai koktel yang pelbagai, sebuah perpustakaan serta ruang tamu selain perkhidmatan yang serba sempurna.
  • Drai's Supper Club. Drai's Supper Club merupakan kompleks menjamu selera dan hiburan berpandukan rekaan dan berbilang wajah yang menempatkan restoran, kemudahan bankuet, bar serta kelab malam. Amat sesuai untuk kumpulan, parti persendirian, majlis perkahwinan dan acara korporat, kelab hidangan malam ini menampilkan pengalaman menjamu selera yang hebat dengan bar sushi yang lengkap dan koktel yang dipadankan sempurna bagi melengkapi hidangan fusion Asia tersebut.

Bagi mengetuai perancangan pertumbuhan bercita-cita tinggi kerjasama itu, usaha sama tersebut telah melantik Bryan Meng yang berpangkalan di Beijing sebagai Pengarah Urusan Pembangunan Perniagaan. Meng mempunyai lebih sepuluh tahun pengalaman dalam sektor perhotelan dan hiburan. Sebelum Drai's Asia, Meng telah berkhidmat sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan serta terlibat dalam perkhidmatan VIP China di Caesars Entertainment Corporation. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dan Pengurusan daripada University of Wisconsin Madison dan University of Nevada Las Vegas.

"Pembukaan Drai's Noir di Shanghai menunjukkan betapa jenama ini sebati dengan tetamu China yang sofistikated yang inginkan standard lebih tinggi bagi pilihan hiburan malam serta hiburan," kata Meng, "Tujuannya adalah untuk mengembangkan produk dan perkhidmatan Drai's yang amat berkualiti dan berkembang ke bandar-bandar China yang menjiwai profil bertenaga serta nilai eksklusif jenama itu."

Cadangan nilai jenama dan platform operasi menarik bagi usaha sama itu telah pun menarik minat kumpulan-kumpulan pemilikan hartanah.

"Berkenaan hiburan malam Drai's, kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan semua pemaju hartanah, pemilik dan syarikat pengurusan yang ingin mempelbagaikan aliran tunai mereka dengan menawarkan pengalaman hiburan malam bertaraf antarabangsa" kata Alexander Mirza, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cachet Hotel Group.

Usaha sama itu kini memiliki dua surat keinginan bertandatangan untuk membuka lokasi-lokasi di Hangzhou serta Wuhan dan kini mencari lokasi tunggal kedua di Shanghai untuk usaha pembangunan produk teras kumpulan Drai's Nightclub tersebut.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.draislv.com dan ikuti Drai's di Facebook melalui www.facebook.com/draislv dan di Twitter melalui www.twitter.com/draislv serta Instagram @draislv

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151013/0861509661

Source: Cachet Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion