omniture

DUNIA FESYEN TOKYO 2016, Pertunjukan Dagangan Fesyen Terbesar Jepun, akan Berlangsung pada 7-9 November di Tokyo

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2016-09-27 11:15 882

TOKYO, 27 Sept. 2016 /PRNewswire/ -- Pertunjukan dagangan fesyen terbesar di Jepun, DUNIA FESYEN TOKYO 2016 [NOVEMBER], akan diadakan dari 7 (Isnin) - 9 (Rabu ) November 2016 di Tokyo Big Sight.

Suasana di pameran 2015
Suasana di pameran 2015

 

Suasana di pameran 2015
Suasana di pameran 2015

Pameran ini terdiri daripada tujuh pameran khusus:Tekstil, Pakaian fesyen, Beg, Kasut, Barangan Kemas Fesyen, Fesyen lelaki dan OEM. Bilangan pempamer telah meningkat sebanyak 190 menjadi 860 berbanding tahun lepas, dan ia bakal menarik 28,000 pembeli dari seluruh dunia.  

Acara utama tahun ini adalah TEKSTIL TOKYO, yang telah mula mendapat perhatian selepas pelancaran tahun lepas. Terdiri daripada tekstil buatan Jepun dengan komitmen terhadap kualiti, hinggalah kepada bahan unik yang baharu, semua kepelbagaian produk ini boleh didapati di bawah satu bumbung.

Zon Teknologi Pengeluaran baharu juga akan dilancarkan untuk edisi ini, yang akan menjadikan pameran ini lebih menepati kehendak pengeluar barangan fesyen.

Sertai DUNIA FESYEN TOKYO 2016 [NOVEMBER], pertunjukan dagangan fesyen menyeluruh yang semakin mendapat perhatian.

*Bilangan pempamer (termasuk pempamer bersama) adalah anggaran, dan mungkin berbeza daripada bilangan sebenar di pertunjukan.

Yang menarik di pameran kali ini

Temui bahan Jepun yang unik di TEKSTIL TOKYO

Diterajui oleh syarikat Jepun seperti ''Uni Textile'' dan ''Lily Lace'' yang berbangga dengan kualiti barangan Jepun mereka, 100 buah syarikat dari seluruh dunia akan membuat pameran dalam edisi kedua pameran ini, termasuk pengilang tekstil kapas, sutera dan fiber sintetik, pengilang barangan kulit dan pengilang barangan fesyen butang dan zip.

Salah satu pameran yang paling menarik perhatian adalah tekstil baharu Jepun yang dibangunkan menggunakan teknologi terkini. Pendatang baharu "Lametex" akan mengumumkan produk baharu mereka, yang memberikan penyelesaian untuk permukaan kasar pada fabrik berkerdipan dengan menggabungkan teknologi pemprosesan fabrik berkerdipan dan fiber elastik.

Selain itu, pertunjukan ini akan mengumpulkan pempamer yang mempunyai bahan baharu dan unik, seperti tekstil istimewa dengan "Prousion" (Bahan ion seramik) yang meningkatkan peredaran darah, memulihkan kelesuan otot dan menyingkirkan oksigen aktif, bahan yang dikait dengan kertas washi Mino (disenaraikan dalam Warisan Dunia Unesco) menampilkan sentuhan lembutnya terhadap kulit, dan tekstil yang mensasarkan kesan karbon teraktif dengan menggunakan pintalan benang daripada kapas terkarbon.

Selain Jepun, syarikat daripada 16 buah negara lain termasuk Itali, A.S. dan India akan turut menyertai pameran kali ini. Sila lawati pautan untuk mendapatkan produk dan tekstil berkualiti tinggi Jepun dengan ciri antarabangsa. Untuk melihat butiran pempamer & pameran: http://www.fashion-tokyo.jp/en/eguide

100 pereka akan berkumpul di kawasan ''Designer's Gate'' khas

''Designer's Gate'' adalah salah satu kawasan yang paling menarik perhatian pelawat. Di sini, pereka yang mula dikenali akan menunjukkan koleksi istimewa mereka. Untuk edisi ini, bilangan pereka akan berganda menjadi 100 berbanding edisi sebelumnya.

Hasil pereka ini kebanyakannya adalah satu pasang sahaja dan merupakan buatan tangan, oleh itu kawasan ini tidak patut dilepaskan oleh mereka yang mencari sesuatu yang baharu. Lihat jenama di sini untuk mendapatkan rekaan yang penuh keaslian dan berjiwa bebas serta pencipta trend seterusnya.

[Baharu] Zon Teknologi Pengeluaran

Zon ini akan dilancarkan ekoran daripada permintaan tinggi pengeluar pakaian. Selain mesin jahit oleh syarikat terkemuka Jepun "Juki," sistem CAD mesra pengguna, unit pemeriksaan X-ray untuk kawalan kualiti dan pelbagai jenis pencetak juga akan dipamerkan, menyediakan teknologi terkini kepada mereka yang terlibat dalam proses penghasilan industri pakaian.  

Untuk mendapatkan Tiket Pameran PERCUMA: http://www.fashion-tokyo.jp/en/inv

Panduan DUNIA FESYEN TOKYO 2016

  • Tarikh/Masa: 7 [Isnin] - 9 [Rabu] Nov 2016 10:00-18:00
  • Tempat: Tokyo Big Sight
  • Penganjur : Reed Exhibitions Japan Ltd.

Terdiri daripada 7 pameran:

DUNIA FESYEN TOKYO 2016 - NOVEMBER - http://www.fashion-tokyo.jp/en/

  • TEKSTIL TOKYO – Pameran Tekstil & Bahan Tokyo [NOVEMBER]
  • PAMERAN PAKAIAN FESYEN TOKYO [NOVEMBER]
  • PAMERAN BEG TOKYO [NOVEMBER]
  • PAMERAN KASUT TOKYO [NOVEMBER]
  • PAMERAN BARANGAN KEMAS FESYEN TOKYO [NOVEMBER]
  • PAMERAN FESYEN LELAKI TOKYO -MEN'S TOKYO- [NOVEMBER]
  • PAMERAN OEM/PENYUMBERAN [NOVEMBER]

Hubungi

Pengurusan Pertunjukan DUNIA FESYEN TOKYO
Reed Exhibitions Japan Ltd.
Tel: +81-3-3349-8519
E-mel: visitor-eng.fwt@reedexpo.co.jp

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160923/0861609883-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20160923/0861609883-b

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Fashion