omniture

Sidang Kemuncak Inovasi eKesihatan Singapura Mengumumkan Hospital Peringkat 7 EMRAM Pertama di Singapura dan Menekankan Teknologi sebagai Agen Transformatif untuk Fungs-fungsi Khusus

HIMSS Asia Pacific
2016-10-26 10:17 450

Sidang Kemuncak Anjuran HIMSS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Suntec, 5 – 8 Oktober, Membincangkan Masa Depan Informatik Patologi, Keselamatan Ubatan, Pengimejan Perusahaan dan Kepimpinan Pakar Perubatan.

SINGAPURA, 26 Oktober, 2016 /PRNewswire/ -- Dihadiri oleh lebih 450 kakitangn profesional daripada sektor penjagaan kesihatan dan 40 penceramah, Sidang Kemuncak Inovasi eKesihatan Singapura yang julung kali diadakan, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh A/Prof. Benjamin Ong, Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Kementerian Kesihatan serta Tetamu Kehormat acara itu.  A/Prof. Ong membincangkan hasrat Singapura untuk mengimbangkan antara kualiti dan kebolehcapaian yang mampan bagi matlamat Penjagaan Kesihatan menjelang tahun 2020 dan seterusnya.

Beliau berkata: "Satu kelebihan yang kami miliki di Singapura ialah kami mempunyai penduduk yang semakin celik digital dan didayakan oleh digital. Di samping itu, terdapatnya peratusan pesakit dan penjaga pesakit yang lebih tinggi yang mempunyai keinginan serta semakin melibatkan diri dalam pengurusan kesihatan dan penyakit mereka serta insan tersayang. Ini membolehkan kami untuk terus memanfaatkan teknologi demi menyediakan Kesihatan Pintar, agar khidmat jagaan dapat menjadi lebih dikhususkan, bersepadu, proaktif dan memperkasa." A/Prof. Ong turut berkongsi tentang projek-projek eKesihatan di Singapura, termasuk sistem Rekod Kesihatan Elektronik Kebangsaan, telerehabilitasi, HubKesihatan dan peningkatan aplikasi analitik demi memperibadikan serta meningkatkan khidmat jagaan.

Perkara utama semasa Sidang Kemuncak itu ialah pengumuman tentang Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) sebagai hospital Peringkat 7 EMRAM Analitik HIMSS pertama di Singapura, ASEAN dan Australasia. Menerusi paras kemajuan digital tertinggi yang tercapai ini, NTFGH kini berkhidmat tanpa menggunakan kertas, tanpa carta, tanpa skrip dan tanpa filem.

Ketika menyampaikan Anugerah bersama A/Prof. Ong, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif HIMSS Stephen Lieber berkata: "Pada paras EMRAM yang tertinggi – Peringkat 7 – persekitaran khidmat jagaan memperlihatkan peningkatan besar daripada Peringkat 6 dari segi penambahbaikan terhadap kualiti, keselamatan, prestasi dan keuntungan. Menerusi pencapaian penting ini, sekali lagi Singapura mengukuhkan kedudukannya selaku contoh ikutan terbaik untuk sektor penjagaan kesihatan peringkat serantau. Singapura juga terus mencapai bilangan hospital awam tertinggi menerusi Peringkat 6 HIMSS di Asia Pasifik. Kami berharap dapat melihat anda meraih pencapaian Peringkat 7 yang lebih baik dalam usaha menuju wawasan PINTAR Negara anda."

Sidang Kemuncak Inovasi eKesihatan Singapura ini dianjurkan oleh HIMSS Asia Pasifik dengan kerjasama persatuan-persatuan penting di Singapura serta AS demi menyediakan bahan kepimpinan pemikiran yang khusus dan bersifat setempat. Rakan-rakan persatuan terdiri daripada Persatuan Farmaseutikal Singapura, Persatuan Perubatan Singapura, Persatuan Radiologi Singapura dan banyak lagi.

"Teknologi mempunyai kuasa transformatif yang dapat membantu kakitangan profesional penjagaan kesihatan untuk membuat diagnosis yang lebih tepat, menetapkan, mengurus dan memberikan ubat-ubatan yang betul selain menjadikan pemeriksaan kesihatan lebih menjimatkan. Sebagai contoh, dengan bantuan teknologi, kini pakar patologi boleh menjalankan beberapa ujian serentak terhadap satu sampel biopsi, dan tidak lagi memerlukan satu sampel bagi setiap ujian. Ini juga dapat mengurangkan kejadian yang melibatkan pesakit perlu melalui prosedur berulang bagi mendapatkan sampel baharu. Bagi mengubah khidmat jagaan dengan jayanya, pihak penyedia perlu memanfaatkan teknologi untuk semua pasukan dan jabatan khidmat jagaan termasuk makmal diagnostik serta farmasi, dan tidak lagi menguntukkan teknologi untuk pengguna tradisional seperti doktor dan juga jururawat," kata Dr. Nipit Piravej, Pengerusi Majlis Pentadbiran HIMSS Asia Pasifik.

Selain simposium-simposium khas, Sidang Kemuncak Inovasi eKesihatan Singapura ini turut menampilkan Akademi Kepimpinan Penjagaan Kesihatan CHIME, Bengkel Pembangunan Tenaga Kerja AHIMA dan Jaringan Resepsi. Lihat laporan dan gambar-gambar selepas acara tersebut di sini.

 

 

Source: HIMSS Asia Pacific
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services Trade show news