omniture

"Perhimpunan Kehormat Macau China" - Pameran Kereta, Kapal Layar dan Penerbangan Perniagaan Macau Bakal Berlangsung November ini

China Macau Distinguished Gathering Organizing Committee
2016-11-08 11:50 594

MACAU, 8 November 2016 /PRNewswire/ -- Sempena musim luruh kali ini, satu pameran darat-laut-udara bertaraf antarabangsa dan profesional bertemakan "Perhimpunan Kehormat Macau China", yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Kehormat Macau China bakal menghimpunkan para peminat kereta mewah, kapal layar dan juga pesawat peribadi.

Perhimpunan Kehormat Macau China di Times Square
Perhimpunan Kehormat Macau China di Times Square

Menerusi usaha berterusan yang dilakukan sepanjang enam tahun, Pameran Kereta, Kapal Layar dan Penerbangan Perniagaan Macau telah mendapat pengiktirafan UFI. Ini menandakan satu pencapaian penting untuk tiga pameran "Perhimpunan Kehormat Macau China" yang berjaya dinaiktaraf menjadi pameran antarabangsa yang berkualiti terunggul. Pameran Kereta ke-6, Pameran Kapal Layar ke-6 dan Pameran Penerbangan Perniagaan Macau ke-5 tahun ini bakal diadakan mulai 4 - 6 November 2016. Pameran darat-laut-udara ini akan melibatkan kawasan pameran seluas lebih 100,000 meter persegi. Lebih 200,000 pengunjung akan mengunjungi pameran ini dan hampir 200 jenama kereta, kapal layar dan pesawat perniagaan yang terkenal di dunia akan dipamerkan. Pameran ini akan turut disokong oleh pelbagai aktiviti, termasuk forum profesional yang menerajui trend pembangunan perindustrian, pelayaran persiaran serba baharu dan unik, pengalaman menaiki pesawat perniagaan, pelancaran produk, aktiviti melukis kanak-kanak dan pertandingan fotografi, pertandingan model, sesi merasa wain dan banyak lagi, yang memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dengan lebih dekat pengalaman gaya hidup mewah serta kepelbagaian budaya Macau.

Perhimpunan Kehormat Macau China - Pameran Kereta, Kapal Layar dan Penerbangan Perniagaan Macau tahun ini memanfaatkan sepenuhnya kelebihan lokasi Macau, yang merangkumi hingga ke kawasan Asia Tenggara dan menghubungkan pasaran antarabangsa. Ia juga turut memanfaatkan platform perniagaan dan perkhidmatan negara-negara Portugis, serta dapat menyelaraskan strategi pembangunan Kerajaan Pusat dan juga SAR Macau, seperti "Satu Jalur, Satu Jalan," "Jalan Sutera Maritim" dan "Perjalanan Bebas HK-Macau". Menerusi pameran ini juga, industri ini dapat meningkatkan skala dan kualitinya selain dapat menggalakkan kemajuan secara aktif untuk industri perdagangan mewah, pelancongan, riadah dan industri-industri lain di Macau, agar dapat menambah aspek kecergasan serta kekuatan yang baharu buat industri pelancongan di rantau ini.

Pelbagai kejutan disediakan untuk Pameran Kereta, Kapal Layar dan Penerbangan Perniagaan bagi Perhimpunan Kehormat Macau China tahun ini. Sertai kami di acara ini mulai 4 - 6 November 2016!

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161104/0861611618

Source: China Macau Distinguished Gathering Organizing Committee
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Maritime/Shipbuilding Transportation Travel