omniture

Cox & Kings Dipilih sebagai 'Pengendali Jelajah Kegemaran India' di Condé Nast Traveller India Readers' Travel Awards 2016

Cox & Kings
2016-12-06 11:49 458

MUMBAI, India, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Cox & Kings dinobat sebagai pemenang bagi Condé Nast Traveller Reader's Travel Awards (RTA) edisi keenam apabila ia berjaya meraih gelaran berprestij sebagai Pengendali Jelajah kegemaran India. Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di The Lodhi, New Delhi, diraikan penuh kemewahan dan glamor, bagi meraikan pemenang terbaik dalam kalangan terbaik untuk industri pelancongan, diundi oleh pelancong bijak serta pembaca majalah yang dibaca secara meluas.

   (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161205/445392 )

Mengulas tentang kemenangan anugerah itu, Peter Kerkar, Pengarah, Cox & Kings Ltd. berkata, "Ia suatu penghormatan kerana dapat meraih anugerah daripada majalah pelancongan utama India yang mempunyai komitmen yang serupa dengan kami, dalam usaha memberi pengalaman perjalanan terbaik kepada pelancong yang bijaksana. Kami amat berbangga kerana diiktiraf sebagai yang terbaik dalam segmen perniagaan ini oleh pembaca yang merupakan mereka yang berpengalaman dan penggemar pelancongan."

Condé Nast Traveller RTA terkenal di seluruh dunia dan dianggap sebagai anugerah paling berprestij dalam industri ini. Ia mengiktiraf yang terbaik dalam sektor perjalanan, pelancongan dan hospitaliti, seperti yang dipilih oleh pembaca Condé Nast Traveller yang berpengaruh. Audiensnya merupakan mereka yang berpengaruh dalam industri pelancongan dan mengundi syarikat kegemaran mereka dalam pelbagai kategori menerusi tinjauan tahunan.

Latar Belakang Cox and Kings Ltd.: (BSE: 533144 | NSE: COX&KINGS) 

Cox & Kings Ltd. ('C&K') ialah kumpulan perjalanan santai dan pendidikan utama yang beroperasi di 23 negara merentasi 4 benua. Ia merupakan salah sebuah syarikat pelancongan paling berpengalaman di dunia, dan telah beroperasi sejak tahun 1758. Beribu pejabat di India, sejak lebih tiga dekad lalu, C&K telah mengubah syarikatnya menjadi konglomerat yang pelbagai dan multinasional dengan memberi tumpuan terhadap pengguna global era baharu.

C&K beroperasi dalam tiga vertikal utama; Santai, Pendidikan dan Hotel Hibrid.

Santai-India amat terkenal dengan jenama Cox & Kings yang terunggul di India, yang mana kami merupakan syarikat pelancongan bersepadu, menawarkan pilihan perjalanan terbaik dan paling luas kepada individu, kumpulan dan syarikat dalam ekonomi utama yang berkembang paling pantas di dunia.

Pendidikan beroperasi menerusi jenama-jenama PGL dan NST, antaranya. PGL dan NST merupakan peneraju pasaran dalam pembelajaran berasaskan pengalaman di UK dan kami berhasrat untuk memperkenalkan jenama-jenama ini ke serata dunia; baru-baru ini kami telah menembusi pasaran Australia.

Kami mengendalikan 16 hotel hibrid di Eropah menerusi jenama Meininger. Proposisi jualan unik kami ialah kami mampu memberikan pengembara bandar dengan kualiti kebersihan, keselamatan dan penginapan di lokasi pusat bandar menerusi harga berpatutan.

Segala butiran lanjut, hubungi thomasct@coxandkings.com

Source: Cox & Kings
Related Stocks:
Bombay:533144
Keywords: Travel Awards