omniture

emoji company GmbH Umum Perjanjian dengan Sony Pictures Animation berhubung The Emoji Movie

emoji Company GmbH
2017-01-17 08:01 612

HAMBURG, Jerman, 17 Januari 2017 /PRNewswire/ -- emoji company GmbH dan Sony Pictures Animation (SPA) hari ini mengumumkan kedua-dua pihak telah memeterai satu perjanjian pelesenan berhubung tanda dagangan berdaftar emoji® daripada emoji company. Perjanjian ini membabitkan penggunaan istilah "emoji" berkaitan dengan program pembarangan dunia SPA bagi tayangan filem komedi SPA akan datang The Emoji Movie, yang akan mula ditayangkan di pawagam pada 11 Ogos 2017.

Kedua-dua pihak akan menawarkan rangkaian ikon dan watak unik mereka serta menyasarkan pasaran-pasaran berbeza.

     (Logo: http://mma.prnewswire.com/media/457552/emoji_brand_Logo.jpg )

     (Foto: http://mma.prnewswire.com/media/457553/Marco_Huesges.jpg )

"Kami gembira kerana dapat memeterai perjanjian ini bersama Sony Pictures," kata Marco Huesges, Ketua Pegawai Eksekutif emoji company. "Tiada sebarang kekeliruan yang timbul dalam pasaran memandangkan produk-produk SPA berasal daripada kandungan filem wayang gambar The Emoji Movie yang asli dan proprietari, manakala emoji company pula menawarkan ikon-ikon yang dihasilkan sendiri dengan wajah & gaya klasik yang terkenal daripada Unicode."

Hubungi:
emoji company GmbH
Herr Jose Eiroa Santiago
Telefon: +49(0)2132-6719983
E-Mel:  jose@emoji-company.com

Sumber: emoji Company GmbH

Source: emoji Company GmbH
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Telecommunications Contracts