omniture

Sensasi Dalam Talian, Anna Victoria Lancar Team Triaction

Triumph
2017-02-22 08:00 637

LONDON, 22 Februari 2017 /PRNewswire/ --

  • Lima Kisah Inspirasi oleh Lima Wanita yang Memberi Inspirasi  
  • Carilah yang Menggerakkan Anda 

Bagi meraikan penampilan sulung koleksi Triaction Musim Bunga/Musim Panas 17', Triumph mengumumkan pelancaran satu kempen dalam talian, menampilkan lima wanita yang memberi inspirasi, yang berkongsi kisah-kisah peribadi mereka melibatkan kecergasan dan kesejahteraan, sambil menyahut satu siri cabaran bersukan bagi menguji minda dan tubuh. 

generated by system

Team Triaction diketuai oleh individu sensasi dalam talian, Anna Victoria, iaitu penulis blog kecergasan antarabangsa yang terkemuka serta pengasas 'Fit Body Guide'. Anna akan turut disertai oleh jurulatih kecergasan yang berpusat di UK dan pengarang 'Clean Eating Alice', Alice Liveing; Penari dan personaliti TV Jerman Isabel Edvardsson; Pemain Pedang Olimpik Itali, Margherita Granbassi serta pembawa pengaruh kecergasan dan gaya Poland, Anna Skura.

Perjalanan bermula apabila Anna Victoria menyediakan cabaran untuk Team Triaction, menugaskan wanita-wanita tersebut menunjukkan aksi mereka dalam bidang sukan yang belum pernah berani dicuba sebelum ini. Team Triaction akan menyahut cabaran sukan mereka, membawa mereka daripada studio kepada aktiviti-aktiviti kardio menerusi gaya Triaction terkini untuk musim ini, yang akan diuji tahap kesesuaian dan kawalan lantunannya oleh para pesaing sengit.

Kempen tersebut akan membawakan siri kardio Dynamic LITE yang inovatif seperti gaya utama musim ini, Hybrid Lite P, coli mangkuk peruang berpad nipis dengan 74% pengurangan lantunan dan Extreme Lite N, coli ringan tanpa dawai dan tanpa pad untuk memberikan bentuk semula jadi dan 77% kawalan lantunan keseluruhan. Siri ini turut menyediakan padanan penutupan depan Control Boost F, yang memberikan sokongan sempurna untuk saiz payudara yang lebih besar dan kadar kawalan lantunan keseluruhan sebanyak 73%, serta Control Lite, coli sukan pengecil dengan mangkuk yang dibentuk lebih padat dan Comfort Wire yang memberikan 78% kawalan lantunan.

Bagi cabaran studio pula, Team Triaction akan mencuba gaya-gaya termasuk Magic Motion MWP, coli sukan berpad dengan teknologi Magic Wire Air inovatif yang lembut apabila disentuh dan coli tolakan ke atas (push-up) Magic Motion MWHU yang memberikan daya angkat tambahan kepada payudara sambil menawarkan sehingga 65% kawalan lantunan yang diperakui. Rangkaian produk ini turut membawakan pilihan coli tanpa dawai, berpad dan berwayar Free Motion, memberikan keselesaan luar biasa, pengkonturan semula jadi dan butiran penuh gaya.

Anna Victoria mengulas sebelum pelancaran, "Saya berasa teruja kerana berpeluang untuk mencuba sesuatu yang belum pernah saya cuba sebelum ini. Triaction by Triumph memberi saya peluang untuk mencabar diri saya dan memimpin pasukan yang terdiri daripada wanita-wanita luar biasa dalam satu perjalanan yang memperkasakan, yang benar-benar akan menguji kami semua."

Latar Belakang Triaction by Triumph 

Triumph berusaha menyediakan wanita moden yang pelbagai ragam dengan coli yang benar-benar sesuai untuk sebarang keadaan. Triaction by Triumph dilancarkan untuk wanita yang sering bersenam dan untuk mereka yang bersedia mencuba untuk beraksi dalam sukan. Ia adalah buat mereka yang menjalani gaya hidup aktif, bersenam untuk sihat, selain juga untuk bersosial, dengan berkongsi jarak berlari melalui aplikasi mereka, menghadiri kelas-kelas dan mendorong rakan-rakan untuk mencapai sasaran mereka. Menerusi suasana bersukan dengan elemen sosial ini, wanita yang mementingkan gaya ingin kelihatan menarik dan memperoleh sokongan yang bagus. Mereka ingin memakai pakaian sukan ke tempat kerja, di dalam dan luar gimnasium, tanpa mengabaikan gaya untuk memanfaatkan fungsi dan sebaliknya.

Triaction menawarkan penyelesaian terbaik: coli Triumph dengan padanan kegemaran yang mengikuti perkembangan, amat memberi sokongan, selesa dan tidak membonjol. Dengan menyediakan padanan untuk setiap bentuk, koleksi ini juga mempunyai kawalan lantunan yang diperakui oleh Kumpulan Penyelidik Kesihatan Payudara, University of Portsmouth yang terkenal di dunia.

Triaction by Triumph turut menyediakan gentian LYCRA® SPORT, direka secara saintifik demi menyediakan kuasa pemulihan luar biasa, kesesuaian dan kebebasan pergerakan.

Carilah Satu yang menggerakkan anda: pilih Triaction.

Sumber: Triumph

Source: Triumph
Keywords: Advertising Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Sports New products/services Women-related news