omniture

SpyHunter® Enigma Software Group Atasi Antiperisian Hasad Malwarebytes dalam AV-TEST Bandingan

Enigma Software Group USA, LLC
2017-05-28 15:12 461

CLEARWATER, Florida, 28 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Enigma Software Group USA, LLC (ESG) mengumumkan produk antiperisian hasad SpyHunter® terkenalnya, dapat mengatasi produk pesaing yang ditawarkan oleh Malwarebytes Inc., Emsisoft Ltd., dan lain-lain dalam ujian pengesanan dan pemulihan perisian hasad secara perbandingan yang dijalankan oleh AV-TEST GmbH, institut pengujian keselamatan IT bebas yang amat disegani. Laporan ini disediakan dalam Laporan Pengujian Pemulihan Perbandingan AV-TEST. Dalam ujian ini, SpyHunter mencapai skor keberkesanan sebanyak 98% dan membersihkan semua komponen aktif dalam perisian hasad yang terpasang.

Ryan Gerding, jurucakap ESG berkata tentang berita ini, "Kami berpuas hati dapat menerima pengesahan bebas tentang apa yang telah kami sedia maklum: SpyHunter® ialah salah satu produk antiperisian hasad terbaik dalam pasaran. Kami berbesar hati kerana menerima skor keberkesanan sebanyak 100% pada bulan Februari 2017 daripada AV-TEST dan ia suatu yang hebat kerana dapat menyaksikan skor ini dibuktikan melalui keputusan perbandingan yang berjaya berbanding pesaing kami. Seperti yang mungkin anda jangkakan, para jurutera kami kini kembali semula ke makmal untuk menjadikan SpyHunter® lebih baik."

ESG telah menerima pensijilan daripada OPSWAT dan TRUSTe. Penilaian pihak ketiga yang baik ini memperlihatkan kepercayaan industri dan orang awam terhadap ESG dan pengiktirafan bagi keberkesanan SpyHunter®.

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC

Enigma Software Group USA, LLC ialah penyepadu sistem dan pembangun perisian keselamatan PC bertaraf antarabangsa milik persendirian, dengan pejabat gabungannya berada di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman penyesuaian dan pengesanan ancaman keselamatan PC, selain pembaikan khas perisian hasad untuk jutaan pelanggan mereka di seluruh dunia. ESG terkenal dengan SpyHunter®, perkhidmatan dan produk perisian antiperisian hasad. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ESG, kunjungi www.enigmasoftware.com.

Berhubung dengan ESG melalui Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/452052/Enigma_Software_Logo.jpg

Source: Enigma Software Group USA, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security