omniture

XCMG Perkenal Pengorek Hidraulik 700-tan, Sediakan Asas untuk Kawasan Perindustrian Jentera Perlombongan

XCMG
2018-04-16 19:38 873

XUZHOU, China, 16 April 2018 /PRNewswire/ -- Jentera pengorek hidraulik 700-tan pertama daripada XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, melancarkan barisan pemasangan canggih oleh syarikat di Xuzhou, China, menandakan era baharu untuk pengilangan peralatan berat Cina. Kejayaan pembangunan dan pengeluaran XE7000E baharu itu menjadikan China sebagai negara keempat di dunia yang mempunyai keupayaan mengeluarkan pengorek 700-tan selepas Jerman, Jepun dan A.S.

XCMG Unveils 700-ton Hydraulic Excavator, Laying Foundation for Mining Machinery Industrial Base
XCMG Unveils 700-ton Hydraulic Excavator, Laying Foundation for Mining Machinery Industrial Base

Pengorek hidraulik 700-tan ini dikuasakan oleh dua motor 1,700 kuasa kuda yang dapat menghasilkan daya lebih kuat berbanding dua kereta kebal Type 99. Beratnya bersamaan dengan 500 kereta sedan dan berukuran 23.5 meter (77 kaki) panjang. XE7000E boleh mencapai daya tujahan maksimum sebanyak 243 tan dan daya mengorek sehingga 230 tan, manakala timbanya boleh mengorek sehingga 50 tan arang batu bagi setiap pengaup. Ia dapat memuatkan dan mengangkut 30,000 tan arang batu sepanjang lapan jam, tahap kecekapan tinggi yang merupakan satu pencapaian penting untuk industri perlombongan China.

"Saya berasa amat bangga terhadap pasukan yang membantu menjadikan XE7000E suatu kenyataan. Setiap orang di XCMG berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan jentera pengorekan dan perlombongan sebagai sektor perniagaan No.1 untuk syarikat," kata Wang Min, Pengerusi dan Presiden XCMG. "Bukan sahaja kemunculan XE7000E dapat mengukuhkan kedudukan XCMG sebagai peneraju global dalam pengilangan jentera berat termaju, ia turut menyokong dan mempromosikan strategi 'Buatan China 2025' oleh China."

Ketika membangunkan roda pemacu, roda pandu, roda sokongan, roda tunggangan dan perangkak pengorek hidraulik, serta strategi kawalan dwimotor permulaan perlahan yang inovatif, XCMG memperoleh 52 paten dan tuntutan harta intelek bebas sewaktu mereka bentuk dan membangunkan XE7000E, yang kini merupakan pengorek hidraulik muatan terbesar dalam negara.

XCMG telah melabur sebanyak 1.8 bilion yuan (US$285.62 juta) untuk membangunkan kawasan perindustrian jentera perlombongan berkeluasan 94 ekar yang melibatkan pusat pemesinan pengisaran penggerekan yang luas, robot pemateri pintar dan turut menumpu usaha-usaha penyelidikan & pembangunan (R&D) terhadap peralatan nyahtekanan, pengesanan laser dan alatan mengukur untuk komponen-komponen struktur bersaiz besar.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180416/2105534-1

Source: XCMG
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Machinery Transportation Corporate Expansion New products/services