omniture

Komited Sokong Inisiatif Jalur dan Jalan China, XCMG Menang Besar dalam Pasaran Antarabangsa

XCMG
2018-10-19 21:45 1861

XUZHOU, China, 19 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, menyambut ulang tahun kelima Inisiatif "Jalur dan Jalan" (BRI) China dengan kejayaan penting dalam pasaran global, khususnya dalam pasaran negara-negara yang terlibat dalam inisiatif tersebut. Beberapa minggu kebelakangan ini, XCMG memperoleh kira-kira USD 13 juta pesanan dalam pasaran Amerika Selatan, ASEAN dan Afrika, termasuk:

  • Pesanan untuk 70 mesin pengorek XE 150BR ke Brazil, mencatat rekod baharu untuk pesanan eksport tunggal ke negara berkenaan. Peralatan tersebut, dibangunkan bersama-sama kilang XCMG di Brazil, akan digunakan dalam projek-projek tempatan seperti penyelenggaraan jalan raya dan pembinaan jambatan.
  • Ratusan mesin pengorek dan lori pembuang digunakan untuk landasan kereta api laju Jakarta-Bandung, Indonesia, satu projek mercu tanda BRI, yang panjangnya 150 kilometer dan melibatkan pelaburan sebanyak US$5.135 bilion.
  • Eksport kren XGT8075-40, kren menara atas-rata muatan terbesar syarikat, ke Bolivia di Amerika Selatan, yang akan membantu pembinaan stesen hidrokuasa. XGT8075-40 baharu itu membezakannya dengan beberapa reka bentuk asal termasuk sistem pengurusan pintar AMCS.
Sri Lanka Delegation led by Minister of Public Administration & Management and Law & Order Hon. R. M. Ranjith Madduma Bandara Visits XCMG.
Sri Lanka Delegation led by Minister of Public Administration & Management and Law & Order Hon. R. M. Ranjith Madduma Bandara Visits XCMG.

"Saya berbesar hati dan gembira kerana XCMG dapat menyediakan produk-produk bertaraf dunia serta sokongan teknikal kepada negara-negara yang terlibat dalam Inisiatif 'Jalur dan Jalan', namun demikian, perjalanan kami masih jauh untuk mendaki ke puncak 'Everest' dalam industri jentera pembinaan, maka kami perlu merealisasikan idea dan meningkatkan usaha," ujar Wang Min, Pengerusi XCMG.

Pada bulan Ogos, enam jumbo gerudi tiga lengan XCMG dan satu penyembur konkrit diangkut ke tapak pembinaan di India bagi membantu pembinaan infrastruktur tempatan. Dalam dua tahun lalu, XCMG komited untuk membangunkan produk-produk penerowongan yang dapat mengatasi persekitaran geologi yang rumit.

Di samping itu, bulan lalu, satu delegasi yang diketuai oleh Menteri Pentadbiran & Pengurusan Awam dan Undang-undang & Perintah Yang Mulia R. M. Ranjith Madduma Bandara, melawat ibu pejabat XCMG dan memberikan pujian tinggi terhadap perkembangan syarikat yang menjadi antara enam pengeluar jentera pembinaan terbaik, selain produk-produknya yang andal dan inovatif.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181018/2272016-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation Contracts