omniture

ZTE bakal bawakan sorotan 5G-A cemerlang ke MWC 2024, membentangkan masa depan pintar

ZTE Corporation
2024-02-26 15:13 29

BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, dengan bangganya mendedahkan sorotan 5G-A semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk menyerlahkan potensi penuh teknologi 5G dan mencipta nilai yang tidak terhingga.

Unveiling ZTE 5G-A Highlights at MWC2024
Unveiling ZTE 5G-A Highlights at MWC2024

Infrastruktur Hijau Mengejar Keluk Sempurna Bit-Watt

  • Platform radio kecekapan PA malar yang pertama dalam industri untuk prestasi optimum

Platform radio yang terkini ini mencapai kecekapan PA hampir malar, bagi memastikan prestasi yang optimum sepanjang masa. Ini mengupayakan kecekapan PA dengan mata peratusan 25-30 lebih tinggi dan penggunaan kuasa RRU 35% lebih rendah berbanding purata industri.

  • 0 bit 0 watt dengan hibernasi pertama dalam industri

Teknologi hibernasi pertama industri ini digunakan secara meluas merentas lebih 300,000 AAU untuk mengurangkan penggunaan kuasa AAU hingga serendah 5 watt apabila tiada trafik. Teknologi ini turut diaplikasikan kepada RRU, membantu mencapai penggunaan kuasa serendah 3 watt apabila tiada trafik. Bagi sel kecil, hibernasi membolehkan 0 watt untuk pRRU apabila tiada trafik dan sel ini boleh dihidupkan dalam beberapa saat apabila terdapat sebarang percubaan untuk mengakses perkhidmatan.

5G-A B2C: Pengalaman 10Gbps+ Lancar

  • Uni-Radio mengupayakan pemudahan tapak dengan radio 10 kali lebih sedikit

Uni-Radio (A+P) mencapai penyepaduan yang sangat dipermudahkan dengan 7-jalur menjadi 1, dengan AAU dwi-jalur, UBR 5-jalur unik dalam industri ini dan antena jalur-penuh FDD, lalu mencapai pengurangan unit radio daripada 10 kepada 1.

  • RRU 12TR unik dalam industri menjadi amat hijau, membolehkan kecekapan tenaga terunggul

RRU 12TR dwi-jalur yang unik dalam industri ini berkembang berdasarkan kepada platform baharu, mencapai kecekapan PA hampir malar. Ini membolehkan penggunaan kuasa RRU 35% lebih rendah berbanding purata industri. Dengan pengumpulan RF pertama dalam industri ini, RRU 12TR mengupayakan perkongsian kuasa output antara-sektor. Bagi sebarang sektor tertentu, 4*120W boleh digunakan sebagai 4x160W, lalu mencapai kecekapan kuasa yang lebih tinggi.

  • MIMO Besar-besaran FDD penyepaduan tertinggi dalam industri menerobos sempadan kapasiti 4G lebih jauh lagi

MIMO Besar-besaran FDD tiga-jalur menyokong semua RAT bermula daripada 2G hingga 5G dan NB-IoT dengan kuasa output 640W mengagumkan hanya dalam 115L, mencapai peningkatan daya pemprosesan sehingga 6 kali ganda. Di samping itu, pembentuk alur AI meningkatkan prestasi MIMO Besar-besaran FDD sebanyak 30%, sementara DSS tahap-alur unik dalam industri ini mengoptimumkan penggunaan spektrum, lalu mencapai tambahan perolehan kadar data sebanyak 10%.

  • Lebar jalur terbesar industri mmWave AAU memperkasa pengalaman 5G-A 10Gbps+

Lebar jalur 1.6GHz terbesar dalam industri mmWave AAU ini mengupayakan sel tunggal mencapai kapasiti 28Gbps+, seterusnya memperkasa pengalaman 10Gbps+. Ia berfungsi untuk pelbagai senario termasuk akses tanpa wayar tetap (FWA), angkut balik mudah alih lebar jalur besar dan penyiaran langsung UHD, antara lain.

5G-A B2B: Penyepaduan Rangkaian-Awan, Penjayaan Perkhidmatan dalam Sejam

  • UniEngine: Penyelesaian 5G persendirian semua-dalam-satu-kotak untuk pengeluaran teras

UniEngine merealisasikan penyepaduan semua-dalam-satu teras 5G, RAN 5G dan O&M dipermudah, sambil menyediakan pengkomputeran yang berkuasa bagi mengupayakan penggunaan aplikasi pihak ketiga yang mudah. Peningkatan keupayaan berketentuan RAN menawarkan jaminan perkhidmatan yang jauh lebih baik. O&M dipermudah membantu dengan signifikan walaupun perusahaan yang kurang berpengalaman dalam melancarkan rangkaian 5G persendirian mereka dan mengupayakan pemantauan prestasi perkhidmatan hujung-ke-hujung.

  • 5G-A CampSite dalaman mencipta kemungkinan baharu untuk penyiaran TV dan hiburan VR

CampSite bersaiz beg pakaian mudah digunakan oleh seorang individu. Ia mengintegrasikan komunikasi dan pengkomputeran, membolehkan persediaan rangkaian 5G-A dalam tempoh sejam. Di samping itu, dengan kemasukan MiCell, penyelesaian mikro-sel teragih mmWave dan pengumpulan IF yang pertama dalam industri ini, ia mencapai liputan 2,500m2, menyediakan paut turun sehingga 6Gbps atau paut naik 4Gbps, dengan kependaman ultra-rendah 4ms@99.99% dan keandalan tinggi. CampSite memudahkan keadaan penggunaan baharu seperti penyiaran TV berkuasa 5G, hiburan VR berskala besar tanpa wayar dan tanpa beg galas, antara lain.

5G-A B2X: Merangsang Ekonomi Baharu

  • Rangkaian 5G-A ultra-andal dan penyepaduan pinggir-awan merealisasikan V2X cekap kos untuk pengangkutan pintar

ZTE menggunakan rangkaian V2X bersepadu kenderaan-jalan-raya-awan berasaskan 5G-A yang pertama, memperkasa pemanduan berautonomi dan meningkatkan kecekapan trafik. Rangkaian ultra-andal dan pinggir-awan pada stesen-utama mencapai kependaman 20ms@99.99%, mengupayakan pemanduan berautonomi L4 untuk kenderaan L2 pada kelajuan sehingga 60km/j.  

  • 5G-A NTN merealisasikan sambungan sejagat melalui penyepaduan ruang-darat

ZTE membangunkan stesen utama darat NTN pertama dalam industri dan menyelesaikan percubaan terus-ke-sel 5G IoT-NTN yang pertama di dunia ke atas jalur-S serta percubaan maritim pertama dalam industri ini selain percubaan makmal dan lapangan NR-NTN. Usaha ini bertujuan untuk memberikan keupayaan bagi komunikasi kecemasan, IoT kawasan luas dan perkhidmatan internet.

Kecerdasan Merata: Mencapai Kecekapan Tinggi Menyeluruh

  • 5G-A BBU, integrasi komunikasi dan pengkomputeran untuk aplikasi AI beraneka

5G-A BBU mencapai penyepaduan lancar bagi keupayaan komunikasi dan pengkomputeran. Dengan memanfaatkan keupayaan pengkomputerannya, AI natif stesen-utama meningkatkan kecerdasan RAN, memberi jaminan perkhidmatan yang amat cekap untuk meningkatkan trafik, melaksanakan strategi penjimatan kuasa yang lebih tepat dan memudahkan O&M rangkaian berautonomi L4. Dengan membuka sumber pengkomputeran kepada pihak ketiga, penggunaan aplikasi cekap kos di stesen utama mungkin dapat dicapai, mempelbagaikan rangkaian aplikasi baharu.

  • AIGC memperkasa uSmartNet komersial digunakan semasa acara sukan besar-besaran di Asia

Berdasarkan kepada AIGC dan teknologi kembar digital, uSmartNet ZTE mencapai jaminan permainan pintar yang pertama dalam industri ini semasa acara ini. Pencapaian ini menyebabkan tiada isu besar dan tiada aduan pelanggan yang besar, lantas meningkatkan kecekapan operasi sebanyak 15% dan mengurangkan beban kerja sebanyak 30%. 

LATAR BELAKANG ZTE:
ZTE membantu menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik. Syarikat menyediakan teknologi inovatif dan penyelesaian bersepadu, sementara portfolionya merangkumi semua siri tanpa wayar, talian dawai, peranti dan perkhidmatan telekomunikasi profesional. Menawarkan perkhidmatan kepada lebih satu perempat daripada populasi global, ZTE mengkhusus untuk mencipta ekosistem digital dan pintar, serta membolehkan ketersambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja. ZTE disenaraikan pada kedua-dua Bursa Saham Hong Kong dan Shenzhen. www.zte.com.cn/global

IKUTI KAMI:
Facebook www.facebook.com/ZTECorp
Twitter www.twitter.com/ZTEPress
LinkedIn www.linkedin.com/company/zte
YouTube www.youtube.com/@ZTECorporation

PERTANYAAN MEDIA:
ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Broadcast Technology Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Mobile Entertainment Radio Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Television New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things