omniture

Deloitte Mengumumkan Hasil Mencatat Rekod Sebanyak $34.2 bilion

Deloitte
2014-09-24 12:00 99

- Permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan menghasilkan pertumbuhan firma ahli terkumpul bagi tahun kelima berturut-turut, sebanyak 6.5 peratus dalam mata wang tempatan bagi tahun kewangan 2014.

- Permintaan untuk rundingan terutamanya sangat kukuh dengan pertumbuhan pada 10.3 peratus

- Pertumbuhan kukuh juga dialami oleh Cukai & Perundangan (7.7 peratus), Khidmat Nasihat Kewangan (6.8 peratus), dan Perkhidmatan Risiko Perusahaan (4.2 peratus)

- Sejajar dengan komitmen rangkaian Deloitte untuk memberikan nilai kepada masyarakat yang lebih luas, rangkaian itu melabur hampir $190 juta dalam masyarakat seluruh dunia agar dapat menangani cabaran sosial dan kemanusiaan.

NEW YORK, 24 September 2014 /PRNewswire/ -- Firma ahli Deloitte (Deloitte) melaporkan hasil terkumpul yang mencatatkan rekod hari ini sebanyak AS $34.2 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mei 2014. Dalam tahun pertumbuhannya yang kelima berturut-turut, Deloitte menyaksikan permintaan melonjak untuk pelbagai perkhidmatannya dalam semua rantau di dunia. Hasil terkumpul organisasi itu mewakili pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus dalam mata wang tempatan, atau 5.7 peratus dalam dolar AS.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140919/147305-INFO

Pertumbuhan telah didahului oleh Rundingan, yang mengalami pertumbuhan digit berganda (10.3 peratus dalam mata wang tempatan), diikuti oleh Cukai & Perundangan (7.7 peratus). Khidmat Nasihat Kewangan dan Perkhidmatan Risiko Perusahaan juga mengalami pertumbuhan kukuh dengan 6.8 peratus dan 4.2 peratus masing-masing. Audit mengalami pertumbuhan sebanyak 2.5 peratus, mencerminkan pertumbuhan walau pun selepas mengambil kira pelaburan rangkaian itu yang signifikan dalam kualiti sekitar perkhidmatan auditnya.

Pertumbuhan Deloitte mencerminkan komitmennya untuk menyediakan klien dengan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui model berbilang disiplin, memberikan penyelesaian inovatif daripada strategi sehingga ke pelaksanaan. Keperluan klien yang bertambah tercetus daripada globalisasi dan perubahan dalam model perniagaan, teknologi, dan peraturan dijangka akan memacu peluang lebih jauh lagi dalam tahun akan datang. Rangkaian itu juga mempunyai komitmen teguh terhadap pertumbuhan dan pembangunan kakitangannya, dengan lebih daripada 63,000 profesional menerima latihan melalui kurikulum Universiti Deloitte dalam tahun fiskal lepas.

"Dengan memecah pasaran baharu berkali-kali, Deloitte terus terbukti mampu menangani gangguan besar yang dihadapi klien, kakitangan kami, serta masyarakat tempat kami beroperasi," kata Barry Salzberg, Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte Touche Tohmatsu Limited. "Firma ahli kekal fokus terhadap kemampuan unik mereka untuk memenuhi keperluan khusus klien mereka melalui pelbagai kemahiran berbeza, pengetahuan industri mendalam dan pelaburan strategik, sambil menguatkan kepercayaan dalam pasaran, menggaji dan membangunkan bakat terbaik, dan memberikan nilai kepada masyarakat."

Kepimpinan Industri Global

Apabila berhadapan dengan gangguan dari bermacam arah – perubahan digital, perubahan geopolitik, dan pergolakan ekonomi, serta keperluan untuk menganalisis data besar, menangani risiko siber, mengemudi peraturan baharu, dan mengurus krisis – klien bergantung kepada Deloitte untuk penyelesaian inovatif. Oleh itu, Deloitte akan terus melabur dengan banyak ke dalam inovasi, dengan penekanan diberi terhadap memacu pembezaan dalam perniagaan terasnya. Ini termasuklah pelaburan dalam teknologi, analitik lanjutan, model perniagaan baharu dan penyelesaian terkhusus sektor, serta orang ramai seluruh dunia, bagi menyediakan perkhidmatan yang terunggul.

Salah satu contohnya adalah komitmen Deloitte bagi mengaudit kualiti dan inovasi. Audit memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan orang ramai serta pasaran modal dan merupakan asas kerja Deloitte. Perkhidmatan audit Deloitte yang tertumpu kualiti dan inovatif menyediakan suite menyeluruh kemampuan yang memberikan maklumat dan nilai lebih dalam, termasuk teknologi terkini, terutamanya analitik data lanjutan dan pelaporan pengaudit dipertingkat.

"Sebagai peneraju dalam profesion kami, Deloitte melibatkan diri dengan pengawal selia seluruh dunia untuk menggalakkan perubahan yang perlu serta meningkatkan kualiti untuk semua pihak berkepentingan. Deloitte adalah salah satu daripada penyedia paling dipercayai seluruh dunia untuk perkhidmatan audit dan rangkaian kami akan terus menumpukan kepada penyediaan pengalaman berkualiti tinggi yang unik dalam tanggungjawab yang penting ini terhadap perniagaan, pasaran modal dan masyarakat," tambah Salzberg.

Deloitte terus diiktiraf oleh klien, juruanalisis dan pihak berkepentingan lain di peringkat kebangsaan dan dunia sebagai peneraju global dalam perkhidmatan profesional merentasi himpunan kemampuan yang paling berkepelbagaian. Tahun lepas, firma ahli Deloitte telah menerima bilangan kepujian yang mencatat rekod dan telah diiktiraf dalam perkhidmatan kukuh serta memuncul, seperti Analitik, Perubahan Digital dan Data, Keselamatan Siber, Perubahan Kewangan, Modal Insan, Risiko, Strategi & Pengendalian, Kemampanan, Cukai, dan Teknologi serta dalam industri seperti Perkhidmatan Kewangan, Sains Hayat dan Penjagaan Kesihatan, dan Sektor Awam, antara lainnya.

Pertumbuhan Global

  • Firma ahli negara-negara benua Amerika mendahului pertumbuhan serantau dengan 7.5 peratus terkumpul dalam mata wang tempatan; pertumbuhan yang terkuat berlaku dalam negara Amerika Latin berbahasa Sepanyol atau LATCO (14.1 peratus) dan Brazil (10.6 peratus). Amerika Syarikat, ahli firma terbesar dalam rangkaian itu, menghasilkan pertumbuhan yang memberangsangkan, mendahului dengan peningkatan sebanyak 11.3 peratus dalam Rundingan.
  • Ahli firma Eropah, Timur Tengah, dan Afrika (EMEA) bertumbuh sebanyak 5.8 peratus terkumpul dalam mata wang tempatan. Khususnya, Itali (11.5 peratus), Jerman (11.8 peratus) dan Perancis (10.5 peratus) menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun kewangan 2013. Hasil terkumpul bagi subrantau Afrika bertumbuh pada kadar mengagumkan sebanyak 17.6 peratus.
  • Ahli firma Asia Pasifik mengalami pertumbuhan gabungan sebanyak 4.9 peratus dalam mata wang tempatan, naik daripada 3.1 peratus dalam tahun kewangan 2013. Jepun merupakan penyumbang penting kepada keputusan serantau pada pertumbuhan sebanyak 5.1 peratus, manakala India dan New Zealand mengalami pertumbuhan dalam digit berganda.
  • Deloitte terus melabur dalam pasaran memuncul dan pertumbuhan seluruh dunia. Pasaran strategik ini bertumbuh sebanyak 10.9 peratus terkumpul dalam tahun kewangan 2014.

Pertumbuhan Merentasi Semua Perniagaan Global

  • Rundingan, perniagaan terbesar dalam rangkaian itu, turut menunjukkan pertumbuhan paling kukuh dalam tahun kewangan 2014, pada 10.3 peratus dalam mata wang tempatan, dipacu oleh prestasi mengagumkan dalam rangkaian perkhidmatan Strategi & Pengendalian (10.5 peratus pertumbuhan), Teknologi (10.3 peratus pertumbuhan), dan Modal Insan (9.6 peratus pertumbuhan). Perniagaan itu mengalami pertumbuhan merentasi semua industri, didahului oleh peningkatan sebanyak 26 peratus dalam hasil Sains Hayat & Penjagaan Kesihatan serta pertumbuhan digit berganda dalam Tenaga & Sumber, Sektor Awam, Teknologi, dan Media & Telekomunikasi.
  • Audit bertumbuh sebanyak 2.5 peratus terkumpul dalam mata wang tempatan, meningkat daripada 1.9 peratus semasa tahun kewangan 2013. Kebanyakan industri melaporkan pertumbuhan positif bagi Audit, terutamanya sekali Perkhidmatan Kewangan, Perniagaan Pengguna, Teknologi, Media & Telekomunikasi, dan Tenaga dan Sumber. Industri Perkhidmatan Kewangan membentuk 30 peratus daripada hasil Audit rangkaian itu seluruh dunia.
  • Perkhidmatan Risiko Perusahaan bertumbuh merentasi rangkaian itu pada kadar kukuh sebanyak 4.2 peratus dalam mata wang tempatan. Dalam tahun kewangan 2015, akan ada tumpuan khusus diberikan terhadap membangunkan lagi kawasan pertumbuhan termasuk perubahan kawalan dan jaminan, perkhidmatan dan pentadbiran risiko siber, kawal selia, dan perkhidmatan risiko.
  • Khidmat Nasihat Kewangan bertumbuh sejumlah 6.8 peratus dalam mata wang tempatan, didahului permintaan meningkat untuk perkhidmatan Penggabungan & Pemerolehan yang terbit daripada pertumbuhan yang kuat dalam aktiviti Penggabungan & Pemerolehan sedunia dan meluaskan lagi kemampuan global Deloitte, serta pertumbuhan dalam perniagaan Krisis organisasi itu yang dipacu khususnya oleh fokus kawal selia lebih tinggi dalam industri perkhidmatan kewangan.
  • Cukai & Perundangan bertumbuh sebanyak 7.7 peratus dalam mata wang tempatan, dengan pertumbuhan kukuh merentasi semua rantau yang ditonjolkan oleh pertumbuhan luar biasa dalam Perkhidmatan Majikan Global, Rundingan Pengurusan Cukai, Perkhidmatan Cukai Perniagaan Global, Cukai Tidak Langsung, dan Khidmat Penyumberan Luar. Keperluan klien yang bertambah yang terbit daripada globalisasi berterusan, perubahan model perniagaan, kemajuan teknologi, dan aktiviti kawal selia dijangka akan memacu lebih banyak peluang dalam tahun kewangan 2015.
  • Industri: Sains Hayat & Penjagaan Kesihatan mendahului pertumbuhan antara industri dengan mencatatkan pertumbuhan sejumlah 17.4 peratus dalam mata wang tempatan, peningkatan signifikan daripada pertumbuhan tahun kewangan 2013 sebanyak 12.9 peratus, diikuti oleh Sektor Awam, yang bertumbuh sebanyak 11.9 peratus. Tambahan lagi, Teknologi, Media & Komunikasi bertumbuh sebanyak 9.1 peratus terkumpul, dan Perkhidmatan Kewangan juga mencatatkan pertumbuhan kuat sebanyak 5.9 peratus.

Kerjaya Global

Kerika perniagaan Deloitte bertumbuh seluruh dunia, rangkaiannya terus mengambil dan membangunkan generasi seterusnya dikalangan pemimpin firma ahli dan global, melatih mereka untuk menjangkakan dan menangani cabaran domestik dan antarabangsa klien yang paling rumit. Dalam tahun kewangan 2014, firma ahli Deloitte menggajikan 54,000 profesional di serata dunia, menumbuhkan tenaga kerjanya sebanyak 3.7 peratus menjadi 210, 400 orang. Sewaktu tempoh ini, 63, 000 profesional Deloitte – dari 81 negara merentasi rantau – telah menyertai program bimbingan pemimpin di tiga kemudahan Universiti Deloitte di Amerika Syarikat (DU), Eropah (DU EMEA), dan India (DU India di Hyderabad).

"Profesional Deloitte memberikan nilai hebat kepada klien dan memberi semula kepada komuniti tempat tinggal mereka, dan kami komited untuk melabur dalam pembangunan mereka sebagai pemimpin. Sebab itulah kami terus memperluaskan penggunaan kurikulum Universiti Deloitte di seluruh dunia," kata Salzberg. "Pelaburan ini membantu memperkayakan lagi kerjaya, menjana kepimpinan pemikiran, dan akhirnya menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang paling dihargai klien."

Gambaran Lebih Luas: Menyediakan Nilai Sosial

Sambil dunia berhadapan cabaran ekonomi dan sosial baharu, rangkaian Deloitte sedang memecah pasaran baharu, mengaitkan objektif perniagaan dengan kemajuan sosial, kemanusiaan, dan alam sekitar. Dengan pelaburan terkumpul dalam tahun 2014 sebanyak hampir AS $ 190 juta dalam inisiatif impak kemasyarakatan dan lebih 940,000 sukarelawan dan jam kerja percuma dalam masyarakat seluruh dunia, organisasi itu komited untuk mendalamkan dan mengukuhkan hubungan yang melanjutkan kemajuan terhadap cabaran terbesar masyarakat. Deloitte telah bekerjasama dengan Social Progress Imperative – satu entiti tanpa untung yang komited untuk memperbaiki kehidupan orang seluruh dunia – dan melancarkan Program Inovasi Kemanusiaan bagi menyediakan penyelesaian inovatif boleh skala untuk memperbaiki kesediaan sektor kemanusiaan untuk bertindak balas terhadap krisis.

"Dalam beberapa tahun lepas, sudah jelas yang satu-satunya cara kita boleh benar-benar menangani cabaran besar yang dihadapi masyarakat adalah melalui tindakan bersama. Deloitte mengakui tanggungjawab kami – dan akhirnya manfaat yang diperoleh – dengan membangunkan hubungan dengan kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan perniagaan lain bagi cuba menyelesaikan semua isu ini," sambung Salzberg lagi. "Jangkaan yang perniagaan patut mengambil peranan kepimpinan dalam menangani cabaran yang dihadapi masyarakat akan terus bertumbuh, dan saya bangga Deloitte berada di barisan hadapan usaha ini."

Untuk melihat siar ini dalam talian, sila lawati www.deloitte.com/2014globalrevenue.

Tentang Deloitte 
Deloitte merujuk kepada satu atau lebih daripada Deloitte Touche Tohmatsu Limited, syarikat berhad dengan jaminan swasta UK ("DTTL"), rangkaian firma ahlinya, dan entiti berkaitan dengan mereka. DTTL dan setiap satu firma ahlinya merupakan entiti yang berasingan dan bebas mengikut undang-undang. DTTL (juga dirujuk sebagai "Deloitte Global") tidak menyediakan perkhidmatan kepada klien. Sila lihat www.deloitte.com/about untuk gambaran yang lebih terperinci tentang DTTL dan firma ahlinya.

Deloitte menyediakan perkhidmatan audit, rundingan, khidmat nasihat kewangan, pengurusan risiko, cukai, dan perkhidmatan berkaitan kepada klien awam dan swasta merentasi pelbagai industri. Dengan rangkaian firma ahli yang terhubung seluruh dunia dalam lebih daripada 150 negara dan wilayah, Deloitte membawakan kemampuan bertaraf dunia dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada klien, memberikan maklumat yang mereka perlu untuk menangani cabaran perniagaan mereka yang paling rumit. Lebih 210,000 profesional Deloitte komited untuk menjadi standard kecemerlangan.

Huraian Hasil Perniagaan dan Rantau Terkumpul

Firma Ahli Deloitte bagi Tahun Fiskal 2014 (terkumpul)


Rantau

$ Bilion

Pertumbuhan

USD

Pertumbuhan

Tempatan

% Hasil

Negara Benua Amerika

17.4

6.1%

7.5%

50.7%

Asia Pasifik

4.8

(3.0%)

4.9%

13.9%

EMEA

12.1

8.8%

5.8%

35.4%

Jumlah

34.2

5.7%

6.5%

100.0%






Perniagaan

$ Bilion

Pertumbuhan

USD

Pertumbuhan

Tempatan

% Hasil

Audit*

10.1

1.1%

2.5%

29.6%

Perkhidmatan Risiko Perusahaan*

3.2

3.6%

4.2%

9.3%

Rundingan

11.4

9.5%

10.3%

33.3%

Khidmat Nasihat Kewangan

3.0

6.0%

6.8%

8.7%

Cukai dan Perundangan

6.5

7.4%

7.7%

19.1%

Jumlah

34.2

5.7%

6.5%

100.0%






Sub Rantau

$ Bilion

Pertumbuhan

USD

Pertumbuhan

Tempatan

% Hasil

Amerika Utara

16.0

6.6%

7.3%

46.8%

Amerika Latin

1.3

0.6%

9.2%

3.9%

Asia Pasifik

4.8

(3.0%)

4.9%

13.9%

Eropah

11.2

9.1%

5.1%

32.7%

Timur Tengah

0.3

15.2%

13.5%

1.0%

Afrika

0.6

(0.2%)

17.6%

1.7%

Jumlah

34.2

5.7%

6.5%

100.0%


*Hasil terkumpul firma ahli bagi tahun fiskal sebelum ini telah menggabungkan hasil gabungan audit dan hasil perkhidmatan risiko perusahaan dan telah dilaporkan sebagai "AERS"

Angka mungkin tidak akan menghasilkan jumlah yang tertera kerana pembundaran.

Source: Deloitte
Keywords: Earnings