omniture

ABC Impact Lancar Kajian Impak 2023: Membina Penghubung Impak Perkasa Lebih 26 Juta Penduduk di Asia

ABC Impact
2024-03-28 11:00 17
  • Sejak penubuhannya pada tahun 2019, ABC Impact melakukan langkah penting, memperkasa lebih 26.9 juta orang dengan perkhidmatan penting dan mengurangkan emisi CO2 sebanyak 1.71 juta tan metrik.
  • Peluang melimpah-ruah dalam memerangi perubahan iklim melalui teknologi dan inovasi; pada tahun 2023 ABC Impact melabur dalam penyelesaian yang mengatasi pencemaran plastik global serta sisa makanan.
  • Firma ini terus mendukung dan menyokong standard industri dalam pelaburan berimpak pada tahun 2023, memperoleh pensijilan B Corp dan mengambil bahagian dalam inisiatif seperti inisiatif jantina 2X Global dan Inisiatif Penumpuan Data ESG.

SINGAPURA, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- ABC Impact, firma ekuiti persendirian impak yang terkemuka di Asia, hari ini mendedahkan edisi keempat Kajian Impak kami – berkongsi sorotan dari tahun 2023. Kajian ini menggambarkan perjalanan kami dalam menghubungkan wilayah, pengetahuan dan teknologi bagi membentuk perubahan mampan dan memberi impak di seluruh benua Asia.

Tow Heng Tan, pengerusi ABC Impact, mengenang kembali perjalanan firma ini: "Di ABC Impact, kami didorong oleh visi masa depan yang lebih baik dan keazaman untuk mengubahnya menjadi realiti. Misi kami melangkaui pelaburan semata-mata; ia tentang mencetuskan pergerakan demi impak berkekalan. Tatkala kami memasuki tahun kelima pelaburan kami, kami menyahut cabaran mendatang dengan keberanian dan keyakinan, menyedari bahawa tindakan berpandukan tujuan kami pada hari ini akan membentuk landskap hari esok."

Menjejaki Impak Boleh Ukur Kami 

Daripada dana sulung kami pada tahun 2019, ABC Impact melabur dalam 13 syarikat di seluruh Asia dan Eropah serta mencapai satu jalan keluar yang berjaya. Syarikat-syarikat portfolio kami dalam empat tema pelaburan – rangkuman kewangan dan digital, kesihatan dan pendidikan lebih baik, penyelesaian iklim dan air serta makanan dan pertanian lestari – menyampaikan hasil impak yang berikut secara kolektif untuk pihak berkepentingan:

  • 26.9 juta orang dibekalkan dengan perkhidmatan penting
  • 2.90 juta pesakit disediakan dengan akses kepada perkhidmatan rawatan kesihatan
  • 11.96 juta pelajar disediakan akses kepada kandungan pendidikan berkualiti secara digital
  • 47,100 pihak berkepentingan mendapat manfaat daripada perkhidmatan terapi autisme
  • 4.08 juta individu & perusahaan mikro mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan
  • 7.92 juta petani seluruh dunia mendapat akses kepada nasihat dan maklumat pertanian tersuai
  • 1.71 Juta tan metrik emisi CO2 dielakkan
  • 57.6 bilion liter air dijimatkan dengan mengelakkan pertanian ternakan

Membangun berdasarkan kejayaan dana sulung kami, ABC Impact melancarkan Fund II dalam Ogos 2023, memperoleh lebih AS$550 juta dalam penutupan pertama kami. Pencapaian ini mencerminkan kepercayaan dan sokongan daripada pelabur baharu termasuk dana kekayaan berdaulat Asia Tenggara serta daripada rakan-rakan kongsi sedia ada seperti Temasek Trust dan Temasek. Pengendorsan ini turut menekankan keyakinan yang semakin meningkat dalam pulangan pelaburan berimpak dan terhadap strategi pelaburan kami yang berdisiplin dan berasaskan bukti.

David Heng, Ketua Pegawai Eksekutif ABC Impact, berkata, "Pendekatan kami melangkaui pelaburan – ia mengenai kolaborasi, inovasi dan kebingkasan. Saya bertuah dapat memimpin sebuah pasukan yang berdedikasi untuk memacu perubahan positif di seluruh Asia. Kami bersama-sama mengemudi landskap pelaburan berimpak yang kompleks, memanfaatkan kepakaran kolektif kami untuk membuka peluang dan mengatasi cabaran mendesak. Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi, kami bersiap sedia untuk mara ke hadapan, membina penghubung dan membentuk masa depan yang lebih cerah, lebih inklusif buat semua."

Memerangi Perubahan Iklim Melalui Inovasi

Kajian Impak 2023 kami menekankan fokus ABC Impact dalam memanfaatkan teknologi untuk menangani cabaran alam sekitar seperti pencemaran plastik dan sisa makanan. Pendekatan kami melibatkan perkongsian bersama syarikat-syarikat yang menawarkan penyelesaian inovatif dalam bidang ini.

Dalam tahun berkenaan, kami menyokong Polymateria, sebuah firma British yang membangunkan teknologi biotransformasi untuk membantu mengurangkan pencemaran plastik. Teknologi ini bertujuan untuk menguraikan plastik dengan cara yang dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, menyediakan penyelesaian berpotensi kepada isu sisa plastik yang masih berterusan.

Kami turut melabur dalam Winnow, yang menggunakan AI untuk mengurus sisa makanan dengan lebih berkesan. Sistem Winnow membantu dapur komersial mengurangkan sisa yang tidak diperlukan dengan memberi pemahaman tentang penggunaan makanan mereka, yang boleh membawa kepada pengurangan signifikan dalam jejak alam sekitar mereka.

Melalui pelaburan ini, ABC Impact berusaha menyumbang secara positif kepada kemampanan alam sekitar dengan menyokong penyelesaian yang boleh diskala dan praktikal demi memerangi sisa iklim.

Mendukung Standard dalam Pelaburan Berimpak

ABC Impact mengemudi landskap pelaburan berimpak yang dinamik dengan komitmen teguh kepada ketelusan dan pengurusan impak yang mantap. Pendekatan kami berakar umbi dalam sistem komprehensif yang bukan sahaja menekankan dedikasi kami kepada pelaburan mampan dan bertanggungjawab, tetapi turut mengemudi proses pembuatan keputsan kami.

Dalam tahun 2023, kami meningkatkan komitmen kami dengan menyelaraskan metrik impak kami dengan piawaian antarabangsa dan memperoleh pensijilan B Corp, mencerminkan dedikasi berterusan kami terhadap penjagaan sosial dan alam sekitar.

Tinjauan: Mengemudi Ke Arah Masa Depan Lestari

ABC Impact amat menyedari trend penting yang mempengaruhi landskap pelaburan berimpak, termasuk pembangunan sistem makanan mampan, peningkatan pemuliharaan biodiversiti, usaha membanteras acah hijau, peningkatan kepentingan pelaburan persendirian dalam pasaran baru muncul dan kepercayaan yang semakin meningkat dalam keuntungan pelaburan berimpak.

Inisiatif berterusan kami, disokong oleh matlamat pasaran ini, bertujuan untuk memacu perubahan besar dan positif di seluruh rantau ini, selaras dengan misi kami untuk memupuk masa depan yang mampan dan saksama.

Susulan kejayaan pelancaran ABC Impact Fund II, kami memperbaharui komitmen kami untuk mencari penyelesaian dari seluruh dunia dan membawanya ke Asia bagi membantu mengatasi isu-isu sosial dan alam sekitar yang mendesak dalam benua yang pelbagai ini. Matlamat kami tetap untuk menyumbang kepada masa depan lestari dengan melabur dalam inisiatif yang dapat memberi impak positif yang signifikan di rantau ini.

Ikuti kami dalam perjalanan yang memberi impak ini di www.abcimpact.com.sg/impactreview2023.

Untuk pertanyaan: jfang@eleven.com.sg

Latar Belakang ABC Impact 

ABC Impact ialah dana ekuiti persendirian berfokuskan Asia yang mengkhusus kepada pelaburan berimpak. Kami melabur dalam syarikat-syarikat yang memacu perubahan positif dengan mengatasi cabaran paling mendesak di dunia seperti perubahan iklim, kekurangan sumber dan ketaksamaan yang semakin mendalam.

Sebahagian daripada firma pengurusan aset global berpangkalan di Singapura, Temasek Trust Asset Management Pte Ltd., pelabur-pelabur pengasas ABC Impact ialah Temasek Trust, Temasek, Pavilion Capital, Mapletree Investments, Seatown Holdings, SP Group dan Sembcorp Industries.

Kami merupakan penandatangan Prinsip-prinsip Operasi untuk Pengurusan Impak dan Prinsip-prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.abcimpact.com.sg.

Source: ABC Impact
Keywords: Banking/Financial Service