omniture

TCI Gene Tingkatkan Penjagaan Kesihatan Pencegahan Malaysia Dengan Kerjasama ALPRO Pharmacy

TCI Gene
2024-03-28 12:30

TAIPEI, 28 Mac 2024 /PRNewswire/ -- TCI Gene mengumumkan perkongsian strategik bersama Alpro Pharmacy, peneraju farmasi rangkaian terkenal di Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan penilaian genetiknya secara eksklusif kepada rakyat Malaysia. TCI Gene dan Alpro Pharmacy bermatlamat untuk menyediakan kepada rakyat Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan pencegahan melalui inisiatif ini, melengkapkan objektif Alpro Pharmacy untuk penjagaan kesihatan yang komprehensif. Perkhidmatan ini, dikenali sebagai MyDNA360 di Malaysia, akan tersedia kepada rakyat Malaysia bermula pada bulan April 2024. Ia menawarkan penilaian genetik yang komprehensif untuk gangguan kritikal utama yang penting untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Penyakit yang diwarisi secara genetik meragut nyawa 1 dalam 4 orang rakyat Malaysia. Pada tahun 2020, Malaysia melaporkan 48,639 kes kanser baharu, bersamaan dengan 1 kes kanser bagi setiap 658 orang rakyat Malaysia. Kira-kira 15% rakyat Malaysia didiagnosis dengan diabetes jenis 2. Menurut Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia (ADFM), terdapat kira-kira 312% peningkatan dalam populasi warga emas Alzheimer menjelang tahun 2050. TCI Gene dan Alpro Pharmacy percaya ujian genetik dapat memperkasa individu untuk mengambil langkah proaktif ke arah pencegahan dan bukannya menunggu hingga gejala penyakit muncul untuk mendapatkan rawatan.

Alpro Pharmacy diiktiraf sebagai farmasi preskripsi terkemuka di Malaysia, diraikan lantaran dedikasinya untuk mendorong kesihatan komuniti dan menjalankan inisiatif bantuan yang ekstensif di seluruh negara. Dengan rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, Alpro Pharmacy berkedudukan strategik untuk meningkatkan kepentingan perkongsian ini, menjamin agar penjagaan kesihatan pencegahan menjadi semakin boleh diakses untuk semua rakyat Malaysia.

Penilaian genetik TCI Gene mengguna pakai titik pengesanan genetik yang terkenal di peringkat global untuk penyakit berisiko tinggi. Ini dapat dicapai dengan mengintegrasikan ilmu perubatan genetik dan biologi sistem, dianalisis melalui data raya. TCI Gene menggunakan bank data genom global proprietari mereka dan enjin analitis berkuasa kecerdasan buatan untuk menyalurkan data ini bagi mendapatkan keputusan yang boleh diambil tindakan untuk rakyat Malaysia. Kehebatan penilaian genetik termaju TCI Gene telahpun diiktiraf oleh penyedia penjagaan kesihatan yang utama di Asia. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam pengembangannya ke dalam pasaran Asia Tenggara.

Cik Grace Fu, Pengurus Besar TCI Gene, bersama-sama Ph. Low Swee Siong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alpro Pharmacy, menyatakan keterujaan bersama mereka terhadap perkongsian strategik ini, semasa menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara kedua-dua pihak.

Ph. Low Swee Siong menekankan, "Perkongsian ini melambangkan pencapaian penting dalam dedikasi kami untuk mendorong kesejahteraan dan menggalakkan pengurusan kesihatan yang proaktif dalam kalangan individu. Dengan menawarkan perkhidmatan penilaian genetik yang berpatutan, kami bermatlamat untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan maklumat penting yang dapat memperkasa mereka untuk membuat keputusan termaklum berhubung kesihatan mereka dan kesejahteraan keluarga mereka."

"Alpro Pharmacy sentiasa menjadi penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan komuniti yang konsisten. Kami yakin TCI Gene akan menambah nilai kepada pasaran penjagaan kesihatan pencegahan di Malaysia. Kami berharap dapat meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia melalui perkhidmatan penilaian prediktif kami, sejajar dengan visi penduduk sihat negara ini. Kami bermatlamat untuk meluaskan amalan kolaborasi dengan rakan kongsi antarabangsa dan memberi manfaat kepada penduduk di rantau Asia," kata Cik Grace Fu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan masa depan anda, sila kunjungi: www.mydna360.com

Latar Belakang TCI Gene (TCI):
TCI Gene komited untuk menawarkan perkhidmatan ujian genetik lengkap sejak tahun 2011, sekali gus turut menyediakan produk dan perkhidmatan bantuan ujian genetik diperibadikan, mengorak langkah ke arah perubatan terperibadi jitu. Pada tahun 2021, ia melengkapkan pembangunan ujian genetik untuk ubat kardiovaskular dan perkhidmatan ujian farmakogenomiknya turut diaplikasikan untuk Ujian Dibangun Makmal (LDT) pada tahun 2022. Kini, ia telah memperoleh pensijilan nasional daripada TFDA sebagai makmal molekul dan akan terus membangunkan teknik-teknik ujian farmakogenomik untuk penyakit kronik seperti kemurungan dan gangguan gastrousus.

Sila kunjungi: https://www.tci-gene.com/ untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Alpro Pharmacy:
Dengan permulaan yang sederhana menerusi sebuah outlet farmasi di pekan kecil Port Dickson pada tahun 2002, Alpro Pharmacy kini merupakan sebuah farmasi rangkaian komuniti terpelbagai yang menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan utama yang komprehensif melalui lebih 300 outlet termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio, Alpro Baby dan Alpro Audiologi, baik secara dalam talian mahupun luar talian, di seluruh negara. Ia disokong oleh sebuah pasukan dengan lebih daripada 650 ahli profesional penjagaan kesihatan, bermula daripada doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, pakar diet hingga ahli fisioterapi dan ramai lagi ahli profesional penjagaan kesihatan yang lain.

Menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 2 juta keluarga di Malaysia, Alpro Pharmacy merupakan farmasi komuniti yang pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan insurans liabiliti produk RM1 juta bagi menjaga bekalan ubat-ubatan tulen. Dengan lebih 500,000 preskripsi diisi setiap tahun, Alpro Pharmacy juga merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Sila kunjungi https://www.alpropharmacy.com  untuk maklumat lanjut.

Source: TCI Gene
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements