omniture

Exclusive Networks umum langkah besar dalam strategi pertumbuhan di APAC dengan pemerolehan NEXTGEN Group

NEXTGEN Distribution Pty Ltd
2024-03-29 17:33 17

SYDNEY, 29 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Exclusive Networks (Euronext Paris: EXN), peneraju global bagi keselamatan siber, mengumumkan penandatanganan perjanjian mengikat bagi pemerolehan 100% modal saham NEXTGEN Group ("NEXTGEN"), sebuah syarikat perkhidmatan saluran pertumbuhan-hiper terkemuka yang memfokuskan kepada keselamatan siber, kebingkasan data dan perusahaan digital di Australia dan New Zealand dengan kehadiran di seluruh APAC.

Exclusive Networks acquires NEXTGEN Group
Exclusive Networks acquires NEXTGEN Group

Beribu pejabat di Sydney, Australia, NEXTGEN ditubuhkan pada tahun 2011 dan mempunyai 190 pekerja di seluruh APAC. Dalam TF-23, berakhir pada 30 Jun 2023, NEXTGEN menjana Jualan Kasar sebanyak AU$266 juta (€160 juta), dengan jangkaan pertumbuhan dua digit untuk tahun-tahun akan datang.

Operasi ini benar-benar sepadan dengan strategi pertumbuhan luar Exclusive Networks.

NEXTGEN membawakan portfolio vendor pertumbuhan hiper yang cerah masa depan, digandingkan dengan pelbagai jenis perkhidmatan. Transaksi yang meningkatkan nilai ini akan menjadikan Exclusive Networks sebagai peneraju pasaran pilihan yang jelas di Australia dan New Zealand yang menjana sinergi komersial dan kewangan hasil daripada sifat kedua-dua syarikat yang saling melengkapi.

Kombinasi antara NEXTGEN dan Exclusive Networks akan menawarkan perkhidmatan pengurusan saluran bernilai tambah hujung-ke-hujung yang unik, disokong oleh analitis data masa nyata serta pandangan yang disokong oleh AI, lantas memberi manfaat kepada seluruh rantau APAC dan menyediakan kepada Exclusive Networks dengan keupayaan untuk melancarkan perkhidmatan saluran digital pada skala global.

Kepakaran kukuh NEXTGEN dalam penilaian penghijrahan awan, pemasaran digital dan penyelesaian penjanaan petunjuk akan mengembangkan proposisi nilai Exclusive Networks dengan memanfaatkan platform dalaman terkini NEXTGEN dan membangunkan inisiatif dengan penskala hiper, lalu meletakkan asas untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya.

Susulan pemerolehan ini, kehadiran Exclusive Networks di Australia dan New Zealand akan menjadi lebih daripada dua kali ganda dan berdasarkan kepada angka pro-forma TF setakat 31 Disember 2023, gabungan entiti ini akan mewakili jualan kasar sekitar €615 juta di APAC, sebuah rantau dengan prospek pertumbuhan yang menarik dan jumlah pasaran tersedia dianggarkan mencecah $10 bilion pada tahun 2023[1].

Penutupan transaksi ini tertakluk kepada syarat-syarat lazim terdahulu dan dijangka akan dimuktamadkan pada suku kedua tahun 2024.

Jesper Trolle, Ketua Pegawai Eksekutif Exclusive Networks, mengulas:

"Pemerolehan ini merupakan satu langkah besar ke hadapan dalam strategi pertumbuhan kami di APAC, ia memberikan pengukuhan ketara bagi perniagaan kami dan membolehkan kami mengembangkan dan membangunkan selanjutnya proposisi nilai kami. Kami sangat berbesar hati mengalu-alukan John Walters serta pasukan berbakat tinggi NEXTGEN ke Kumpulan ini dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka. Kami bersama-sama akan menyasarkan untuk mewujudkan peneraju serantau dan mencipta penemuan baharu. Kombinasi antara sumber dan pengalaman akan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan daya saing kami dalam pasaran yang amat dinamik ini dan seterusnya." 

John Walters, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif NEXTGEN Group menambah:

"Bagi menguasai fasa pertumbuhan menarik NEXTGEN Group yang seterusnya, kami perlu mencari rakan kongsi global tepat yang dapat membawa pelaburan yang sesuai ke dalam model kami dan selaras dengan budaya kami. Exclusive Networks, diketuai oleh Jesper, benar-benar sejajar dengan cita-cita dan nilai-nilai bersama kami, termasuk kesungguhan terhadap inovasi dan semangat keusahawanan.

Selepas 13 tahun membina sebuah perniagaan bermula daripada syarikat pemula, dengan keyakinan dan semangat yang tinggi kami memulakan pada fasa baharu ini bersama Exclusive Networks. Langkah ini menandakan permulaan kepada bab baharu yang menarik yang melaluinya pertumbuhan kami akan dipercepatkan oleh sumber serta kepakaran daripada peneraju keselamatan siber bertaraf global."

Latar Belakang Exclusive Networks 

Exclusive Networks (EXN) ialah pakar keselamatan siber global yang menyediakan kepada rakan kongsi dan pelanggan akhir dengan pelbagai jenis perkhidmatan serta portolio produk melalui laluan terbukti ke pasaran. Dengan pejabat-pejabat berada di lebih 47 negara dan keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di lebih 170 negara, kami menggabungkan perspektif tempatan dengan skala dan penyampaian organisasi global tunggal.

Portfolio vendor kami yang terbaik dalam kelas dipilih susun dengan teliti dengan kesemua pengusaha industri yang terkemuka. Perkhidmatan kami bermula daripada sekuriti terurus kepada akreditasi dan latihan teknikal pakar dan memanfaatkan teknologi yang berkembang pesat dan model perniagaan yang berubah-ubah. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.exclusive-networks.com.

Latar Belakang NEXTGEN Group 

Melalui model perniagaan generasi seterusnya yang unik, NEXTGEN Group membantu memacu pertumbuhan untuk vendor teknologi, rakan kongsi penjual dan pelanggan akhir. Kami pakar dalam menawarkan portfolio perisian perusahaan utama dan penyelesaian awan bernilai tambah yang dipilih susun dengan teliti dan saling melengkapi.

Pendekatan kolaboratif kami menjadikannya mudah untuk rakan kongsi teknologi berurus niaga dengan syarikat pemula yang sedang berkembang pesat hingga vendor cip-biru yang diiktiraf di peringkat global yang menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan produk yang inovatif dan semakin berkembang.

[1] Data syarikat.

Source: NEXTGEN Distribution Pty Ltd
Related Stocks:
AMEX:EXN
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things