omniture

Vantage Markets luaskan kelebihan daya saingnya pada penawaran produk Indeks dengan Laman Web dan Aplikasi dipertingkat, menggalakkan ketelusan lebih tinggi dan penjimatan kos

Vantage
2024-03-29 20:15 27

PORT VILA, Vanuatu, 29 Mac 2024 /PRNewswire/ -- Berasaskan kepada kejayaannya baru-baru ini dalam memperbaharui penawaran produk indeksnya, broker CFD yang terkemuka Vantage Markets ("Vantage") dengan gembiranya mengumumkan pengenalan kepada ciri-ciri laman web yang dipertingkat dan peningkatan aplikasi, memantapkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam industri ini.

Vantage Markets extends its competitive edge on Indices product offering with enhanced Website and App, promoting greater transparency and cost savings.
Vantage Markets extends its competitive edge on Indices product offering with enhanced Website and App, promoting greater transparency and cost savings.

Bagi menyokong selanjutnya pedagang CFD indeks, Vantage mengubah suai laman webnya dengan ciri-ciri baharu yang dikhususkan untuk dagangan indeks. Pedagang akan menemui kandungan pendidikan yang luas, perbandingan harga yang telus dengan pesaing dan peningkatan keterlihatan terhadap spread yang ditawarkan oleh Vantage Markets.

"Kami komited untuk memperkasa pedagang dengan alat yang mereka perlukan untuk berjaya," ujar Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan. "Perkembangan terkini kami mencerminkan dedikasi kami untuk menjadi destinasi ulung bagi dagangan CFD Indeks, menyediakan kepada pelanggan dengan kelebihan yang diperlukan oleh mereka dalam pasaran yang dinamik hari ini."

Dagangan CFD indeks menawarkan pelbagai kelebihan termasuk keperluan modal pendahuluan yang lebih rendah, opsyen dagangan berleveraj dan kefleksibelan untuk berdagang pada sebarang arah. Dengan Vantage Markets, pedagang boleh mengambil peluang daripada faedah-faedah ini dan dalam masa yang sama memanfaatkan rangkaian komprehensif alatan canggih serta sumber pendidikan.

Di samping itu, Vantage App telah ditingkatkan dengan alat carta canggih, yang membolehkan pedagang menganalisis trend pasaran dan melaksanakan dagangan dengan tepat terus daripada peranti mudah alih mereka.

"Kami berasa teruja dapat menyediakan kepada pedagang dengan banyak kandungan pendidikan serta penentuan harga yang telus," kata Lian Jie, Penolong Pengarah Pemasaran APP. "Matlamat kami adalah untuk memperkasa pedagang dengan maklumat yang mereka perlukan untuk membuat keputusan yang yakin dan berjaya dalam pasaran."

Terokai masa depan dagangan CFD Indeks bersama Vantage Markets. Kunjungi https://www.vantagemarkets.com/lp/indices-trading/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang Vantage 

Vantage  ialah broker berbilang-aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

http://www.vantagemarkets.com/

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology