omniture

Tianlong Ambil Bahagian dalam Kongres Perubatan Antarabangsa Negara-negara SCO di Kyrgyzstan

Tianlong Science and Technology
2024-04-04 12:26 166

BISHKEK, Kyrgyzstan, 4 April 2024 /PRNewswire/ -- Kongres Perubatan Antarabangsa negara-negara SCO telahpun diadakan pada 27-29 Mac di Bishkek, Kyrgyzstan, di bawah tema "Inovasi dan teknologi dalam pembangunan kardiologi dan penyakit tidak berjangkit di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai". Alymkadyr Beishenaliev, Menteri Kesihatan Republik Kyrgyz, Janesh Kane, Timbalan Ketua Setiausaha SCO dan 400 ahli profesional perubatan, ahli akademik dan saintis yang terkenal di dunia menghadiri kongres ini. Tianlong Science and Technology diundang untuk hadir dan menyampaikan ucapan di Kongres, mempamerkan dan membincangkan tentang pencapaian dan inovasinya yang terkini dalam bidang perubatan diperibadikan bersama pakar-pakar terunggul dari seluruh dunia.

Professor Kou Spoke at the International Medical Congress of SCO Countries
Professor Kou Spoke at the International Medical Congress of SCO Countries

Di kongres ini, Tianlong menjemput Profesor Kou Huijuan daripada Jabatan Kardiologi, Hospital Gabungan Kedua Universiti Xi'an Jiaotong untuk memberikan ucapan. Profesor Kou membincangkan tentang rawatan yang tepat dan kemajuan semasa bagi diagnosis dan rawatan hipertensi di China, serta beberapa kes klinikal dan turut memperkenalkan penyelesaian perubatan diperibadikan daripada Tianlong untuk hipertensi, yang boleh mengesan tujuh mutasi gen dalam perubatan hipertensi dan membimbing lima jenis perubatan hipertensi. Profesor Kou memperkenalkan bahawa "Perubatan diperibadikan ialah model perubatan baharu yang dapat menentukan dos serta jenis ubat untuk setiap pesakit berdasarkan kepada perbezaan genetik," yang memberikan inspirasi berharga kepada peserta.

Dr. Wu Spoke at the International Conference in Kyrgyzstan
Dr. Wu Spoke at the International Conference in Kyrgyzstan

Tianlong turut diundang untuk menyertai satu siri persidangan dan pertukaran di Kyrgyzstan. Di sebuah persidangan antarabangsa mengenai "Isu-isu topikal perubatan makmal, Jessica Wu (PhD Biologi Molekul) daripada Jabatan Pemasaran Luar Negara Tianlong, menyampaikan ucapan tentang "Kit Reagen LigSeq - penyelesaian perubatan diperibadikan Tianlong." Semasa pembentangan, Dr. Wu membincangkan kepentingan perubatan diperibadikan dan berkongsi kes penyelidikan dan aplikasi terkini. Beliau memperkenalkan bahawa "Penyelesaian perubatan diperibadikan Tianglong dapat mengesan gen yang berkaitan dengan kesan ubat yang biasa diambil untuk penyakit, memberi panduan untuk rawatan klinikal." Pembentangan ini mencetuskan minat dan perbincangan yang meluas dalam kalangan pakar yang hadir.

Tianlong's personalized medication solution
Tianlong's personalized medication solution

Penyelesaian perubatan diperibadikan Tianlong, termasuk siri instrumen dan reagen pengesanan, dapat mengesan gen yang berkaitan dengan kesan ubat yang biasa diambil untuk pembiakan terbantu, ubat endokrin serta penyakit kardiovaskular, pencernaan, psikiatri, imuniti reumatik, onkologi dan penyakit-penyakit lain, seterusnya memberikan panduan untuk rawatan klinikal. Ia mempunyai kelebihan pengesanan pantas, keputusan tepat, laporan komprehensif dan mesra pengguna.

Penyertaan Tianlong dalam persidangan perubatan ini mempermudah pertukaran dan kerjasama antarabangsa dalam bidang perubatan. Pada masa akan datang, Tianlong akan meneruskan komitmennya kepada penyelesaian saintifik, inovasi dan pembangunan teknologi demi kemajuan perubatan dan penjagaan kesihatan global.

Latar Belakang Tianlong 

Tianlong ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam pengesanan genetik dan produk diagnostik molekul di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Tianlong dan halaman LinkedIn, Facebook dan Twitter.

Untuk maklumat produk atau korporat pertanyaan boleh ditujukan kepada inquiry@medtl.com.

Source: Tianlong Science and Technology
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news