omniture

Zoomlion akan membuat penampilan sulung signifikan di INTERMAT di Paris

Zoomlion
2024-04-08 16:03 1

CHANGSHA, China, 8 April 2024 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), pengeluar jentera dan peralatan pembinaan Cina yang terkemuka, akan menghadiri INTERMAT 2024 dengan 7 siri produk, berjumlah 30 unit, meliputi jentera angkat kejuruteraan, jentera angkat pembinaan, jentera konkrit, jentera tolak tanah, jentera kerja udara, kenderaan industri, mortar campur kering dan sebagainya. Sementara itu, subsidiari-subdisiari Eropah Zoomlion, termasuk CIFA (Itali) dan m-tec (Jerman), akan turut muncul buat julang kali bersama-sama dengan produk klasik dan paling laris terjual mereka.


"Prestasi produk yang dipamerkan telahpun dinaik taraf dalam semua aspek," kata Wu Zeyou, pengurus negara Perancis Zoomlion. "Sejak pameran terakhir yang dihadiri pada tahun 2015, Zoomlion telah melalui dua penaiktarafan baharu untuk produk. Pada tahun 2016, kelompok pertama produk pintar 4.0 dengan "persepsi, otak dan pemikiran" dilancarkan. Pada tahun 2020, projek inovasi 4.0A dilancarkan, yang menyasarkan teknologi digital terkini. Tema kami bagi pameran ini ialah 'Pembangunan Lebih Hijau Masa Depan Lebih Cerah' dan kami akan membawakan generasi produk termaju, pintar dan hijau yang terkini."

"Bagi kren rangkak ZCT1000V552.1 yang baru sahaja tiba di Pelabuhan Antwerp, Belgium pada 23 Mac, ia dilengkapi dengan perkhidmatan awan pintar selain daripada prestasi pengangkatannya yang mantap. Pelanggan boleh mengawal produk secara dalam talian, menyimpan data pada awan dan menikmati perkhidmatan pada hujung jari mereka."

Greenization juga merupakan salah satu ciri signifikan produk Zoomlion di INTERMAT ini. Selain daripada pelbagai produk tenaga baharu, banyak barang pameran diaplikasikan dengan teknologi penjimatan tenaga rendah karbon dan hijau. Mengambil contoh mesin pengorek hidraulik 21t ZE210GLC yang dipamerkan di INTERMAT sebagai contoh, produk ini bukan sahaja mempunyai kelebihan keselamatan dan keselesaan, penyelenggaraan yang mudah dan pelbagai jenis keadaan kerja, bahkan turut mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 8.5% melalui aplikasi kawalan aliran positif dikawal secara elekronik yang disesuaikan, anjakan besar, teknologi kelajuan putaran yang rendah dan sebagainya, dengan kesan penjimatan tenaga yang luar biasa.

INTERMAT 2024 akan diadakan mulai 24 hingga 27 April waktu tempatan di Villeurbanne Exhibition Center di pinggir bandar utara Paris.

Ketika ini, selain daripada kren rangkak yang telahpun tiba di Eropah, produk-produk Zoomlion yang lain juga diangkut secara berperingkat-peringkat ke Eropah melalui kereta api pengangkut China-Eropah dan pengangkutan laut. Selamat datang ke reruai EXT5 F 032 mulai 24 hingga 27 April bagi menyaksikan detik indah Zoomlion.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news