omniture

PRODUK BAHARU, TEKNOLOGI BAHARU, STRATEGI BAHARU: NETA AUTO BERSEDIA MENGGEMPARKAN PAMERAN AUTOMOTIF ANTARABANGSA BEIJING 2024

NETA AUTO
2024-04-19 14:35 10

BEIJING, 19 April 2024 /PRNewswire/ -- Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2024, pameran auto antarabangsa terbesar pada tahun ini, bakal dibuka dan menarik perhatian global. Sebagai jenama EV yang terkemuka di China, NETA mengumumkan secara rasmi penyertaannya dalam pameran ini. Mulai 25 April hingga 4 Mei, pengunjung dapat mengalami teknologi terkininya dan barisan produk serba baharu di reruai E405 di CIEC (Dewan Shunyi, Beijing).

Berpegang kepada nilai jenama iaitu "Teknologi buat Semua" dan misi jenama "EV Pintar Boleh Sentuh", NETA Auto mengkhusus untuk menyediakan EV pintar yang berkualiti tinggi dan memajukan teknologi untuk pengguna global. Di pameran yang akan datang, NETA Auto akan memperkenalkan barisan produk serba baharu. Bukan sahaja model-model sedia adanya, NETA X dan NETA S, bahkan turut memperkenalkan model baharu, NETA L.

NETA L
NETA L

NETA L akan diperkenalkan buat julung kali dalam kedua-dua versi REEV dan EV. Ia akan diserahkan kepada pelanggan Cina pertamanya di pameran auto Beijing dan akan dilancarkan di lebih 20 negara di seluruh dunia semasa separuh kedua tahun ini. NETA L akan menawarkan versi REEV dengan jarak memandu tergabung luar biasa iaitu 1070 kilometer. Di samping itu, ciri NETA L yang paling menarik ialah integrasinya dengan teknologi unggulan AI serba baharu daripada NETA - NETA GPT yang akan menawarkan pembantu NETA yang lebih pintar kepada pengguna global dan akan mentakrifkan semula pengalaman kokpit pintar.

Di pameran ini, NETA Auto bukan sahaja akan mempamerkan kekuatan inovatifnya dan barisan produk serba baharu dengan EV pintar, tetapi turut merebut peluang untuk melancarkan siri aktiviti luar negara. Langkah ini bertujuan untuk memacu selanjutnya pengembangan global NETA dan membawakan EV pintar yang berkualiti tinggi kepada pelanggan global dalam pasaran yang luas, seperti Asia Tenggara, Timur Tengah dan Amerika Latin.

Latar Belakang NETA Auto 

NETA Auto, jenama daripada Hozon New Energy Automobile Co., Ltd., ialah penginovasi yang terkemuka dalam industri kenderaan elektrik (EV) pintar. Dengan fokus kepada "Teknologi buat Semua" dan "EV Pintar Boleh Sentuh", NETA membangunkan EV yang berkualiti tinggi dan teknologi canggih. Barisannya termasuk model-model popular seperti NETA AYA, NETA X, NETA L, NETA GT dan NETA S.

NETA menumpukan perhatian untuk membawakan EV pintar kepada pasaran pengguna massa global, memperkenalkan model baharu setiap tahun dan meliputi segmen A0-B. NETA turut membangunkan "Shanhai Platform," iaitu platform kereta pintar dan selamat serta HOZI Technology, yang komited untuk membangunkan teknologi canggih bagi memenuhi permintaan pengguna secara berterusan.

Source: NETA AUTO
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion Trade show news Future Events Artificial Intelligence