omniture

CGS International beri tumpuan menjadi syarikat pelaburan global terkemuka Asia pada pelancaran jenama pertamanya

CGS International Securities Pte. Ltd. (CGS International)
2024-04-22 10:22 145

Memartabatkan Asia melalui kolaborasi ASEAN-China yang strategik serta produk dan perkhidmatan kewangan bertaraf dunia

SINGAPURA, 22 April 2024 /PRNewswire/ -- CGS International Securities (CGS International) melancarkan secara rasmi jenama baharunya di sebuah acara rasmi pada 18 April 2024, juga merupakan ulang tahun ke-45nya. Pelancaran ini menyusuli penyempurnaan pemerolehan kepentingan CIMB Group Sdn. Bhd. (CIMB Group) oleh CGS International Holdings Limited (CGI) dalam usaha sama[1] kedua-dua pihak pada Disember 2023. Mewakili masa lalu, masa kini dan masa depan CGS International, pihak pengurusan yang dihormati berucap kepada kira-kira 300 orang tetamu di acara berkenaan.

Guests of Honour with Management of China Galaxy Securities (CGS) and CGS International
Guests of Honour with Management of China Galaxy Securities (CGS) and CGS International

Dari kiri ke kanan: Cik Chen Yuen May, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Bersama Kumpulan, CGS International; Cik Li Qinghua, Pengurus Besar Pembangunan Strategik, CGS; En. Goh Geok Khim, Pengerusi Eksekutif, G.K Goh Holdings; Cik Carol Fong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, CGS International; En. Zong Changqing, Penasihat Menteri, Kedutaan Republik Rakyat China di Singapura; En. Xue Jun, Presiden, CGS; En. Tan Zhiyong, Presiden, China Enterprises Association (Singapore); En. Zhang Ruibing, Pengarah Perniagaan, Pengurus Besar Pembangunan Strategik, CGS; Cik Chang Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, CGI; En. Malcolm Koo, Ketua Pegawai Eksekutif, CGS International Securities Singapore Pte Ltd.

Ms Carol Fong, Group CEO of CGS International
Ms Carol Fong, Group CEO of CGS International

"Kami tidak lagi berpuas hati dengan menjadi syarikat pelaburan yang dipercayai di ASEAN," kata Cik Carol Fong dalam ucapan pembukaan beliau yang mana beliau memberi penerangan tentang visi CGS International yang lebih luas untuk menjadi bank pelaburan yang terkemuka dan bertaraf dunia di Asia dan kemajuan firma ini telahpun dibuat dalam bidang tumpuan utama ini. Menerusi pencapaian ini yang hanya menonjolkan gambaran sekilas mengenai skala cita-cita CGS International, Kumpulan ini menetapkan sasaran untuk menggandakan hasilnya kepada S$700 juta menjelang tahun 2030. Ucapan Cik Fong turut menyebut mengenai fokus kemampanan dan keterangkuman CGS International yang berakar umbi dalam nilai-nilai asasnya.

Mr Xue Jun, President of CGS
Mr Xue Jun, President of CGS

En. Xue Jun mengulangi komitmen CGS bagi menggalakkan perniagaan CGS International, mengembangkan jenama dan membina ketertarikan budaya. Beliau berkata CGS bekerja keras untuk membina jambatan bagi menghubungkan China dan ibu kota ASEAN dengan operasi di lebih daripada 10 negara dan wilayah termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand. CGS International bersedia untuk membawa usaha ini ke peringkat seterusnya. Melalui rangkaian "Galaxy" daratan dan luar pesisir, CGS berharap dapat melanjutkan misi CGS International bagi menyokong syarikat-syarikat ASEAN dan China untuk merebut peluang kerjasama di seluruh rantau ini dan menjalin hubungan yang lebih erat dengan satu sama lain. Ini akan membawa kepada kuasa kewangan yang lebih besar dan pembangunan sosial dalam ekonomi serantau dan global secara keseluruhan.

Journey of CGS International by Ms Carol Fong, Mr Goh Geok Khim and Mr Vincent Wang
Journey of CGS International by Ms Carol Fong, Mr Goh Geok Khim and Mr Vincent Wang

Cik Carol Fong, En. Goh Geok Khim, En. Vincent Wang, Ketua Pegawai Risiko Kumpulan & Ketua Pegawai Kewangan Bersama Kumpulan CGS International dan Tan Sri Nasir Razak, Pengurus Kumpulan CIMB Group (melalui video) mengakhiri sambutan itu dengan penuh keikhlasan tatkala mereka mengimbau kembali perjalanan CGS International selama bertahun-tahun lamanya. CGS International telah mencapai kemajuan sejak tahun 1979 apabila En. Goh meletakkan blok binaan yang pertama. Pada tahun 2005, CIMB Group memperoleh perniagaan ekuiti GK Goh dan memulakan CIMB-GK Securities. Perniagaan ini terus berkembang selama bertahun-tahun secara organik dan melalui penggabungan serta pemerolehan. En. Goh berbangga dapat melihat perpaduan dan kekuatan dari segi kepimpinan dalam syarikat ini, dengan ramai pekerja kekal berkhidmat selama berdekad-dekad untuk menyokong syarikat ini sepanjang masa.

Disokong oleh peneraju industri di rantau ini, CGS International sedang dalam perjalanan yang transformatif, yakin dengan keupayaannya untuk menjadi sebuah bank pelaburan global yang terkemuka di Asia.

Latar Belakang CGS International Securities

CGS International Securities Pte. Ltd. (CGS International) ialah penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu pemenang anugerah dan peneraju pasaran, menduduki kedudukan antara syarikat sekuriti terunggul di Asia.

CGS International memanfaatkan pandangan global dan ASEAN kami yang luas untuk menawarkan perdagangan ekuiti, produk berleveraj, pengurusan kekayaan, perbankan pelaburan, penyelidikan ekuiti, pembiayaan patuh Syariah, pendapatan tetap, mata wang dan komoditi, produk berstruktur dan perkhidmatan pembrokeran utama di lebih 15 negara dan wilayah.

Ketahui lebih lanjut di www.cgsi.com.

Source: CGS International Securities Pte. Ltd. (CGS International)
Keywords: Banking/Financial Service