omniture

Komitmen Hari Bumi 2024 Midea: Masa depan lebih baik untuk generasi akan datang

Midea Group
2024-04-23 23:58 8

FOSHAN, China, 23 April 2024 /PRNewswire/ -- Hari Bumi ialah sebuah acara tahunan yang mendorong kesedaran dan pendidikan mengenai isu-isu alam sekitar. Pada tahun 2024, tema untuk Hari Bumi ialah "Planet lwn. Plastik" yang mengetengahkan keperluan segera untuk mengatasi masalah pencemaran plastik.

Pada tahun 2023, Midea mengitar semula lebih 160,000 tan perkakas rumah terpakai untuk menghasilkan plastik kitar semula, menunjukkan dedikasinya kepada kelestarian. Midea turut mengambil langkah penting dalam membangunkan bahan baharu untuk peralatan dobinya, seterusnya mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 670 tan. Pencapaian ini merupakan langkah yang penting ke arah mencapai matlamat jangka panjang kami untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kesemua barisan produk kami.


Midea telahpun mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan impak alam sekitarnya pada tahun 2023, termasuk:


 


  • Midea melabur sebanyak lebih RMB 132 juta dalam penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, menggalakkan 1,875 projek jimat tenaga.
  • Kapasiti terpasang bagi sistem penjanaan kuasa fotovolta teragih mencapai 280 MW, menjana lebih daripada 220 juta kWj elektrik, dengan pembelian elektrik hijau sebanyak 7.439 juta kWj.
  • Kilang Midea Hefei mewujudkan model mampan swacukup bagi pengurusan sumber air, menjimatkan lebih daripada 240,000 tan air.
  • Dalam tempoh 3 tahun ini, Midea menjual 3.75 juta produk bahan penyejuk R290. Penggantian dengan produk bahan penyejuk R290 ini merealisasikan penurunan tCO2e sebanyak 1.63 juta, yang bersamaan dengan penyerapan CO2 selama setahun daripada 1.93 juta hektar hutan hujan Amazon.
  • Mengandaikan jangka hayat produk setiap penyejuk emparan galas magnetik KWING ialah 20 tahun, setiap 1,000 penyejuk dapat mengurangkan 27,750 tan penggunaan arang batu standard dan 69,250 tan emisi karbon dioksida.
  • "Projek Gas-kepada-Elektrik untuk Pengeringan Relau" di kilang Midea Shunde mengurangkan emisi karbon 1,511 tan.

 


 


 

Usaha Midea untuk mengurangkan jejak karbonnya dan menggalakkan amalan lestari telah menghasilkan beberapa inisiatif termasuk penggunaan tenaga boleh baharu, pengurangan penggunaan air dan pelaksanaan pembungkusan mampan.

Pada tahun 2023, Midea lulus audit UN Global Compact dan menyertai UNGC secara rasmi, lalu mengukuhkan lagi komitmennya kepada kelestarian.

Midea sudahpun mengeluarkan Laporan ESG ketiganya dengan matlamat pembangunan mampan yang bercita-cita tinggi ditetapkan untuk tahun 2030 dan mendedahkan kisah jenama ESG pertama seumpamanya dengan lawatan VIP yang tidak dijangkakan, menunjukkan dedikasinya kepada kelestarian.

 


 

Kita dapat bersama-sama memberi impak positif kepada planet kita dan memastikan masa depan yang lebih baik untuk generasi-generasi akan datang. Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian Midea, sila kunjungi kisah jenama ESG mereka di: https://www.linkedin.com/company/mideagroup/.

 

Source: Midea Group
Related Stocks:
Shenzhen:000333
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues Cision Influencer List - ESG