omniture

SUPCON Perkenalkan Produk Rintis dalam bulan Jun, Termasuk UCS Pertama Dunia

SUPCON Technology Co., Ltd.
2024-04-25 07:50 8

HANGZHOU, China, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Dalam bulan Jun, SUPCON (688777) bersiap sedia untuk melancarkan dua produk rintis di Singapura: UCS (Sistem Kawalan Sejagat) pertama di dunia dan TPT (Transformer Pralatih Siri-Masa), model siri-masa yang pertama dalam industri proses.

UCS, inovasi revolusioner daripada SUPCON, bersedia untuk merevolusikan seni bina DCS yang berusia 50 tahun, berjanji untuk menghapuskan kabinet kawalan tradisional.

TPT, sebagai model siri-masa rintis dalam industri proses, akan menggantikan banyak aplikasi industri tradisional dan mengatasi cabaran industri yang belum diselesaikan.

SUPCON, ditubuhkan pada tahun 1999, ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian pembuatan pintar untuk industri proses. Syarikat ini komited kepada pembangunan dan aplikasi teknologi AI melalui integrasi produk termaju dan pengetahuan industri yang luas. Dengan pelanggan global melebihi 30,000 produk SUPCON dapat memenuhi semua keperluan merentas lebih 50 negara dan wilayah, mencakupi sektor-sektor seperti minyak & gas, penapisan & petrokimia, bahan kimia dan sebagainya. Menyasarkan pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan, SUPCON sedang dalam proses untuk mempermudah automasi dan pemintaran industri proses global.

Pada tahun 2023, produk teras SUPCON, Sistem Kawalan Teragih (DCS) dan Sistem Beralatan Keselamatan (SIS), kedua-duanya meraih kedudukan bahagian pasaran teratas di China, masing-masing mencapai angka 37.8% dan 33.7%. Khususnya, DCS mengekalkan kedudukan No.1 untuk tahun ke-13 berturut-turut.

Source: SUPCON Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shanghai:688777
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals New products/services Future Events Artificial Intelligence General Manufacturing