omniture

TAMAN TEMA LUAR PEPPA PIG PERTAMA DI ASIA DAN TERBESAR DI DUNIA DI SHANGHAI

Max-Matching Entertainments
2024-04-25 08:41 12

SHANGHAI, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Pegawai-pegawai daripada Kerajaan Daerah Chongming Shanghai menyertai wakil-wakil daripada syarikat mainan dan permainan terkemuka Hasbro and Max-Matching Entertainments Co., Ltd untuk sebuah majlis pelancaran pada 24 April bagi mengumumkan pembinaan taman tema luar PEPPA PIG tunggal terbesar di dunia di Asia. Dengan pelaburan sebanyak lebih 2.4 bilion Yuan China (331 juta Dolar AS), Max-Matching Entertainments telah menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi tempatan jangka panjangnya yang strategik.

Shanghai PEPPA PIG Outdoor Theme Park
Shanghai PEPPA PIG Outdoor Theme Park

Dijadualkan dibuka pada tahun 2027, ia akan menjadi taman tema luar PEPPA PIG pertama daripada Hasbro di Asia. Taman tema-mega ini akan meliputi keluasan kira-kira 48 ekar di pulau ketiga terbesar China, Pulau Changxing di Chongming, Shanghai, iaitu 91km ke utara, atau satu setengah jam memandu dari pusat bandar Shanghai.

Pulau Changxing ialah sebuah pulau penting untuk bersiar-siar dan melancong. Taman tema luar PEPPA PIG akan menjadi tawaran hiburan bertema IP global pertamanya. Cai Xiaofei, Timbalan Pengarah di Jawatankuasa Pentadbiran Pulau Changxing berkata: "Taman tema luar PEPPA PIG akan meningkatkan lagi Shanghai sebagai destinasi pelancongan global dan mendorong ekonominya. Jumlah pengunjung yang lebih ramai akan membawa kepada lebih banyak pendedahan untuk Pulau Changxing, Chongming, Shanghai dan memberi manfaat kepada infrastruktur dan ketersambungan keseluruhan. Kami percaya taman tema ini dapat berperanan sebagai tarikan utama untuk pulau ini, membantu mengukuhkan identiti jenama uniknya sendiri dan akan memberi kesan jangka panjang yang positif bagi mendorong reputasi pulau ini. Kami berasa teruja dapat menyaksikan Taman Tema Luar PEPPA PIG bertapak di Pulau Changxing. Projek ini akan merancakkan lagi pembinaan Pulau Changxing sebagai pulau yang unik dan penting untuk bersiar-siar dan melancong."

Projek ini akan menampilkan PEPPA PIG, yang mendapat momentum yang kukuh di China sejak ia mula disiarkan di rantau ini pada tahun 2015 dengan lebih 10 bilion tontonan dan pelbagai jenis produk tersedia melalui peruncit Cina yang utama.

"Pembinaan taman tema luar PEPPA PIG di Pulau Changxing, Chongming menandakan pencapaian yang penting untuk Hasbro di China dan evolusi semula jadi untuk jenama PEPPA PIG, yang mencerminkan skala peluang di negara ini dan komitmen kami untuk membangunkan perniagaan kami dengan sokongan daripada rakan kongsi pelesenan strategik Max-Matching Entertainments di China. Kami akan terus bekerjasama erat untuk membangunkan lebih banyak produk di China, termasuk membawakan taman tema luar PEPPA PIG dan pengalaman secara langsung yang tidak dapat dilupakan ke lebih banyak bandar untuk dinikmati oleh kanak-kanak dan keluarga Cina," kata Matt Proulx, Naib Presiden Kanan, Pengalaman, Perkongsian dan Muzik Global di Hasbro.

Berucap di acara tersebut, Owen Zhao, Presiden Max-Matching Entertainments, berkongsi Max-Matching Entertainments berbesar hati dapat bekerjasama dengan Hasbro bagi membawakan projek taman tema luar PEPPA PIG ini ke China dan komited untuk membawakan lebih banyak tarikan yang berkualiti kepada pengunjung di China dan seluruh Asia. Beliau mendedahkan bahawa taman tema PEPPA PIG baharu akan membawakan ciri-ciri inovatif, kawasan bertema baharu, tunggangan, pertunjukan imersif dan hotel bertema yang direka bentuk khusus untuk pasaran China, terutamanya dengan keluarga tiga generasinya yang diutamakan. Owen Zhao turut menambah tarikan berkenaan akan menjadi "perlu dilihat" dan "perlu dialami" untuk berjuta-juta keluarga yang ingin mengasyikkan diri mereka dalam keajaiban dunia Peppa yang luas. NEE NELLIE L, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pelaburan untuk taman tema ini, Shanghai Peiqi Co., Ltd. turut menyatakan keyakinan padu ke atas projek ini: "Dengan pemerkasaan semua pihak, taman tema luar PEPPA PIG Shanghai bersiap sedia untuk menjadi satu lagi mercu tanda buat Shanghai. Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu pengunjung kami pada tahun 2027!"


 

Source: Max-Matching Entertainments
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services