omniture

Appier bekerjasama dengan Nespresso revolusikan penglibatan dan pertumbuhan komuniti

Appier
2024-04-25 11:00 9

Menyerlahkan daya cipta interaktif yang inovatif untuk perjalanan pelanggan Dalam-Talian-ke-Luar Talian disatukan

TAIPEI, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Appier, sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI), dengan bangganya mendedahkan kolaborasi terkininya bersama Nespresso. Dengan mengintegrasikan platform pemasaran perbualan BotBonnie dengan pengalaman tergamifikasi yang menarik, Appier menyatukan dunia dalam talian dan luar talian Nespresso untuk penggunanya dengan lancar, mencapai kadar pelengkapan 97% yang mengagumkan dalam interaksi pelanggan. Strategi ini bukan sahaja mendorong perkongsian kandungan antara pengguna LINE, tetapi juga menguatkan penglibatan komuniti dan kadar penukaran, lalu mencipta perjalanan O2O (Dalam-Talian-ke-Luar-Talian) yang sempurna untuk setiap pelanggan Nespresso.


Laporan Kajian Pasaran Kopi Kapsul Global yang terkini mendedahkan lonjakan yang signifikan dalam sektor kopi kapsul, dengan nilai pasaran melonjak daripada USD 13.77 bilion pada tahun 2023 kepada USD 15.24 bilion yang dijangkakan pada tahun 2024, menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) yang mantap sebanyak 10.7%. Trajektori pertumbuhan yang luar biasa ini mencerminkan keutamaan pengguna yang semakin meningkat terhadap kemudahan, citarasa berkualiti dan usaha mengejar gaya hidup yang sofistikated, menandakan dinamik pasaran yang semakin berkembang serta peluang dalam industri kopi.

Nespresso, peneraju global bagi kecemerlangan dan kemampanan kopi, terus memikat peminat kopi di seluruh dunia. Dalam pasaran kopi kapsul yang dinamik, Nespresso kekal berada di barisan hadapan, memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang dan pelbagai secara inovatif.

Memanfaatkan kehebatan Appier dalam pemasaran digital, Nespresso merevolusikan interaksi pelanggannya dengan melaksanakan strategi pemasaran yang interaktif pada saluran LINE. Kolaborasi ini memperkenalkan pelbagai senario pemasaran tergamifikasi yang menarik, merapatkan jurang dalam-talian-ke-luar-talian (O2O) dan meningkatkan perjalanan pelanggan yang interaktif dengan Nespresso Taiwan dan pengguna tempatannya.

Gamifikasi meningkatkan penglibatan LINE: Nespresso mencapai kadar interaksi 97% yang mengagumkan

Integrasi strategik Nespresso melalui kit pemasaran BotBonnie dengan ciri-ciri Member Get Member (MGM) LINE telahpun meningkatkan pemerolehan pengguna dengan ketara. Dengan melancarkan acara loteri yang menarik semasa sambutan Tahun Baharu Lunar, Nespresso mengundang pengguna untuk terlibat dalam pengalaman perayaaan yang menyeronokkan. Peserta boleh 'menguji nasib mereka' dan berkongsi keseronokan dengan rakan-rakan LINE demi peluang tambahan untuk menang, seterusnya memupuk semangat komuniti. Pendekatan yang inovatif ini bukan sahaja mencapai kadar pelengkapan interaksi 97% yang luar biasa dalam kempen Tahun Baharu Arnab 2023, tetapi turut menyaksikan kadar penebusan penggunaan sebanyak 50% untuk hadiah utama dalam kempen gores-dan-menang Tahun Baharu Naga 2024, menunjukkan keberkesanan menggabungkan perayaan tradisional dengan teknik pemasaran moden.

BotBonnie marketing tool kits integrated with the MGM campaign, significantly boosting community interaction rates
BotBonnie marketing tool kits integrated with the MGM campaign, significantly boosting community interaction rates

Menyusun kejayaan: Modul kuiz memacu pelengkapan pengguna sebanyak 75% dalam kempen bertema

Nespresso meningkatkan penglibatan pelanggan dengan penggunaan inovatif modul kuiz BotBonnie dalam melancarkan mesin kopi kapsul siri VERTUO. Dengan melibatkan pengguna menerusi tema yang diilhamkan oleh penggaya warna, peserta menemui gaya warna mereka sambil meneroka teknologi Centrifusion™ termaju daripada Nespresso—yang mana kod bar unik setiap kapsul memastikan pembruan yang sempurna. Kempen ini bukan sahaja menarik minat pengguna dengan hasil kuiz diperibadikan, tetapi turut menggalakkan penyertaan komuniti melalui peluang cabutan bertuah tambahan untuk mengundang rakan-rakan. Mencapai kadar pelengkapan 75% yang luar biasa, pendekatan yang kreatif ini meningkatkan hasrat pembelian dengan ketara, menukar interaksi dalam talian dengan lancar menjadi jualan nyata.

BotBonnie seamlessly integrates diverse marketing creativities, fostering online engagement and offline conversion
BotBonnie seamlessly integrates diverse marketing creativities, fostering online engagement and offline conversion

Nespresso meningkatkan pengalaman pelanggan dengan memanfaatkan BotBonnie bagi meningkatkan penglibatan komuniti LINE, memperkenalkan fungsi 'Store Search' ('Carian Kedai') mesra pengguna. Dengan integrasi Perkhidmatan Berasaskan Lokasi (LBS), pelanggan boleh mengesan sepuluh kedai Nespresso terdekat dengan mudah dengan hanya berkongsi lokasi mereka.

Nespresso menunjukkan keghairahan mengenai kolaborasi ini, menyatakan "Perkongsian kami bersama Appier untuk memanfaatkan platform BotBonnie menandakan lonjakan penting dalam mengubah idea pemasaran yang kreatif menjadi keputusan perniagaan yang konkrit. Inisiatif ini bukan sahaja selaras dengan keutamaan interaktif pengguna moden, tetapi turut memperluaskan jangkauan barisan produk inovatif Nespresso dan kempen penjenamaan berfokuskan pelanggan."

Latar Belakang Nespresso

Nespresso ditubuhkan pada tahun 1986, mempelopori sistem kopi terbahagi yang terkenal dengan kapsul kopinya dan mesin kopi yang inovatif. Nespresso membolehkan semua orang menghasilkan secawan kopi sempurna dengan mudah seperti seorang barista yang mahir. Kapsul kopi diperbuat di Switzerland dan dengan kerjasama Rainforest Alliance, mereka membangunkan Program Kualiti Mampan AAA dan diperakui oleh B Corp, komited terhadap penyumberan mampan kopi yang berkualiti tinggi.

Nespresso memberi penekanan tinggi ke atas kualiti, kemudahan dan kemampanan, bertegas untuk menggunakan biji kopi yang berkualiti tinggi dan menerima pakai langkah-langkah operasi mesra alam. Justeru itu, ia menjadi jenama pilihan untuk ramai peminat kopi. Nespresso menggaji lebih 10,000 anggota kakitangan dan, melalui pelbagai kolaborasi, mengukuhkan kehadiran di 93 negara/wilayah, seterusnya memperluaskan pengaruhnya di seluruh dunia.

Latar Belakang Appier

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat di seluruh APAC, Eropah dan AS serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut mengenai Appier dan aplikasi AI generatifnya.

 

Source: Appier
Keywords: Advertising Computer/Electronics Consumer Electronics Corporate Social Responsibility Artificial Intelligence