omniture

Cremo Berganding Bahu dengan Chuang Asia, Raikan Kemuncak Impian Muda

Cremo
2024-04-26 12:26 6

BANGKOK, 26 April 2024  /PRNewswire/ -- Tirai telahpun dilabuhkan untuk Chuang Asia, apabila sembilan pelatih yang bercita-cita tinggi muncul sebagai pemenang daripada uji bakat yang ketat untuk membentuk sebuah kumpulan sulung mengagumkan, merangkumkan semangat belia, aspirasi dan ketabahan. Sepanjang perjalanan yang menginspirasikan ini, Cremo, jenama ais krim Thai di bawah naungan Yili Group, memainkan peranan menyokong, mengiringi pelatih tatkala mereka mengejar impian mereka dan mengalami transformasi yang luar biasa. Dalam masa yang sama, Cremo memanfaatkan kolaborasi ini untuk menonjolkan identiti jenamanya yang bertenaga dan muda kepada penonton di seluruh dunia.

Cremo’s short film with buzzworthy trainees
Cremo’s short film with buzzworthy trainees

Cremo dengan bijak menembusi budaya belia kontemporari, meminta pemenang berkedudukan tinggi Qiao Yiyu dan pelatih-pelatih lain yang disebut-sebut untuk membintangi filem pendek yang mengintegrasikan Cremo dengan lancar ke dalam estetika dan naratif rancangan ini. Seperti seorang teman yang penuh belas kasihan, Cremo sentiasa berada di sisi, bersorak-sorai untuk pelatih semasa latihan yang amat ketat dan bersinar bersama-sama mereka di bawah lampu pentas yang terang.

Kehadiran digital Cremo berkembang pesat semasa rancangan ini, mencetuskan keghairahan yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam pasaran Thai. Pada halaman Facebook rasminya, jenama ini melancarkan inisiatif yang berpusatkan peminat, memberi ganjaran untuk penglibatan yang aktif dengan tiket peringkat akhir dan barangan eksklusif, lalu mendorong rasa perhubungan antara peminat dan pelatih kesayangan mereka. Dalam masa yang sama, pempengaruh TikTok menghebohkan tentang ais krim Choco Crush Cremo, memuji gabungan coklatnya yang berbilang lapisan dan memberi kepuasan.

Selain daripada aktiviti dalam talian, Cremo membawa keseronokan ini ke kedai 7-Eleven Bangkok melalui jerayawara berasaskan tema yang bertenaga. Acara-acara ini menarik minat khalayak yang tidak sabar-sabar untuk merasai tawaran terkini dan menikmati hidangan ringan yang sedap dan disediakan oleh ais krim Cremo. Ulasan dari mulut ke mulut yang bersemangat mendorong produk inovatif Cremo dengan pantas mendapat tempat di hati dan rumah pengguna Thai yang tidak terkira banyaknya.

Consumers enjoying Cremo's roadshows at 7-Eleven stores
Consumers enjoying Cremo's roadshows at 7-Eleven stores

Sejak pengenalannya di Thailand, Cremo tekal mempelbagaikan portfolionya, kini menawarkan pelbagai format ais krim yang sedap, seperti loli ais, cawan, pek keluarga dan kon rangup. Susulan pemerolehan Yili Group dalam tahun 2021, Cremo mengekalkan kadar pertumbuhan bahagian pasaran yang utama dalam industri selama tiga tahun berturut-turut. Kolaborasi pada tahun ini bersama Chuang Asia mengukuhkan lagi imej Cremo sebagai jenama yang dinamik dan rancak. Dengan sokongan sumber global Yili Group, Cremo bersedia untuk memacu inovasi produk yang berterusan, menyampaikan kualiti yang luar biasa, hidangan ringan yang lazat dan pengalaman jenama yang bertenaga untuk kumpulan pengguna yang semakin berkembang.

Source: Cremo
Keywords: Entertainment Food/Beverages Music Licensing/marketing agreements