omniture

Wanhua Chemical Lancar Pusat R&D Barcelona, Dedahkan Fokus dan Komitmen Penting di Eropah dan Selanjutnya

Wanhua Chemical
2024-04-26 12:58 4

BARCELONA, Sepanyol, 26 April 2024  /PRNewswire/ -- Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Barcelona ("Pusat") Wanhua Chemical (SHA:600309; "Syarikat"), terletak di Cornella de Llobregat, membuka pintunya secara rasmi sebagai langkah penting oleh syarikat untuk memajukan jejaknya di Eropah dan selanjutnya dengan respons lebih pantas kepada keperluan pelanggan hiliran dan memperkukuh usaha dalam penyelidikan saintifik dan inovasi secara kolaboratif.

From left to right respectively are: Mr. Bao Hua, the Chairman from Administrative committee of Yantai Economic and technological development area; Mr. Hu Aimin, the Consul General of Chinese consulate in Barcelona; Mr. Roger Torrent Ramio, the Minister of Business and Labor from the government of Catalonia; Mr. Jordi Valls Riera, the Deputy Mayor of Barcelona city consul; Dr. Hua Weiqi, the Executive Vice Presisdent from Wanhua Chemical.
From left to right respectively are: Mr. Bao Hua, the Chairman from Administrative committee of Yantai Economic and technological development area; Mr. Hu Aimin, the Consul General of Chinese consulate in Barcelona; Mr. Roger Torrent Ramio, the Minister of Business and Labor from the government of Catalonia; Mr. Jordi Valls Riera, the Deputy Mayor of Barcelona city consul; Dr. Hua Weiqi, the Executive Vice Presisdent from Wanhua Chemical.

"Di Wanhua Chemical, kami sentiasa mengutamakan inovasi teknologi sebagai kecekapan teras kami. Pembukaan pusat R&D Barcelona melambangkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan produk berkualiti tinggi dan memenuhi keperluan pelanggan. Kami beraspirasi untuk terlibat dalam industri dengan semangat keterbukaan, berkolaborasi untuk memacu inovasi dan memimpin jalan dalam pembangunan mampan," kata Dr. Hua, Naib Presiden Eksekutif Wanhua Chemical.

Pusat ini akan bersedia untuk memenuhi keperluan pelanggan hiliran dengan pantas, menawarkan rundingan teknikal pakar dalam pelbagai topik, termasuk prestasi produk, kaedah aplikasi dan pemilihan bahan mentah. Ia akan menyesuaikan penyelesaian untuk menumpukan kepada keperluan dan cabaran tertentu pelanggannya memudahkan pembangunan dan pengesahan produk baharu, memberi sokongan teknikal yang tepat pada masanya untuk kepentingan kualiti dan mengikuti kemajuan teknologi dalam industri ini melalui penyelidikan dan inovasi.

Pusat R&D Barcelona, satu langkah penting untuk Syarikat memacu kemampanan ke hadapan, turut mendedahkan hala tuju penyelidikan dan pembangunannya yang berterusan, termasuk kajian teknologi kimia hijau, penggunaan tenaga boleh baharu, ekonomi kitaran dan penggunaan bahan buangan serta pembangunan produk yang mampan dan dalam masa yang sama terlibat secara aktif dalam kerjasama antarabangsa dan inisiatif penetapan standard. Pada masa ini, Pusat ini menjalin kerjasama dengan pasukan penyelidikan utama tempatan, termasuk University of Barcelona, Polytechnic University of Catalonia, Autonomous University of Catalonia, Catalonia Institute of Chemical Research dan Spanish Standardization, dengan rancangan masa depan menyasarkan kepada pemecutan penyelidikan projek bersama, pertukaran pemupukan bakat dan pemudahan pemindahan teknologi.

Di samping itu, Pusat ini akan membantu syarikat dalam memberi sokongan teknikal dan perkhidmatan kepada pelanggan hiliran dalam bahan kimia halus dan bahan. Ia akan berkolaborasi dengan institusi penyelidikan dan universiti terkemuka bagi tujuan pembangunan inovatif, memanfaatkan sepenuhnya sumber dan kepakaran penyelidikan saintifik luar bagi memacu inovasi dan meningkatkan daya saing. Dalam masa yang sama, ia akan berperanan sebagai benteng kuat syarikat di Eropah bagi menarik minat bakat, terutamanya dari wilayah yang bertutur dalam bahasa Sepanyol, demi menyokong pembangunan pasaran Amerika Latin.

Barcelona ialah pusat R&D kedua Wanhua di Eropah. Pusat R&D Gödöllő di Hungry memfokuskan kepada industri poliuretana, manakala pusat Barcelona akan lebih menumpukan kepada kolaborasi perniagaan dalam industri bahan kimia halus dan bahan, seperti salutan, pelekat dan plastik kejuruteraan, serta kerjasama R&D dengan entiti tempatan berhubung tenaga boleh baharu, penangkapan & kitar semula karbon, biosintesis dan bahan berasaskan bio. Jaraknya yang dekat dengan Eropah Barat dan Mediterranean bukan sahaja meningkatkan sokongan untuk wilayah-wilayah ini, bahkan turut membantu usaha pembangunan di Afrika Utara dan Amerika Latin.

Kedua-dua pusat ini meningkatkan keupayaan satu sama lain dari segi industri hiliran yang mereka fokuskan, kawasan geografi yang mendapat khidmat mereka dan laluan yang diambil oleh mereka ke arah pembangunan kolaboratif, seterusnya menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan operasi antarabangsa Wanhua.

Kelebihan geografi Barcelona yang unik memberi kedudukan kepadanya sebagai pintu masuk ke Eropah, sebuah hab inovasi serantau dan pusat penting untuk industri bahan kimia perisa dan pewangi global. Ia turut menempatkan beberapa institusi penyelidikan yang terkemuka, seperti ICIQ dan Barcelona Institute of Science and Technology, seraya menjadikannya lokasi yang ideal untuk Wanhua memaparkan kemajuan teknologi dan produknya kepada pelanggan serta rakan kongsi Eropah Tengah dan Barat.

Menerusi langkah strategik dengan menubuhkan Pusat R&D Barcelona, Wanhua akan terus memainkan peranan yang aktif, lantas menekankan komitmennya kepada inovasi dan pembangunan yang mampan.

Source: Wanhua Chemical
Related Stocks:
Shanghai:600309
Keywords: Chemical Computer/Electronics Green Technology Corporate Expansion New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)